Tuesday, July 19, 2011

Kay Kay...I was there...PART 3

Hari ketiga, kami bergerak dari Kundasang seawal 6.00 pagi. Dah cerah macam pukul 7 pagi kalau di semenanjung. Rasa sekejap la pulak bila nak balik ke KK ni. Mengantuk jugak rasanya, nasib baik bukan driver, bolehlah tutup mata kejap-kejap. Berhenti sarapan di Restoran Anjung Rasa, tapi tak ingat kat mana. Dekat sini ada NASI LEMAK. Hoyehh. Selepas sarapan, driver minta tukar sebab dia rasa ngantuk, jadi aku la penggantinya. Mula-mula tu asyik mati enjin je, malu sey, ye la drive kereta orang tak sama macam drive kereta sendiri, ye dok?




Berpandukan cik GPS yang pening, kami sampai juga di Jesselton Point. Lepas park kereta, terus ke kaunter tiket untuk ke pulau. Pulau yang biasa pelancong pergi, Manukan+Sapi+Mamutik. Memandangkan kami percaya cakap penjual tiket tu, jadi kami hanya pilih untuk ke Manukan dan Mamutik. - Tiket RM27.00 (termasuk sewa life jacket RM5)


Ingatkan selepas beli tiket tu, bolehlah terus tunggu bot, rupanya kena bayar tax dulu. - RM7.20 seorang.


Kemudian kami ke jeti untuk tunggu bot, tapi kami tak diberikan life jacket. Makanya, kena patah balik dan ambil jacket. Tunggu punya tunggu, akhirnya bot sampai, Wah, bestnya, teringat pulak masa trip Langkawi masa di UTP dulu. Naik bot ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan beberapa pulau lain (memory hard to retrieve).


1st check point - Pulau Manukan.
Sebelum masuk, kena bayar RM3 untuk conservation fee. Untuk yang tak pandai berenang seperti kami ni, hanya bermain di gigi air sahaja. Tapi nampaklah ikan berenang-renang di tepi kami. 


2nd check point - Pulau Sapi (salah naik bot, makanya terdamparlah kami di pulau ini) sepatutnya Mamutik.
Salah seorang dari kami ajak untuk snorkelling. Aku memanglah teringin tapi aku ni fobia ke air. Tapi, takpelah, bila lagi nak lawan rasa takut itu. Jadi, memberanikan diri untuk snorkelling. Mula-mula tu sangat takut, rasa air masuk telinga la, tak boleh bernafas la, tertelan air masin (glup glup) dan rasa panik tu sentiasa ada, toksah nak cerita la. Tapi, perlahan-lahan, kawal diri untuk tidak panik, aku dah pandai snorkelling (yang penting dengan life jacket, ok), kalau free style, memang tak lepas lagi la jawabnya. Bestnya dapat tengok hidupan dalam air, ikan warna warni, walaupun tak pakai spek, tapi boleh nampak dengan jelas. 


Dah penat snorkelling, bersiap-siap untuk kembali ke darat. Tunggu bot agak lama juga.


Hari ni kami akan check-in di Seapark Condotel, Tg. Aru. Rupanya tempat yang kami nak tuju ni dekat je dengan airport. Bilik kami ada dua single bed dan satu queen bed. Selesa. Tahniah kepada cik Pae kerana booking tempat yang selesa. Selepas membersihkan diri, kami ke bandar KK untuk jalan-jalan cari makan. Beli sedikit kuih tradisional di Pasar Ikan Masin di sebelah Pasar Filipino. Kemudian jalan-jalan dalam Pasar Filipino dan Pasar Malam. Beli sedikit cenderahati untuk kawan-kawan.


Kemudian bertolak balik ke tempat penginapan. Baru sedar yang kami semua tak makan sejak siang tadi!!
Jadi, cari tempat makan di sekitar Promenade Hotel. Jumpa Restoran Malindo. Memberanikan diri untuk makan di sini. Nasib baik HALAL. Order nasi goreng Malindo pedas. Sangat pedas yang aku dapat. Makan je lah, perut dah lapar.


Selesai makan, pusing dulu di Tg. Aru nak tengok ada apa yang menarik. Gelap je tempatnya, atau mungkin tempat yang kami pergi tu bukan Tg. Aru. Haru jer. Jadi, balik ke hotel dan sesi kemas-mengemas pun dilakukan. Beg masing-masing semua dah gemuk-gemuk. Kemudian, tidur dengan LENANYA.


to be continued...

No comments: