Friday, November 18, 2011

HALAL bukan hanya pada makanan

Assalamualaikum w.b.t.

Tertarik dengan perkongsian rakan FB, tentang tajuk di atas. 

Ya, kadang-kadang kita hanya ambil kisah tentang HALAL pada makanan sahaja. Sekurang-kurangnya ambil kisah. Alhamdulillah.

Tapi, sebenarnya HALAL tu merangkumi semua segi. Maaf, aku bukan seorang yang alim untuk berbicara secara lebih dalam tentang hal ini, tapi sebagai muslim, aku boleh utarakannya.

Kita jahil, tapi kita enggan belajar. Kita enggan ambil tahu. Kita tak peduli. Maaf, kita memang begitu.

Sejak aku menyertai Takaful Ikhlas, sedikit demi sedikit, aku belajar tentang perkara ini. Aku bersyukur, aku terpilih untuk belajar. Sekarang, aku perlu sampaikan, kongsikan.

Secara ringkas, dalam aspek muamalat (ekonomi khususnya), hari ini kita mempunyai produk yang patuh shariah, tapi kita masih memilih produk konventional, yang secara terang-terang melaburkan wang yang kita carumkan ke tempat-tempat seperti Sport Toto, Carlsberg, dan macam-macam lagi, tapi kita enggan terima fakta itu. HARAM atau HALAL kita tak peduli, janji ada pulangan. Malah, kita bangga sekiranya kita ada polisi/simpanan dalam syarikat yang gah namanya itu. Tapi, dalam tak sedar, kita ada share dalam syarikat arak! 

Malah, duit pelaburan dari sumber itu jugalah nanti yang kita akan gunakan untuk menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak kita. Jangan salahkan anak-anak sekiranya mereka tidak menjadi ORANG, sebabnya, salah itu pada kita atau ibubapa.

Mungkin berbaur promosi entri kali ini. Ya. Memang aku sedang promosi. Promosi perkara yang baik. Perkara yang HALAL. 

Kawan-kawan, aku minta maaf jika aku tak sampaikan ini. Kadang-kadang, aku tak kuat. Aku tak ingin ikatan persahabatan kita terjejas kerana aku sampaikan perkara ini. Tapi, jauh di sudut hati, aku lebih sedih sekiranya aku mengetahui tetapi tidak menyampaikan.


Yang baik itu dari Allah, yang kurang baik itu datang dari kelemahan diri ini.

Saturday, October 29, 2011

Hitam Putih Kuning

Melencong ke sebuah shopping complex sebelum balik kampung. Ada urusan sekejap. Ingatkan sekejap, rupanya makan 4 jam. Sebelum keluar kereta dah letakkan kupon parking, tapi satu je. Jadi, terima surat kompaun bila tiba semula di kereta. Hurm, redha je la. Perut berkeroncong kelaparan. Cuma air dan roti sahaja yang baru dihadam sejak dari pagi. Tapi bukan nak cerita pasal lapar, tapi cerita budak-budak sekarang.

Jalan berpegangan tangan dengan lelaki tanpa segan silu. Kalau dah kahwin takpe, ni masalahnya belum lagi. Macam mana aku tahu derang tak kawin lagi? Ala, tt muka budak sekolah tak khatam lagi tu semua orang pun tahu. Kesian mak ayah mereka. Korang tak kesian ke? Nasib baik aku takde adik perempuan, kalau tak, payah jugak nak 'menyekolahkan' dia. Zaman masing-masing kan berbeza. Mesti dikatanya aku ni kolot, jealous, padahal dia yang tak mumaiyiz lagi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sempat juga snap beberapa gambar semasa dalam perjalanan pulang ke Kerteh. Malam ni ada final Piala Malaysia. Terengganu vs Negeri Sembilan. Banyak juga kereta yang bawa bendera Terengganu menuju ke KL. Tapi gambar tu tak sempat nak snap.






Monday, October 10, 2011

Menerawang ke sisi lain.

Jodoh

Jodoh tak datang bergolek. Betul? dan aku sentiasa berharap dia datang bergolek. Jangan salahkan orang lain kalau aku kawin lambat. Ok.

Kek

Selepas belajar buat kek dari kak wara, aku kini bergelar usahawan kek coklat. Tak percaya? Bukanlah usahawan, cuma secara sambilan je. Kawan-kawan di pejabat ada yang menempah, jadi dengan malu-malu aku ambil tempahan. Ada juga yang minta resipi, nak cuba sendiri di rumah, aku minta izin dengan sifu, dan dia benarkan. Alhamdulillah.

PC

Bukan sekali dua atau sehari dua, pc aku di pejabat buat perangai yang menyakitkan hati. Selang beberapa minit, 'hang' dan kembali normal entah berapa minit selepas itu. Sakit hati kan?
Jadi, setelah tahap kesabaran aku dah sampai ke kemuncak, aku hantar dia ke rumah sakit, iaitu IT dept. Aku harap selepas ni inche PC kembali sihat dan aku juga sihat.

Melukut di tepi gantang

Kadang-kadang ada perasaan seperti dianiaya, entahlah. Tapi, siapa la yang nak aniaya aku ni? Orang baik tak mengaku dirinya baik, so aku tak mengaku baik pun. Tapi, aku takde pulak nak busuk hati dengan orang. Takpelah, aku doakan aku dijauhkan dari segala kejahatan manusia dan syaitan.

Friday, September 30, 2011

@ 27

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan rahmatMu, 27 tahun sudah aku bernafas, menggunakan nikmatMu yang kadang kala aku sendiri dustakan, Astaghfirullah al-azim.

Terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang mengingati, memberi ucapan, belanja makan, buat suprise, terima kasih banyak-banyak.

Pada usia 27 ini, aku merasakan, terlalu banyak perkara yang masih belum dilunaskan, terlalu banyak. Kepada Allah, kepada ibu bapaku, kepada diri sendiri, dan kepada orang-orang di sekeliling aku tentunya.

Kadang-kadang terfikir adakah masa untuk aku masih panjang atau sudah sampai ke detik-detik penghujungnya?

Apapun, aku punya impian dan rencana sendiri, tapi aku perlu ingat rencana Allah itu lebih baik untuk semua.

Yang penting, teruskan perjalanan ini, berani melangkah, jangan takut jika melakukan kesilapan, kerana itu asam garam kehidupan.

Kebahagiaan itu bukan untuk orang tertentu sahaja, tapi bahagia itu milik kita semua.

Wednesday, September 14, 2011

Lamanya tak ke sini..

Ke mana?? Ke sinila...update blog ni. Blog picisan tapi kesayanganku.


Lama menyepi tanpa tulisan. Walaupun punya perkara yang ingin dikongsi dan diluahkan, namun perkataan malas ada juga dalam kamus diri, tapi malas pun bersebab, boleh tak?


Ramadhan sudah, 1 Syawal pun sudah. Ha, cerita pasal raya, aku ni geram betul dengan anak saudara aku yang seorang ni. Dia ni nak berkepit je dengan ibu dengan abah dia. Kalau orang lain nak pegang dia, melalak la jawabnya. Tapi takpe, kita tengok sampai bila dia berperangai pelik begitu. Nanti maksu ni jugak yang jadi 'feveret' nyer satu hari nanti.


----------------------------------------------------------------------------------------------


Pelik dan konpius bila tengok gelagat orang. Mampu tapi kedekut (maaf jika perkataan kasar). Tapi, bila barang orang lain, bukan main pantas lagi menyudahkannya. Tiadakah rasa malu dalam diri bila harta sendiri dikawal rapi namun harta orang lain disapu sekali? Tutup mata, cuba renungkan kala sunyi, harap-harap bertemu jawapan.


----------------------------------------------------------------------------------------------


Man is man. Bukan nak menyindir, tapi kenyataan. Fakta yang selalunya disalah erti. Biarpun baik atau buruk yang cuba kita katakan, lelaki tetap lelaki. Lelaki yang baik di luar sana, maaf dengan sindiran ini.
Saat baru kenal, bercinta, semuanya manis. Bila dah diterima, semua perangai buruk engkau hamburkan. Si perempuan pula, nak kata apa, kerana sayang, pahit pun terpaksa ditelan. Nak diundurkan masa, memang tak masuk akal. Jadi, tabah, sabar dan doa saja senjata dan perisai yang ada. Nak kata apa lagi, man is man.


----------------------------------------------------------------------------------------------

Tuesday, August 23, 2011

Nikmat Itu Ujian

Assalamualaikum w.b.t.


Sememangnya kita akan rasa teruja dan gembira bila impian atau keinginan kita dimakbulkan Allah. Tapi, pernah tak kita terasa apa yang Dia kurniakan itu hanyalah satu ujian. 


Bukan untuk menakutkan teman-teman, cuma ini satu perkongsian pengalaman. Mungkin juga pernah dilalui oleh orang lain.


Contohnya begini. Bila berhajatkan sesuatu dan tiba-tiba dikurniakan rezeki, jangan mudah lupa diri. Janganlah terlalu gembira. Bersyukurlah. Kita sebenarnya sedang diuji. Kadang-kadang, jauh di sudut hati, rasa takut akan menyelubungi sebab akan terfikirkan apakah bentuk ujian yang Allah cuba beri. Takut tak mampu untuk menghadapi. Tapi, insyaAllah, ujian yang Allah turunkan itu memang mengikut kemampuan kita. Itu sudah tertulis.


Jadi, sebagai peringatan kepada diri sendiri dan teman-teman, usahlah kita terlalu banggakan dengan apa yang kita ada, sebab itu semua pinjaman dari Dia. Bila-bila masa sahaja Dia bisa menguji.

Saturday, August 13, 2011

Cubaan Pertama

Assalamualaikum.


Hari ni 13Ramadhan 1432H.


Rancangan : Baking cake. Choc moist. Resipi Kak Long Kak Wara.


Resipi dah diambil beberapa hari lepas, semalam beli bahan-bahan yang takde lagi.


Jadi, hari ni, here we go!


Memang ikut satu-satu macam apa yang tertulis dalam resipi. Kalau konpius terus talipon Kak Wara minta clarification. Campur punya campur, kacau dan kacau, maka siap dah adunan. Masa untuk bakar pulak. 


Bakar selama 80 minit. Jadi tengok tv sementara tunggu loceng berbunyi. Hasilnya, not bad dari segi rupa je la. Rasa tak tau lagi. Kemudian buat topping dan simpan dalam peti sejuk. Hurm, tak sabar nak rasa.


Allahuakbar Allahuakbar. Azan maghrib berkumandang. Selepas makan kurma, taraaaaaa....rasa kek coklat moist pertamaku.


Hurm, hurm, hurm, camne nak cakap ek? Sedap, tapi tak moist sangat. Mungkin tepung banyak sangat aku isi.


Well, its ok la kan. 1st attempt. Yeaaaa.....dah berjaya buat kek coklat. Thanx to recipe giver aka Kak Wara.


- Kek Choc Moist -

Wednesday, August 10, 2011

Kali ini.

Ramadhan kali ni memang sedikit berbeza. Berbeza yang bagaimana? Kalau tak banyak pun adalah sikit-sikit.


1. Mula-mula sekali, kerakyatan tiga daerah. Mungkin selepas ini aku akan kurang pulang ke daerah aku dibesarkan, kerana penghijrahan keluarga ke daerah lain dan aku bermusafir di daerah ini. Tak pasti lagi berhari raya di mana. Bingung. 


2. Melihat dan merasai sendiri kenaikan harga barang-barang dan makanan yang selama ini tempiasnya kurang aku rasai. Paling ketara, harga makanan di bazar ramadhan yang bisa buat orang geleng kepala dan sakit jantung!


3. Rancangan yang tak semestinya mengikut lakaran aku. Apa yang sudah tertulis pasti lebih baik! Sesudah berusaha dan berdoa, bertawakallah.


4. Tanggungjawab dan amanah. Mungkin kadang-kadang aku merungut, tapi aku silap, tanggungjawab ini adalah satu proses pembelajaran. Aku patut bersyukur dan menghargai peluang ini!


5. Tiada penurunan jisim. Yang ini mungkin lucu, tapi walaupun sudah 10 hari Ramadhan, jisim belum berganjak turun daripada angka 6 itu. Mungkin kadar metabolisme sudah tidak seagresif dulu.


Wednesday, July 20, 2011

Kay kay...I was there...PART 4 (finale)

Day#4


Hari ni rancangannya nak ke Sunday Market atau di kenali juga dengan nama Gaya Walk. Tapi kena cepat sebab nak kena basuh kereta yang kami pinjam ni. Flight balik pukul 12.30 tengah hari.


Jadi kami bertiga bergerak ke Sunday Market. Seorang tak nak join sebab nak sambung tidur. Mengantuk sangat. Sebelum tu breakfast di Restoran Malindo. Makan nasi lemak yang siap dibungkus. Tuan kedai memanggilnya nasi lemak ekonomi. Kemudian ke Gaya Walk ikut miss GPS yang pening. Nasib baik ahli rombongan dah faham jalan di KK ni (aku jenis buta map).


Macam-macam ada dijual di sini. Binatang peliharaan pun ada. Kalau kat semenanjung, setakat anak ayam warna-warni (dulu-dulu), hamster, ikan dan beberapa binatang lain, tapi dekat sini ada lebih daripada tu. Ada kucing, anjing, arnab, dan lain-lain (tak ingat dah). Kalau nak beli cenderahati pun kat sini banyak. Tak perlu beli di tempat lain. Borong kat sini je. One stop center.


Selesai berjalan di situ, kami mencari car wash. Berdekatan je dengan Seapark Condotel, di belakang kedai Sunny. Car wash tu baru je buka dan kami menjadi first customer. Sementara tunggu kereta siap dicuci, kami ke kedai Sunny tu, beli sedikit makanan dan minuman ringan, tidak kelupaan, makanan untuk orang yang menunggu di bilik.


Selepas berkemas-kemas, bergerak ke airport. Tunggu member di airport untuk pulangkan kereta. Kemudian check-in. Nasib baik selamat melepasi saringan pertama dan seterusnya sebab kami memang berdebar-debar sebab sorang-sorang bawa balik beg gemuk-gemuk. Nak check-in baggage mahal sangat. Jadi, terpaksalah buat macam tak bersalah je.


Flight kami delay. Tapi takpe, nak balik semenanjung je. Walaupun delay, tapi Alhamdulillah sampai sama macam dalam jadual. 3.10 petang. Berjaya juga menidurkan diri dalam flight.


Alhamdulillah. Trip kali ini success dan kami gembira dapat gather semula after study time.


Next trip ke mana pula kawan-kawan?


-TAMAT-

Tuesday, July 19, 2011

Kay Kay...I was there...PART 3

Hari ketiga, kami bergerak dari Kundasang seawal 6.00 pagi. Dah cerah macam pukul 7 pagi kalau di semenanjung. Rasa sekejap la pulak bila nak balik ke KK ni. Mengantuk jugak rasanya, nasib baik bukan driver, bolehlah tutup mata kejap-kejap. Berhenti sarapan di Restoran Anjung Rasa, tapi tak ingat kat mana. Dekat sini ada NASI LEMAK. Hoyehh. Selepas sarapan, driver minta tukar sebab dia rasa ngantuk, jadi aku la penggantinya. Mula-mula tu asyik mati enjin je, malu sey, ye la drive kereta orang tak sama macam drive kereta sendiri, ye dok?




Berpandukan cik GPS yang pening, kami sampai juga di Jesselton Point. Lepas park kereta, terus ke kaunter tiket untuk ke pulau. Pulau yang biasa pelancong pergi, Manukan+Sapi+Mamutik. Memandangkan kami percaya cakap penjual tiket tu, jadi kami hanya pilih untuk ke Manukan dan Mamutik. - Tiket RM27.00 (termasuk sewa life jacket RM5)


Ingatkan selepas beli tiket tu, bolehlah terus tunggu bot, rupanya kena bayar tax dulu. - RM7.20 seorang.


Kemudian kami ke jeti untuk tunggu bot, tapi kami tak diberikan life jacket. Makanya, kena patah balik dan ambil jacket. Tunggu punya tunggu, akhirnya bot sampai, Wah, bestnya, teringat pulak masa trip Langkawi masa di UTP dulu. Naik bot ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan beberapa pulau lain (memory hard to retrieve).


1st check point - Pulau Manukan.
Sebelum masuk, kena bayar RM3 untuk conservation fee. Untuk yang tak pandai berenang seperti kami ni, hanya bermain di gigi air sahaja. Tapi nampaklah ikan berenang-renang di tepi kami. 


2nd check point - Pulau Sapi (salah naik bot, makanya terdamparlah kami di pulau ini) sepatutnya Mamutik.
Salah seorang dari kami ajak untuk snorkelling. Aku memanglah teringin tapi aku ni fobia ke air. Tapi, takpelah, bila lagi nak lawan rasa takut itu. Jadi, memberanikan diri untuk snorkelling. Mula-mula tu sangat takut, rasa air masuk telinga la, tak boleh bernafas la, tertelan air masin (glup glup) dan rasa panik tu sentiasa ada, toksah nak cerita la. Tapi, perlahan-lahan, kawal diri untuk tidak panik, aku dah pandai snorkelling (yang penting dengan life jacket, ok), kalau free style, memang tak lepas lagi la jawabnya. Bestnya dapat tengok hidupan dalam air, ikan warna warni, walaupun tak pakai spek, tapi boleh nampak dengan jelas. 


Dah penat snorkelling, bersiap-siap untuk kembali ke darat. Tunggu bot agak lama juga.


Hari ni kami akan check-in di Seapark Condotel, Tg. Aru. Rupanya tempat yang kami nak tuju ni dekat je dengan airport. Bilik kami ada dua single bed dan satu queen bed. Selesa. Tahniah kepada cik Pae kerana booking tempat yang selesa. Selepas membersihkan diri, kami ke bandar KK untuk jalan-jalan cari makan. Beli sedikit kuih tradisional di Pasar Ikan Masin di sebelah Pasar Filipino. Kemudian jalan-jalan dalam Pasar Filipino dan Pasar Malam. Beli sedikit cenderahati untuk kawan-kawan.


Kemudian bertolak balik ke tempat penginapan. Baru sedar yang kami semua tak makan sejak siang tadi!!
Jadi, cari tempat makan di sekitar Promenade Hotel. Jumpa Restoran Malindo. Memberanikan diri untuk makan di sini. Nasib baik HALAL. Order nasi goreng Malindo pedas. Sangat pedas yang aku dapat. Makan je lah, perut dah lapar.


Selesai makan, pusing dulu di Tg. Aru nak tengok ada apa yang menarik. Gelap je tempatnya, atau mungkin tempat yang kami pergi tu bukan Tg. Aru. Haru jer. Jadi, balik ke hotel dan sesi kemas-mengemas pun dilakukan. Beg masing-masing semua dah gemuk-gemuk. Kemudian, tidur dengan LENANYA.


to be continued...

Friday, July 15, 2011

Stress is killing me!!

Its not about work. Kadang-kadang ada perkara yang buat aku fikir sampai berhari-hari. Kenapa dan kenapa? Dan sekarang, aku rasa kesakitan itu bila aku terlalu memikirkannya. Ya. Sakit. Bukan main-main. Adakah sakit itu datang lagi? Ya Allah, kurniakan kepadaku kesihatan tubuh badan. Jauhkan aku dari segala jenis penyakit dan bencana.


Aku cuba untuk tidak terlalu melayani fikiran-fikiran itu, berusaha untuk diam sahaja dan mengadu pada Dia, tapi  sekarang tidak seperti dulu lagi. Aku terpaksa bercerita kepada orang lain kerana bila aku memendam, aku makin sakit. 


Aku minta untuk hati ini tidak disakiti kerana akhirnya aku yang akan menyakiti diri aku sendiri dengan memendam. Maafkan aku jika aku ada menyakiti hati sahabat-sahabat kerana seboleh-boleh upaya, aku berusaha untuk tidak menyakiti hati kalian.


- semoga keindahan dan ketenangan milik kita -

Thursday, July 14, 2011

Kay Kay...I was there...PART 2

Dari Jambatan Tamparuli, perjalanan diteruskan lagi. Kali ni melalui Pekan Nabalu. Kat sini ada kedai-kedai menjual barangan kraftangan dan cenderahati. Ada juga menara tinjau, tapi takde la tinggi mana.




Kemudian, teruskan perjalanan lagi. Rasa sangat jauh dan perjalanan. Jalan dah la berbukit. Kemudian singgah di Kinabalu Park plak. Sampai sini dah mula rasa sejuk walaupun masa tu tengahari. Udara segar. Sangat best. Mula-mula try bawa kereta kat dalam tu, sekali jalan dia berbukit, hampir 30 degree kot. So scary ! Jadi, bila dah sampai kat entrance semula, sewa transport untuk pusing skali lagi. Kali ni, driver tu hantar ke entrance mendaki Gunung Kinabalu. Kat situ kitaorang amik gambar je la. Nak daki gunung memang tak la kan. Hehe. Belum bersedia.



Keluar dari Kinabalu Park sangat lapar, so, pergi makan dekat kedai depan Kinabalu Park. Siap mengintai dalam kedai, sebab sangat takut nak makan apa-apa di sini. Jadi, kami semua memesan makanan berasaskan seafood dan vege sahaja. Lepas makan, barulah rasa bertenaga semula. Ingat nak berhenti dekat Strawberry Park, tapi terlepas pulak. Malas la nak pusing balik. Jadi terus mencari tempat penginapan kami di Kundasang. Jauh tu. Jalan sangat tinggi. Takut je enjin kete mati. Tapi, nasib baik driver ni mantap. Mampu mengatasi pelbagai jenis laluan.

Akhirnya, sampai di tempat yang dituju. Kiram's Village. 


Tempat ni, nak bagi rating pun susah la. Tapi, if possible, kalau nak stay di Kundasang, cari tempat yang lebih selesa la. Kat bilik kami, water heater not functioning. Rasa macam mandi air batu je. Tapi, rasa sangat segar.

Day #3
Esoknya, seawal 4.30 pagi, aku dah bangun. Masak air satu kettle pastu campur dengan air batu tu. Dapatlah air pada suhu bilik. Kami berjaya menyiapkan diri pada pukul 6.00 pagi. Wah, sangat segar. Hari pun dah cerah. Check-out dan bergerak ke Jesselton Point plak. Rancangan pada hari ini ialah pergi PULAU. Hoyehh.


to be continued.

Wednesday, July 13, 2011

Kay Kay....I was there...PART 1

Berjalan-jalan lagi, kali ini ke Kota Kinabalu. Bukan semata-mata pergi untuk habiskan duit, tapi untuk kenali negeri orang, merehatkan otak dari kerja-kerja rutin dan berjumpa dengan kawan-kawan lama. Kalau nak kira duit, aku ni pun bukan nyer jenis banyak duit pun, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Semuanya selepas melalui pengalaman hidup yang satu itu. Di kala badan masih sihat ini, apa salahnya memberikan penghargaan pada diri sendiri, kan. Hidup ini memang satu perjalanan yang indah. Dan satu hari nanti, aku ingin ke sana, tanah yang suci itu.


Day #1
Ok, back to the trip. Flight lebih kurang 2 jam 30 minit itu memang sangat membosankan. Huhu. Nak tidur pun tak lena dengan keadaan seat yang kurang ergonomik itu, tapi takpelah, padanlah dengan harga tiketnya pun. Dan, aku duk seat sorang plak,haha. Wat to do? Sampai di airport KK dalam 6 lebih, dah gelap masa tu. Amik cab ke tempat penginapan, Hotel Traveller, dalam bandar. Ok jugak hotel ni, ada dua katil queen. Walaupun kecik, selesa la jugak. After maghrib, berjalan ke pasar malam, dekat je. Kat situ pekena sea food skit-skit. Mungkin kalau waktu siang, fikir dua tiga kali jugak nak makan kat situ, tapi disebabkan malam, layankan aje. Kitaorang pilih ikan kerapu bakar, udang, rumpai laut, sotong dan nasi putih.



Selepas makan, jalan-jalan sekejap di pasar malam, jalan-jalan cuti mata, kemudian balik semula ke hotel. Tak sabarnya nak tengok hari cerah pada pukul 6 pagi.

Day #2
Ya, aku melihatnya. 6 pagi sudah cerah seperti pukul 7 pagi di semenanjung. Bersiap-siap untuk ke Kundasanag pula. Untuk makan pagi, pastinya menu idaman nasi lemak atau roti canai la, tapi malangnya, hanya bihun sup yang kami jumpa. Dalam rasa kepelikan itu, bihun sup aku habis jugak. Ye la, memikirkan kalau tak makan sekarang, nanti lapar pulak dalam perjalanan ke Kundasang.

Dalam perjalanan, melalui Jambatan Tamparuli yang telah berjaya di'femeskan oleh Marsha AF satu ketika dulu. Jadi, berhenti sekejap dan sesi bergambar pun dilaksanakan dengan jayanya walaupun masa tu matahari tegak atas kepala.


to be continued ......


Tuesday, July 12, 2011

Demotivated

Luahan seorang kawan:


Rasanya dah hampir 3 tahun berkhidmat di Com 'A'. Pada mulanya ramai yang dah nasihatkan untuk tidak bekerja di sini, tapi al-maklumlah, kalau dah namanya fresh grad buat apa nak demand lebih-lebih kan, pengalaman pun takde lagi, jadi bekerjalah di Com 'A' ni. Setahun rasanya masih belum cukup untuk demand walaupun pada masa tu bebanan kerja dah bertambah. Tahun kedua pun masih sama. Bila masuk tahun ketiga, rasanya dengan tugasan dan tanggungjawab yang diberikan, agak patut Com 'A' lebih menghargai pekerjanya. Ini tidak, segala jenis kerja dibuatnya, tapi apa reward dari pihak syarikat. Bonus? Adalah kot skit. Increment? serendah 0.7% (biar betul, increment ke apa ni?). Training, claim, benefit, semenya sangat minimum. Adoila, wat to do? makan gaji la katakan.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Mungkin kadang-kadang aku dan orang lain juga berada dalam situasi begini. Tapi, cerita kawan aku ni lebih tragis rasanya. Dah la keje banyak, implement benda baru, deal ngan client yang bermacam-macam fi'il, tapi tiada langsung penghargaan dari syarikat (dari cerita dia la).


Mungkin gaji adalah salah satu sebab untuk loyal di syarikat kita bekerja, tapi ada juga sebab-sebab lain yang membuatkan kita berfikir 3-10 kali sebelum ambil keputusan keluar dari syarikat tu. Keadaan tempat kerja itukah, rakan-rakan di tempat kerja, majikan, workload, masa bekerja, ruang untuk improve skill, dan banyak lagi la. Semua tu mesti ada dalam pertimbangan. Kalau kelebihan ini pun takde, why stay? 


Jadi, fikirlah baik-baik sahabat. Try to seek other opportunities at the other places which appreciate their valuable asset which is MANPOWER. Jangan lupa solat Istikharah juga!!

Tuesday, July 5, 2011

Inche-inche jam semua dah pengsan !!

Kesiannya saya, kenapa semua jam merajuk ni? 


Bermula dengan jam tangan casio, yang berhenti tepat-tepat pukul 10.10, (tak taulah malam ke pagi), dan sampai sekarang masih belum replace baterinya. Sungguh kesian jam itu. Jam yang aku beli dengan duit gaji kerja sebagai cashier di stesen minyak 'P' di Pekan. Keje part time sebelum dapat offer keje tetap selepas belajar. Actually, itu dah second time keje kat situ selepas yang pertama keje kat situ masa cuti semester yang panjang. Setiap kali balik kampung mesti tak ingat nak tukar bateri dia, eleh, mentang-mentang ada jam lain. Kalau tak, mesti dah tukar kan! Hoho....kinda of.


- jam yang berjasa, nanti cik zazi tukarkan bateri kamu ya! -


Kemudian jam kat laptop plak wat hal. Bagi aku yang lemah IT ni (bukan buta ok!), ingatkan jam tu bertukar sebab salah setting, rupanya, bila aku refer kat member, rupanya bateri dalam laptop ni yang kena tukar, CMOS bateri nama dia (eleh, korang pun tak tau kan). Dan sampai ke hari ni juga, bateri itu belum ditukar. Aduhai. Kenapalah malas sangat nak usung laptop ni ke kedai komputer. 


- jam menunjukkan pukul 5.17 pm @ 30/6/11 padahal masa sekarang ialah 9.26pm @ 6/7/11 -

Dan, jam terakhir yang sedang buat perangai ialah jam meja. Jam yang menjadi rujukan aku dalam bilik ni. Ayoyo. Wat happened to all dearest clock? Aritu rasanya ada beli satu papan bateri dekat kedai 2 hinggit, tapi tak ingat letak kat mana. Ok, kejap lagi aku cari.


- jam meja UTP, sebagai tanda ingatan pernah menjadi warganya, i miss UTP -


Sunday, July 3, 2011

Kenapa?

Kenapa ada orang jahat? Sebab ada orang baik. Is tat the only reason why?


1. Arghh...hating all those ppl tat thinking they were like angel and acting like we are fool. Please laa..


2. Hating to admit tat I was there but I was like.....errrr wat happen to Kerteh...wanna sepak je all those ppl.


3. Hating to argue with ppl who don't listen.


4. Hating to talk too much coz at the end there a lot of silly-ness than good-ness, and felt regret, and hate tat feeling too.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


1. Love to have peace. Inner peace. Everyone loves it too.


2. Love to hear " Mak su kat mana ni? " I miss them, a LOT, which sometimes miss untuk buat derang menangis kena cubit. Wahahaha.


3. Love to do hobbies which most of the times not doing tat.


4. Love to have someone tat complement me. Hope so.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


1. Will this lovely country clean from all those dirty politics?


2. Are they realized that they are destroying future?


3. Who are going to be the heroes? or there is none?


4. Why I hate ppl doing something wrong, which sometimes I did too?


5. Why ppl resistant to change?


6. Why fear if not guilty? unless you did something wrong and you fear to face it. But, its not late to amend even in the half way. We might not able to start a new happy beginning, but we can try to make a happy ending. Right?


7. Why insist to be there unless you make something remarkable and ppl don't see it.


8. Why its hard for you to listen to the crowd, unless you wanna a person whispering to you.


9. Why are you destroying yourself and let us to be destroyed by you? Don't you ever see through the children eyes?


10. Why are you fooling yourself? Is that worth?

Tuesday, June 28, 2011

Are u addicted?

Assalamualaikum.


Arini nak tulis pasal online shopping. Ala, mesti korang dah biasa ber-shopping kat internet ni kan, ada tu sampai dah addicted. I'm not yet, tapi rasa nak kongsi pengalaman ni.


Dulu, nak beli baju kena gi kedai, tak kisahlah kedai-kedai biasa ke, kat pasaraya ke, shopping complex ke, yang penting kena berjalan, kan. Aku ni jenis yang kalau nak pergi beli baju ke, atau beli apa-apa je, tak kisah pun jalan sorang-sorang. Cool kan. (huk huk). Pasal appearance, lagilah, pakai t-shirt simple je, sampaikan dah kena sound dengan my ex-teacher suruh ubah sikit penampilan. Jalan punya jalan, tak beli pun, sebab takde yang berkenan atau ada yang dah berkenan tapi hold dulu keinginan untuk membeli tu sebab mungkin pada masa tu duit bawak cukup-cukup je atau nak tengok yang lain dulu atau nak uji sama ada kalau tak beli benda tu adakah sampai teringat-ingat bila balik nanti. Tapi, ada jugak masa-masa  yang prosedur kat atas ni tak diguna pakai, sebab dah terlalu menggelepor (bahasa orang ganu) nak beli benda tu. Tu memang dah terkeluar dari kebiasaan dan kes begitu agak terpencil. 


So, apa kaitannya dengan online shopping ni?? 


Nak dijadikan citer, aku ada beli online satu inner neck ni, tengok dalam gambar macam ok je, harga pun ok, cuma bila ditambah dengan postage fee tu yang rasa agak mahal, tapi takpelah, nak try dulu. Bila barang sampai, cuba pakai, memang selesa la. Fabrik ala-ala lycra. So, dah jadi my feveret inner neck.


Pastu, nak tambah la lagi inner neck lain, takkan nak pakai yang satu tu je, jadi mencari la di kedai-kedai. Susah rupanya nak cari inner neck kat kedai, tapi last-last terjumpa jugak, tapi yang ni fabrik cotton. Jadi, beli la satu dan harganya sama sahaja dengan yang online cuma yang ni takde postage fee la kan. Gembira rasanya. Tapi, bila balik rumah dan try, amat mengecewakan, tak best seperti yang sebelum ni. Kecewanya saya. 


Jadi, kadang-kadang, barang-barang yang di beli online ni, walaupun cuma dinilai pada gambar dan sedikit description daripada penjual, kualiti barang tu bolehlah dikatakan bagus juga, berbanding barang yang kita tengok sendiri tu. Dan, kadang-kadang barang-barang yang dijual online tu susah nak cari kat kedai-kedai. Tapi kalau kat KL mungkin la senang kan. Dan, mungkinkah pengalaman ni akan membuatkan aku addicted to online shopping....Oh....nooooo...

Saturday, June 11, 2011

:: Pesta Buku Negeri Terengganu 2011 ::

Bila             : 09 - 15 June 2011
Di mana      : Terengganu Trade Centre, TTC depan GIANT KT
Masa          : 9.30 am - 10.00 pm
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Pada mulanya dapat tau dalam website Jemari Seni, tapi macam tak gi kot sebab xkan semata-mata nak gi KT sebab nak gi beli sebuah buku, walaupun dalam hati rasa, best-nyer kalau dapat gi Pesta Buku. 


Tapi, Alhamdulillah, akhirnya ke sana juga tapi bukan semata-mata untuk beli buku je, malahan......taraaa....


join sebagai (drum roll plz) 
exhibitor TAKAFUL IKHLAS.


Walaupun hanya berada di sana lebih kurang sehari setengah, macam-macam jenis orang aku jumpa. Oh, lupa nak beritahu, aku di sini mewakili agensi al-Ridhwan, yang mana ada Kak Zik dan Kak Ija juga. Ada lagi 2 agensi lain yang bergabung sekali. Terima kasih Kak Zik dan Kak Ija yang banyak bagi tunjuk ajar (tunjuk ajarku sifu).

Ada yang tunjukkan minat untuk tahu pasal takaful (ada kesedaran), ada yang menolak (standard la tu), dan ada juga yang cuba menipu (isk isk). Rasa terkilan juga bila yang cuba menipu bila jawapan yang diberi tu langsung tak masuk akal. Apapun, thanx.

Oh, yang ni mesti nak kena beritahu. Aku jumpa Wardina. Oh yeah. Dia bagi talk pasal macam mana nak galakkan anak-anak membaca. Tak dapat nak dengar keseluruhan talk tu, tapi sempat dengar cerita dia, di mana masa dia dan adik beradik kecik-kecik dulu, ayah dia akan bawa dia dan adik beradik ke perpustakaan setiap minggu. Jadi, parents dia memang dah didik tabiat membaca tu dari kecik. So, itulah yang sepatutnya parents hari ni buat.

~ wardina, kak zik, zazi (tembamnyer) ~

So, rasanya cerita dia tu lebih kurang jugaklah dengan cerita aku masa kecik-kecik dulu. Sebulan sekali, lepas abah dapat gaji, dia akan ajak aku pergi bandar. Dan dia pesan sebelum turun dari rumah, nak beli buku boleh, nak beli mainan, abah takkan beli. Memang aku ingat lagi. Jadi, bila dah sampai bandar, kedai yang aku tuju ialah kedai buku. Buku feveret aku masa tu, majalah Mickey Mouse. Masa tu harga dia dalam RM4.50 (mahal dah masa tu), kalau majalah tu takde ke, sold-out ke, pilihan lain ialah majalah Kuntum ataupun Kawan. Kalau rezeki murah, dapat beli dua-dua. Tu lagi seronok. Balik rumah menunjuk la depan abang-abang aku, apalagi.

Alhamdulillah, tabiat membaca tu masih subur lagi ke hari ni. Terima kasih ABAH. Kadang-kadang bila ke kedai buku, memang rasa macam nak beli semua buku atau majalah, tapi bila dah beli, masa pulak tak de untuk baca. Tapi takpe, bila ada masa nanti, boleh baca koho-koho (perlahan-lahan).

Sebelum balik, ambil masa sekejap round hall tu, usha-usha buku/novel/majalah. Dan terjumpalah buku yang dicari-cari selama ni. Sebab kat kedai buku tak jumpa dah buku ni. Aku dapat tau pasal buku ni di website penulisnya iaitu Pahroi Mohd Juoi (genta-rasa.com). Dah lama tak baca tulisan dia. Buku dia yang pertama aku baca ialah Tentang Cinta masa di universiti dulu. Memang bagus. Recommended la untuk remaja-remaja sekalian.

Buku yang aku beli ni tajuk dia 'Nota FIKIR untuk ZIKIR'. Belum start baca lagi, insyaAllah akan start baca dalam waktu terdekat ni. Nanti, akan cuba kongsikan ceritanya. InsyaAllah.

Selain tu, ada kiriman dari sahabat untuk belikan buku pasal bisnes, try jugak cari, dan kebanyakan buku tulisan siapa lagi kalau bukan Irfan Khairi, jutawan internet tu. Tapi, akhirnya memilih untuk beli buku ni 'Tambah Duit dengan Kerja PART TIME' tulisan Mohd Aliff Mohd Nor. Harap bermanfaat, insyaAllah.


Nasib baik jugakla dah shopping novel online sebelum gi Pesta Buku ni, kalau tak, memang memborong sakan la jawabnya. Apapun, membaca itu bukan sekadar hobi, tapi juga membuka minda kita. Daripada tak tahu jadi tahu, daripada tahu sikit-sikit, leh tahu banyak-banyak. Kepada zazi, buku dan majalah yang beli banyak tu, jangan nak wat koleksi je, baca jugak. okeh!

Thursday, June 2, 2011

Tuesday, May 24, 2011

Jangan kita menafikan...

Aku kira aku bukanlah seorang muslimah yang begitu baik, kerana kebanyakan daripada tindak tanduk yang aku buat tidak menetapi hukum syariat yang sepatutnya. Ya, aku mengaku itu, dan seharusnya aku patut rasa sangat berdosa kerana ingkar arahan DIA. 


Namun, jauh di sudut hati, aku dapat rasakan yang aku lakukan itu tidak betul. Itu tidak aku nafikan. Aku juga merasakan yang seorang Islam yang lain tahu apa yang betul apa yang tidak, bukan mengikut logik akal sahaja tapi menurut hukum hakam agama Islam sendiri. Tapi biasalah, kita lebih senang untuk mengikut kata hati kita yang menurut pepatah lama, ikut hati mati. Yang lebih menyedihkan, kita kadang-kala menafikan sesuatu kebenaran kerana kita sekarang ni mengikut trend. Memang menyedihkan.


Dalam buku tulisan Pahroi Md Juoi, beliau menulis, yang mana boleh aku simpulkan, manusia sekarang lebih mengagungkan sesuatu 'trend' berbandingkan syariat. Dan orang yang mengikut trend akan lebih disanjungi berbanding mengikut syariat. Contohnya, dalam bab bertudung, trend tudung sekarang dah macam-macam sampai tak terkejar, lebih kurang gadget la, pantas sungguh, tapi tudung yang bagaimana yang mengikut syariat? Aku pasti, semua ada jawapan tersendiri. Tapi, adakah jawapan di mulut sama dengan jawapan yang mengikut akal dan hukum. Kalau sama, alhamdulillah.


Kadang-kadang aku sering terfikir, bagaimana kita ni berani menafikan sesuatu kebenaran hanya kerana kita takut kita ni out-dated. Kalau artis punya jawapan lagilah menyakitkan hati, belum sampai seru la, walhal seruan untuk ke arah kebaikan tu dah lama disampaikan Nabi dan Rasul, cuma kita ni je yang gelap hati.


Aku menulis coretan ni lebih untuk mengingatkan diri aku sendiri dan teman-teman, supaya sentiasa berjaga-jaga dengan tutur kata kita. Jangan kita menafikan sesuatu kebenaran yang terang-terangan ada dalam al-Quran, yang mana cuma kita sahaja yang jahil tentang ilmu itu. Aku akui, banyak lagi aspek lain yang aku lemah, terlalu banyak. Kita pastinya mengharapkan hidayah Allah sampai ke hati kita dan membawa kita jauh dari kejahilan itu. InsyaAllah.



Wednesday, May 18, 2011

Berubah..

Memang kita selalu nak berubah. Berubah kepada kebaikan la patutnya. Semua orang pun bila buat kesilapan, mesti akan rasa bersalah, menyesal dan ingin berubah. Rasa tak nak dah buat kesilapan yang sama. Tapi, itu semua hanya satu cerita dongeng yang mana kita akan sentiasa buat kesilapan, walaupun kesilapan yang sama. Tapi tak dinafikan ada orang yang mampu terus berubah kepada diri mereka yang baru. Meninggalkan kesilapan-kesilapan lama yang mengisi lipatan sejarah hidup mereka. Sesungguhnya hidayah dari Allah jua yang kita pohon.


Tapi, mungkin aku tak begitu setakat ini. Azam untuk menjadi lebih baik tak mampu lagi untuk aku kotakan. Aku masih tak mampu untuk membuang sikap-sikap yang aku kira mengancam iman aku. Kemarahan aku tak dapat aku salurkan dengan baik. Aku merasakan kesilapan-kesilapan kecil mereka tak patut dilakukan walhal kekhilafan diri aku sendiri tak berapa aku sedari. Lalu, timbullah pergolakan jiwa yang hanya aku sendiri tafsirkan dan semakin aku kusutkan. Entahlah.


Makin lama pergolakan dalam jiwa, semakin kurang rasa kasih sayang sesama manusia. Bosan dengan sikap mereka lalu aku tak mampu lagi untuk bertahan. Mungkin aku kejam kepada mereka, mungkin juga kejam kepada diri sendiri. Lalu, kebaikan dahulu bukan lagi satu pahala, dan mungkin akan menjadi salur dosa kepada aku. Entahlah.


Coretan ini mungkin sekadar bahan bacaan, mungkin juga jadi tanda tanya. Tapi, biarlah aku yang mengaku bahawa aku masih belum berubah, aku masih yang berhati 'keras' itu.


Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani. Titipkanlah sedikit rasa kasihMu itu buatku agar dapat aku berkongsi rasa kasih itu dengan segenap makhluk yang lain. Sesungguhnya, kasih sayang itu penyambung tali silaturrahim kami semua. Janganlah Kau hilangkan rasa kasih itu daripada aku, hambaMu yang lemah ini. Ameen.

Wednesday, May 11, 2011

21 Rahsia Hidup Wanita Perlu Tahu !!

Actually, bukanlah satu rahsia, cuma kekadang kita sendiri tak sedar pun untuk mengamalkannya walaupun tahu kelebihannya.


Dipetik dari majalah i-Sihat edisi Mac 2011 terbitan Utusan Karya.


1. Meditasi
Bernafas dengan tenang dan bayangkan dikelilingi anak kecil yang mahukan belaian kasih sayang. Pandanglah dengan penuh kasih sayang dan rasai kebahagiaan itu.


2. Ketawalah dan buat lain orang ketawa
Ketawa menghapuskan stres, meningkatkan imuniti seterusnya menghindarkan penyakit.


3. Mengingati nama orang lain
Setiap individu akan berbesar hati jika seseorang mengingati namanya. Ia pasti membuatkan dirinya rasa hebat dan anda juga akan diingati sebagai seorang yang hebat.
Z: suka ingat nombor pendaftaran kereta orang lain.


4. Elak gunakan tandas di kedudukan tengah
Elak guna tandas awam yang berada di tengah-tengah kerana ia kerap digunakan, sebaliknya pilih tandas yang berada di kedudukan pertama.


5. Dapatkan rawatan pemutihan gigi
Elakkan minum kopi berlebihan. Lakukan flossing setiap hari bagi menjamin kesihatan oral.
Z: alamak, kena start ber'flos la ek?


6. Uji postur anda
Berdiri lurus dalam keadaan sebelah kaki diangkat dan lutut dibengkokkan pada paras pinggang. Jika tak mampu menahan diri berada dalam kedudukan begitu sekurang-kurangnya 20 saat bermakna anda tidak berdiri dengan postur yang betul ataupun otot-otot sekitar kawasan tersebut sangat lemah.
Z : mari lakukan ujian ini!!


7. Lakukan senaman regangan
Lakukan senaman regangan sebaik sahaja bangun tidur.


8. Berhati-hati membaca label pada makanan
Makanan yang tertera tulisan low fat mahupun low carbs tidak semestinya benar kerana kebanyakan produk hanay bertujuan memasarkan produk mereka.


9. Bernafas dengan betul
Tarik nafas dalam-dalam dan hembus keluar melalui mulut dan hidung.


10. Sediakan rutin work-out
Kepelbagaian senaman pasti membuatkan anda terus seronok melakukannya.
Z : skipping, jogging, apa lagi?? main UNO termasuk tak?


11. Minum banyak air
Air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.
Z : alamak, bahagian ni lemah skit.


12. Fokus pada deria rasa
Fokus pada deria secara optimum mampu mengenal pasti sama ada tubuh kita benar-benar lapar dan memerlukan makanan.


13. Kawal pengambilan garam
Kawal pengambilan natrium dalam diet harian dengan memastikan hanya 150mg natrium setiap 150 kalori makanan. Pastikan jumlah pengambilannya di bawah 1,500mg sehari. Kurangkan pengambilan makanan segera.


14. Luangkan masa bersenam 10 minit sehari
Hanya dengan 10 minit senaman yang efektif mampu membakar sehingga 100 kalori dan meningkatkan tenaga sebanyak 18 peratus.


15. Pilih bra sukan yang tepat
Pilih bra sukan yang dapat memberi sokongan penuh.


16. Berbasikal bakar 500 kalori
Teknik yang betul mampu membuatkan anda membakar sebanyak 500 kalori dalam masa hanya 45 minit.


17. Lakukan ujian tidur
Jika terlena tidak sampai 5 minit selepas meletakkan kepala atas bantal, ternyata anda mengalami masalah kurang tidur.


18. Rasa kembung petanda awal kanser ovari
Jika mengalami rasa kembung, cepat merasa kenyang walaupun mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit dan berlarutan sehingga dua minggu, mungkin ini petanda awal menghidapi kanser ovari.


19. Pilih makanan kaya antioksidan
Antara sumber antioksidan ialah blueberi, brokoli, tomato dan acai beri.
Z : sayur selalu abis waktu lunch hour, camne?


20. Amalkan pengambilan vitamin B
Vitamin B kompleks sangat penting dalam menukarkan makanan kepada tenaga. Ia juga berfungsi memberikan rasa tenang saat kita dibelenggu rasa stress, sedih dan emosi negatif yang lain.


21. Jaga ketumpatan tulang
Senaman seperti berjalan, melompat tali dan aerobik boleh melindungi ketumpatan tulang. Amalkan minum susu setiap hari bagi mendapatkan bekalan kalsium untuk tulang yang sihat.
Z : kekadang missed juga minum susu.

Thursday, May 5, 2011

3 hari jadi garfield

Masuk keje dalam keadaan yang mengantuk. Dalam tiga hari ni, waktu tengah hari, memang waktu nap aku. Tak tau la kenapa. Sangat mengantuk. Mungkin kerana trip yang sangat pack dan kurang rehat. Mungkin juga kan. Jadi, minggu ni mood pun asyik swing je. Mata kuyu macam garfield. Nak berborak pun takde mood. 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebenarnya, ada rasa sedikit rasa bersalah pada Add, kerana belum pos hadiah harijadinya. Aku yang janji nak bagi hadiah, tapi sampai sekarang dah lebih sebulan, tapi masih belum pos. Maaf. Belum siap buk. Memang tak cantik pun hasil yang aku buat ni tapi it takes time and mood as well. Kadang-kadang masa dan mood tu tak datang serentak, jadi lambat la jadinyer. Kiranya, dah bukan hadiah harijadi, tapi a gift for a friend. Hopefully, my apology accepted. Tak perlu tunggu, it will arrive to u someday, insyaAllah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kadang-kadang rasa menyampah pada orang lelaki. Kenapa plak? Sebab ada segelintir lelaki ni yang tak tahu nak menghargai perempuan. Dia ingat selama-lamanya perempuan ni akan tunggu dia ke? Err, macam la bagus sangat. Aku kesian kat perempuan yang setia menunggu lelaki yang macam ni. Rasa sayang dah mengatasi segala-galanya. Tahap kesabaran memang kena tinggi. Kenapalah lelaki jenis ni kejam sangat? Kalau dah takde perasaan or memang takde niat pun nak kahwin dengan perempuan yang setia menunggu ni, kenapa memberi harapan palsu? Beritahu dari awal supaya perempuan yang setia menunggu ni takkan lagi nak tunggu ko yang sengal ni. Kalau betul-betul nak berkahwin dan hidup bersama, cubalah buat sesuatu. Pergilah jumpa mak ayah dia. Umur ko tu pun bukannya makin muda, tapi makin tua. Tak faham aku lelaki spesies macam ni.  TOLONGLAH!

Wednesday, May 4, 2011

Menyeberangi Selat Tebrau - PART 3

25. Sampai di Larkin, cari kedai makan, sebab sangat lapar. Jadi, tuan rumah bawak pegi makan nasi ayam penyet di Taman U. Sedap. Licin pinggan masing-masing. Lepas makan, balik rumah dan berehat. Kena kemas barang jugak, esok sudah mau pulang.


26. Paginya, bersiap-siap dan breakfast di Mama Lynn lagi. Lepas tu pergi ke CIQ dan amik shutter bas ke Changi Airport. Tambang RM7. Harap-harap perjalanan hari ini akan lebih lancar. Selepas scan passport di imigresen Malaysia, jalan masuk Singapore sangat jammed. Tapi, cepat jugak sampai ke imigresen Singapore. Lepas cop passport terus ke Changi Airport, Terminal 1.
~ Shutter bus ke Sentosa @ Changi Airport ~


27. Tinggal beg-beg di tempat simpanan beg di B2 dengan bayaran SGD3.20. Kemudian ambil bas no. 36 untuk ke Orchard Road. Sepanjang perjalanan tu usha bandar Singapore yang bersih. Pastu kereta-kereta derang takdelah yang cikai-cikai ni, paling banyak honda, toyota, audi, BMW, dan seangkatan dengannya. Dalam bas pun bersih je, takde la macam dalam bas kat tempat kita ni. Sepanjang jalan aku tak perasan plak ada ke tak tong sampah, hurm, tapi macam takde. Jadi, derang tak membuang sampah merata-rata. Inikan negara yang suka kompaun. IT'S A FINE CITY.


28. Sampai di Orchard Road, tengok semua mall yang hebat-hebat. Lebih kurang area segitiga emas la. Sempat masuk satu mall je, tapi takde SALE pun, harga barang pun kalau di-convert lebih kurang or lebih mahal je dari tempat sendrik. So decide untuk keluar dan cari tempat untuk beli souveniers. Yang melintas jalan, mak ai, ramai giler. Semua ikut lampu isyarat, selagi belum hijau, takde nyer sesuka hati nak jalan. PENDUDUK YANG BERDISIPLIN.
~ Orchard Building ~


29. Tak tau nak pergi mana, jadi singgah di tourist center untuk bertanya. Macam mudah je nak berjalan kat sini sebab tempat untuk bertanya ada kat tengah bandar. Yang susahnya bila mulut yang malas nak bertanya, tu je. Officer tu bagitau, kalau nak yang dekat, ada kat Lucky Plaza, tapi kalau nak yang jauh sikit bleh pergi Bugis. So, decide untuk pergi yang dekat dulu. Kat Lucky Plaza, banyak jugak souveniers yang ada, so tak perlu nak pergi Bugis memandangkan masa pun dah suntuk. Jadi bershopping kat situ je.


30. Kalau tanpa pengiraan, memang murah je kot souveniers derang. 5 for SGD10. So, dalam 2 dollar je satu. Tapi bila difikir logik akal, bila di-convert, mak aii, sangat mahal. Jadi, berhemahlah membeli souveniers


29. Pukul lima petang, masa untuk bergerak ke Changi, again. Kali ini, naik MRT plak. Amik tiket dari sommerset station ke changi airport. Harga tiket SGD3 termasuk deposit SGD1. Tapi kena tukar train kat City Hall dan Tanah Merah. Di Tanah Merah, naik Sky Train terus ke Terminal 1. So easy. Sampai di Terminal 1, pergi ke General Ticket Machine (GTM) untuk amik deposit SGD1. Kiranya sesapa yang tak pulangkan tiket tu tak dapatlah deposit tu. Hurm, bijak jugak camtu, tapi kenapa dari awal tak charge SGD2 je? kat exit tu masukkan je kad, so xyahlah nak cari GTM untuk refund deposit tu. Ce fikir kenapa?


30. So, tamatlah cerita perjalanan ke negara Singa ni. Penat tapi mengujakan. Walaupun 3 hari tapi banyak lagi tempat yang tak sempat untuk dikunjungi. Harap-harap lepas ni boleh datang lagi ke sini. Dan kena bawa air masak banyak-banyak, dan duit juga. Spek mata hitam jangan lupa. Dan ringan-ringankan mulut untuk bertanya kalau dah rasa tersalah jalan. Sebab dari pengalaman 3 hari tu, orang Singapore memang willing to help sekiranya kita tersesat. Information board pun sangat informative. Tapi, walaupun hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri. SO TRUE.


+++++++++++++++++++++++++++TAMAT+++++++++++++++++++++++++++++++++

Tuesday, May 3, 2011

Menyeberangi Selat Tebrau - PART 2

15. Selepas makan, tunggu kawan datang ambik kerana menumpang di rumahnya. Sampai di rumah rasa ingin terus saja bergelimpangan, tetapi memikirkan badan yang begitu 'masam' penangan adegan kejar mengejar sebentar tadi, jadi mandi dulu. Kemudian terus pengsan.zZzZzZzZ..lagipun malam semalam tak boleh tidur, mungkin berada di tempat baru. Thanx to Cik Madi kerana menghantar ke airport pagi-pagi buta. Thanx juga kepada Cik Izah kerana sudi menumpangkan ahli rombongan. THANX TO SUPPORTERS AND SPONSORS.


16. Malamnya, pergi jalan-jalan di Jusco Tebrau, kata Cik Izah, Jusco terbesar di Asia Tenggara. Sedang berjalan-jalan terlihatkan kasut di kaki aka sneakers zaman blaja telah terkopak sedangkan baru saja anta untuk di gam. Hurm, memandangkan dah ada niat untuk beli kasut sukan, jadi membelilah sepasang kasut tenis. Jadi, esok bleh pakai untuk jalan-jalan dan nanti bila dah balik Kerteh, boleh guna untuk main tenis. BELI KASUT SUKAN BARU.


17. Tido yang lena malamnya dan hari ini adalah hari berjalan ke Universal Studio Singapore (USS). Pergi breakfast dulu dan tunggu bas di Larkin untuk masuk Singapore. Mengikut kata tourist guide En. Ridh, ambil bas ke Woodlands dulu dan ambil MRT dari situ dan interchange di Dhoby Gout, dan amik transit di Harbour Front. Tetapi, merujuk kepada 'abang' bas, katanya kena turun di Kranji dan amik MRT di situ. Alamak, mana satu ni? Tiket ke Woodlands dah beli, takpelah turun kat Woodlands je la. Tiket ke Woodlands RM1.60. CONFUSE INFO.
~ Jammed nak masuk Spore ~


18. Sampai di Woodlands, cari MRT. Ada signboard tapi tak nampak pun stesennya. Adoi. Tanya brader yang agak cool di bus stop berdekatan dan rupa-rupanya warga Malaysia yang bekerja di Singapore. Dia kata amik bas sama je dengan dia dan nanti di stesen X (tak ingat nama apa) boleh amik MRT ke Sentosa Island. Tambang SGD 1. Sampai di situ, bertanya lagi pada 'abang' yang ada di kiosk nak beli tiket MRT. Katanya amik bas lebih mudah kerana bas itu akan terus hantar ke dalam. Amik bas no. 963R ok. R tu stand for resort katanya. Jadi amik keputusan amik bas saja. Lebih kurang 10 minit tunggu, bas pun sampai. Harga tiket SGD 3. PENING NAK NAIK BAS ATAU MRT.
~ Gaya tourist baca peta ~


19. Akhirnya hampir pukul 3pm baru sampai di USS. Dah lunyai tapi bertahan. Sampai kat situ, cari makanan untuk alas perut. Hanya beli roti dan jus tembikai untuk alas perut. Harga SGD 5.70. MAKANAN MAHAL.
~ Sentosa Island ~


20. Lepas makan, terus naik ke USS. Ingatkan boleh terus redeem voucher di pintu masuk, rupanya kena redeem di tempat bas di basement. Aiyoo. Kena turun semula dan pergi ke tempat bas untuk redeem voucher dan amik tiket masuk ke USS. Selepas redeem, naik semula ke USS dan bermulalah pengembaraan dalam USS. TERUJA DALAM KEPENATAN.
~ Sedang queue utk canopy flyer ~


21. Memang sangat besar USS ni. Tak sempat nak explore ni. Tapi layan je la yang mana sempat. Yang paling best, tegok Shrek 4D. Efek dia memang best. Donkey tu bersin sampai kita pun kena tempiasnya. Dragon keluarkan api sampai mengelak aku dibuatnya. So real. Uncle yang duduk di sebelah pun dah pandang serong sebab efek yang aku buat lebih annoying. Huhu. Wat to do. Light, camera, action juga best sebab dalam tu ditunjukkan macam mana pengarah filem Steven Spielberg buat scene hurricane stage 4 ngan 5. Memang terasa kita berada dalam movie tu. Dengan angin kuat, ombak bergelora, peralatan jatuh, terbakar. Tiba-tiba ada kapal besar masuk dan labuhkan sauh. Sapa yang ada kat barisan depan memang akan kena air la. So memang BEST la.


22. Lepas tu jalan-jalan sekitar USS tu dan snap gambar sini sana. tapi masa tu battery kamera sudah low, jadi cuma amik beberapa gambar sahaja. Yang lain masuk 'internal memory' je la. Sangat haus jadi beli air 100 plus yang berharga SGD 3.


23. Keluar dari USS pukul 8pm sebab nak amik bas ke Larkin. Tapi tadi trip members dah berpecah, so kena tunggu je la. Nak call, masing-masing tak active roaming. Hampir sejam menunggu, trip members pun sampai. Amik shutter bus tapi yang ada cuma ke Kotaraya. Tambang SGD 7. Tak ramai dalam bas dan sangat selesa. Rasa nak tidur je dalam bas.


24. Sampai di imigresen Malaysia (CIQ) tersalah masuk platform, jadi sesat dalam CIQ la jawabnya. Rasanya, signboard di situ agak mengelirukan dan membuatkan trip members juga keliru. Akhirnya berjaya mendapatkan teksi untuk ke Larkin dengan tambang RM8. SELAMAT SAMPAI DI LARKIN.


nantikan sambungan PART 3.