Tuesday, May 24, 2011

Jangan kita menafikan...

Aku kira aku bukanlah seorang muslimah yang begitu baik, kerana kebanyakan daripada tindak tanduk yang aku buat tidak menetapi hukum syariat yang sepatutnya. Ya, aku mengaku itu, dan seharusnya aku patut rasa sangat berdosa kerana ingkar arahan DIA. 


Namun, jauh di sudut hati, aku dapat rasakan yang aku lakukan itu tidak betul. Itu tidak aku nafikan. Aku juga merasakan yang seorang Islam yang lain tahu apa yang betul apa yang tidak, bukan mengikut logik akal sahaja tapi menurut hukum hakam agama Islam sendiri. Tapi biasalah, kita lebih senang untuk mengikut kata hati kita yang menurut pepatah lama, ikut hati mati. Yang lebih menyedihkan, kita kadang-kala menafikan sesuatu kebenaran kerana kita sekarang ni mengikut trend. Memang menyedihkan.


Dalam buku tulisan Pahroi Md Juoi, beliau menulis, yang mana boleh aku simpulkan, manusia sekarang lebih mengagungkan sesuatu 'trend' berbandingkan syariat. Dan orang yang mengikut trend akan lebih disanjungi berbanding mengikut syariat. Contohnya, dalam bab bertudung, trend tudung sekarang dah macam-macam sampai tak terkejar, lebih kurang gadget la, pantas sungguh, tapi tudung yang bagaimana yang mengikut syariat? Aku pasti, semua ada jawapan tersendiri. Tapi, adakah jawapan di mulut sama dengan jawapan yang mengikut akal dan hukum. Kalau sama, alhamdulillah.


Kadang-kadang aku sering terfikir, bagaimana kita ni berani menafikan sesuatu kebenaran hanya kerana kita takut kita ni out-dated. Kalau artis punya jawapan lagilah menyakitkan hati, belum sampai seru la, walhal seruan untuk ke arah kebaikan tu dah lama disampaikan Nabi dan Rasul, cuma kita ni je yang gelap hati.


Aku menulis coretan ni lebih untuk mengingatkan diri aku sendiri dan teman-teman, supaya sentiasa berjaga-jaga dengan tutur kata kita. Jangan kita menafikan sesuatu kebenaran yang terang-terangan ada dalam al-Quran, yang mana cuma kita sahaja yang jahil tentang ilmu itu. Aku akui, banyak lagi aspek lain yang aku lemah, terlalu banyak. Kita pastinya mengharapkan hidayah Allah sampai ke hati kita dan membawa kita jauh dari kejahilan itu. InsyaAllah.



No comments: