Day#4
Hari ni rancangannya nak ke Sunday Market atau di kenali juga dengan nama Gaya Walk. Tapi kena cepat sebab nak kena basuh kereta yang kami pinjam ni. Flight balik pukul 12.30 tengah hari.
Jadi kami bertiga bergerak ke Sunday Market. Seorang tak nak join sebab nak sambung tidur. Mengantuk sangat. Sebelum tu breakfast di Restoran Malindo. Makan nasi lemak yang siap dibungkus. Tuan kedai memanggilnya nasi lemak ekonomi. Kemudian ke Gaya Walk ikut miss GPS yang pening. Nasib baik ahli rombongan dah faham jalan di KK ni (aku jenis buta map).
Macam-macam ada dijual di sini. Binatang peliharaan pun ada. Kalau kat semenanjung, setakat anak ayam warna-warni (dulu-dulu), hamster, ikan dan beberapa binatang lain, tapi dekat sini ada lebih daripada tu. Ada kucing, anjing, arnab, dan lain-lain (tak ingat dah). Kalau nak beli cenderahati pun kat sini banyak. Tak perlu beli di tempat lain. Borong kat sini je. One stop center.
Selesai berjalan di situ, kami mencari car wash. Berdekatan je dengan Seapark Condotel, di belakang kedai Sunny. Car wash tu baru je buka dan kami menjadi first customer. Sementara tunggu kereta siap dicuci, kami ke kedai Sunny tu, beli sedikit makanan dan minuman ringan, tidak kelupaan, makanan untuk orang yang menunggu di bilik.
Selepas berkemas-kemas, bergerak ke airport. Tunggu member di airport untuk pulangkan kereta. Kemudian check-in. Nasib baik selamat melepasi saringan pertama dan seterusnya sebab kami memang berdebar-debar sebab sorang-sorang bawa balik beg gemuk-gemuk. Nak check-in baggage mahal sangat. Jadi, terpaksalah buat macam tak bersalah je.
Flight kami delay. Tapi takpe, nak balik semenanjung je. Walaupun delay, tapi Alhamdulillah sampai sama macam dalam jadual. 3.10 petang. Berjaya juga menidurkan diri dalam flight.
Alhamdulillah. Trip kali ini success dan kami gembira dapat gather semula after study time.
Next trip ke mana pula kawan-kawan?
-TAMAT-
No comments:
Post a Comment