Tuesday, May 24, 2011

Jangan kita menafikan...

Aku kira aku bukanlah seorang muslimah yang begitu baik, kerana kebanyakan daripada tindak tanduk yang aku buat tidak menetapi hukum syariat yang sepatutnya. Ya, aku mengaku itu, dan seharusnya aku patut rasa sangat berdosa kerana ingkar arahan DIA. 


Namun, jauh di sudut hati, aku dapat rasakan yang aku lakukan itu tidak betul. Itu tidak aku nafikan. Aku juga merasakan yang seorang Islam yang lain tahu apa yang betul apa yang tidak, bukan mengikut logik akal sahaja tapi menurut hukum hakam agama Islam sendiri. Tapi biasalah, kita lebih senang untuk mengikut kata hati kita yang menurut pepatah lama, ikut hati mati. Yang lebih menyedihkan, kita kadang-kala menafikan sesuatu kebenaran kerana kita sekarang ni mengikut trend. Memang menyedihkan.


Dalam buku tulisan Pahroi Md Juoi, beliau menulis, yang mana boleh aku simpulkan, manusia sekarang lebih mengagungkan sesuatu 'trend' berbandingkan syariat. Dan orang yang mengikut trend akan lebih disanjungi berbanding mengikut syariat. Contohnya, dalam bab bertudung, trend tudung sekarang dah macam-macam sampai tak terkejar, lebih kurang gadget la, pantas sungguh, tapi tudung yang bagaimana yang mengikut syariat? Aku pasti, semua ada jawapan tersendiri. Tapi, adakah jawapan di mulut sama dengan jawapan yang mengikut akal dan hukum. Kalau sama, alhamdulillah.


Kadang-kadang aku sering terfikir, bagaimana kita ni berani menafikan sesuatu kebenaran hanya kerana kita takut kita ni out-dated. Kalau artis punya jawapan lagilah menyakitkan hati, belum sampai seru la, walhal seruan untuk ke arah kebaikan tu dah lama disampaikan Nabi dan Rasul, cuma kita ni je yang gelap hati.


Aku menulis coretan ni lebih untuk mengingatkan diri aku sendiri dan teman-teman, supaya sentiasa berjaga-jaga dengan tutur kata kita. Jangan kita menafikan sesuatu kebenaran yang terang-terangan ada dalam al-Quran, yang mana cuma kita sahaja yang jahil tentang ilmu itu. Aku akui, banyak lagi aspek lain yang aku lemah, terlalu banyak. Kita pastinya mengharapkan hidayah Allah sampai ke hati kita dan membawa kita jauh dari kejahilan itu. InsyaAllah.



Wednesday, May 18, 2011

Berubah..

Memang kita selalu nak berubah. Berubah kepada kebaikan la patutnya. Semua orang pun bila buat kesilapan, mesti akan rasa bersalah, menyesal dan ingin berubah. Rasa tak nak dah buat kesilapan yang sama. Tapi, itu semua hanya satu cerita dongeng yang mana kita akan sentiasa buat kesilapan, walaupun kesilapan yang sama. Tapi tak dinafikan ada orang yang mampu terus berubah kepada diri mereka yang baru. Meninggalkan kesilapan-kesilapan lama yang mengisi lipatan sejarah hidup mereka. Sesungguhnya hidayah dari Allah jua yang kita pohon.


Tapi, mungkin aku tak begitu setakat ini. Azam untuk menjadi lebih baik tak mampu lagi untuk aku kotakan. Aku masih tak mampu untuk membuang sikap-sikap yang aku kira mengancam iman aku. Kemarahan aku tak dapat aku salurkan dengan baik. Aku merasakan kesilapan-kesilapan kecil mereka tak patut dilakukan walhal kekhilafan diri aku sendiri tak berapa aku sedari. Lalu, timbullah pergolakan jiwa yang hanya aku sendiri tafsirkan dan semakin aku kusutkan. Entahlah.


Makin lama pergolakan dalam jiwa, semakin kurang rasa kasih sayang sesama manusia. Bosan dengan sikap mereka lalu aku tak mampu lagi untuk bertahan. Mungkin aku kejam kepada mereka, mungkin juga kejam kepada diri sendiri. Lalu, kebaikan dahulu bukan lagi satu pahala, dan mungkin akan menjadi salur dosa kepada aku. Entahlah.


Coretan ini mungkin sekadar bahan bacaan, mungkin juga jadi tanda tanya. Tapi, biarlah aku yang mengaku bahawa aku masih belum berubah, aku masih yang berhati 'keras' itu.


Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Mengasihani. Titipkanlah sedikit rasa kasihMu itu buatku agar dapat aku berkongsi rasa kasih itu dengan segenap makhluk yang lain. Sesungguhnya, kasih sayang itu penyambung tali silaturrahim kami semua. Janganlah Kau hilangkan rasa kasih itu daripada aku, hambaMu yang lemah ini. Ameen.

Wednesday, May 11, 2011

21 Rahsia Hidup Wanita Perlu Tahu !!

Actually, bukanlah satu rahsia, cuma kekadang kita sendiri tak sedar pun untuk mengamalkannya walaupun tahu kelebihannya.


Dipetik dari majalah i-Sihat edisi Mac 2011 terbitan Utusan Karya.


1. Meditasi
Bernafas dengan tenang dan bayangkan dikelilingi anak kecil yang mahukan belaian kasih sayang. Pandanglah dengan penuh kasih sayang dan rasai kebahagiaan itu.


2. Ketawalah dan buat lain orang ketawa
Ketawa menghapuskan stres, meningkatkan imuniti seterusnya menghindarkan penyakit.


3. Mengingati nama orang lain
Setiap individu akan berbesar hati jika seseorang mengingati namanya. Ia pasti membuatkan dirinya rasa hebat dan anda juga akan diingati sebagai seorang yang hebat.
Z: suka ingat nombor pendaftaran kereta orang lain.


4. Elak gunakan tandas di kedudukan tengah
Elak guna tandas awam yang berada di tengah-tengah kerana ia kerap digunakan, sebaliknya pilih tandas yang berada di kedudukan pertama.


5. Dapatkan rawatan pemutihan gigi
Elakkan minum kopi berlebihan. Lakukan flossing setiap hari bagi menjamin kesihatan oral.
Z: alamak, kena start ber'flos la ek?


6. Uji postur anda
Berdiri lurus dalam keadaan sebelah kaki diangkat dan lutut dibengkokkan pada paras pinggang. Jika tak mampu menahan diri berada dalam kedudukan begitu sekurang-kurangnya 20 saat bermakna anda tidak berdiri dengan postur yang betul ataupun otot-otot sekitar kawasan tersebut sangat lemah.
Z : mari lakukan ujian ini!!


7. Lakukan senaman regangan
Lakukan senaman regangan sebaik sahaja bangun tidur.


8. Berhati-hati membaca label pada makanan
Makanan yang tertera tulisan low fat mahupun low carbs tidak semestinya benar kerana kebanyakan produk hanay bertujuan memasarkan produk mereka.


9. Bernafas dengan betul
Tarik nafas dalam-dalam dan hembus keluar melalui mulut dan hidung.


10. Sediakan rutin work-out
Kepelbagaian senaman pasti membuatkan anda terus seronok melakukannya.
Z : skipping, jogging, apa lagi?? main UNO termasuk tak?


11. Minum banyak air
Air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.
Z : alamak, bahagian ni lemah skit.


12. Fokus pada deria rasa
Fokus pada deria secara optimum mampu mengenal pasti sama ada tubuh kita benar-benar lapar dan memerlukan makanan.


13. Kawal pengambilan garam
Kawal pengambilan natrium dalam diet harian dengan memastikan hanya 150mg natrium setiap 150 kalori makanan. Pastikan jumlah pengambilannya di bawah 1,500mg sehari. Kurangkan pengambilan makanan segera.


14. Luangkan masa bersenam 10 minit sehari
Hanya dengan 10 minit senaman yang efektif mampu membakar sehingga 100 kalori dan meningkatkan tenaga sebanyak 18 peratus.


15. Pilih bra sukan yang tepat
Pilih bra sukan yang dapat memberi sokongan penuh.


16. Berbasikal bakar 500 kalori
Teknik yang betul mampu membuatkan anda membakar sebanyak 500 kalori dalam masa hanya 45 minit.


17. Lakukan ujian tidur
Jika terlena tidak sampai 5 minit selepas meletakkan kepala atas bantal, ternyata anda mengalami masalah kurang tidur.


18. Rasa kembung petanda awal kanser ovari
Jika mengalami rasa kembung, cepat merasa kenyang walaupun mengambil makanan dalam kuantiti yang sedikit dan berlarutan sehingga dua minggu, mungkin ini petanda awal menghidapi kanser ovari.


19. Pilih makanan kaya antioksidan
Antara sumber antioksidan ialah blueberi, brokoli, tomato dan acai beri.
Z : sayur selalu abis waktu lunch hour, camne?


20. Amalkan pengambilan vitamin B
Vitamin B kompleks sangat penting dalam menukarkan makanan kepada tenaga. Ia juga berfungsi memberikan rasa tenang saat kita dibelenggu rasa stress, sedih dan emosi negatif yang lain.


21. Jaga ketumpatan tulang
Senaman seperti berjalan, melompat tali dan aerobik boleh melindungi ketumpatan tulang. Amalkan minum susu setiap hari bagi mendapatkan bekalan kalsium untuk tulang yang sihat.
Z : kekadang missed juga minum susu.

Thursday, May 5, 2011

3 hari jadi garfield

Masuk keje dalam keadaan yang mengantuk. Dalam tiga hari ni, waktu tengah hari, memang waktu nap aku. Tak tau la kenapa. Sangat mengantuk. Mungkin kerana trip yang sangat pack dan kurang rehat. Mungkin juga kan. Jadi, minggu ni mood pun asyik swing je. Mata kuyu macam garfield. Nak berborak pun takde mood. 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebenarnya, ada rasa sedikit rasa bersalah pada Add, kerana belum pos hadiah harijadinya. Aku yang janji nak bagi hadiah, tapi sampai sekarang dah lebih sebulan, tapi masih belum pos. Maaf. Belum siap buk. Memang tak cantik pun hasil yang aku buat ni tapi it takes time and mood as well. Kadang-kadang masa dan mood tu tak datang serentak, jadi lambat la jadinyer. Kiranya, dah bukan hadiah harijadi, tapi a gift for a friend. Hopefully, my apology accepted. Tak perlu tunggu, it will arrive to u someday, insyaAllah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kadang-kadang rasa menyampah pada orang lelaki. Kenapa plak? Sebab ada segelintir lelaki ni yang tak tahu nak menghargai perempuan. Dia ingat selama-lamanya perempuan ni akan tunggu dia ke? Err, macam la bagus sangat. Aku kesian kat perempuan yang setia menunggu lelaki yang macam ni. Rasa sayang dah mengatasi segala-galanya. Tahap kesabaran memang kena tinggi. Kenapalah lelaki jenis ni kejam sangat? Kalau dah takde perasaan or memang takde niat pun nak kahwin dengan perempuan yang setia menunggu ni, kenapa memberi harapan palsu? Beritahu dari awal supaya perempuan yang setia menunggu ni takkan lagi nak tunggu ko yang sengal ni. Kalau betul-betul nak berkahwin dan hidup bersama, cubalah buat sesuatu. Pergilah jumpa mak ayah dia. Umur ko tu pun bukannya makin muda, tapi makin tua. Tak faham aku lelaki spesies macam ni.  TOLONGLAH!

Wednesday, May 4, 2011

Menyeberangi Selat Tebrau - PART 3

25. Sampai di Larkin, cari kedai makan, sebab sangat lapar. Jadi, tuan rumah bawak pegi makan nasi ayam penyet di Taman U. Sedap. Licin pinggan masing-masing. Lepas makan, balik rumah dan berehat. Kena kemas barang jugak, esok sudah mau pulang.


26. Paginya, bersiap-siap dan breakfast di Mama Lynn lagi. Lepas tu pergi ke CIQ dan amik shutter bas ke Changi Airport. Tambang RM7. Harap-harap perjalanan hari ini akan lebih lancar. Selepas scan passport di imigresen Malaysia, jalan masuk Singapore sangat jammed. Tapi, cepat jugak sampai ke imigresen Singapore. Lepas cop passport terus ke Changi Airport, Terminal 1.
~ Shutter bus ke Sentosa @ Changi Airport ~


27. Tinggal beg-beg di tempat simpanan beg di B2 dengan bayaran SGD3.20. Kemudian ambil bas no. 36 untuk ke Orchard Road. Sepanjang perjalanan tu usha bandar Singapore yang bersih. Pastu kereta-kereta derang takdelah yang cikai-cikai ni, paling banyak honda, toyota, audi, BMW, dan seangkatan dengannya. Dalam bas pun bersih je, takde la macam dalam bas kat tempat kita ni. Sepanjang jalan aku tak perasan plak ada ke tak tong sampah, hurm, tapi macam takde. Jadi, derang tak membuang sampah merata-rata. Inikan negara yang suka kompaun. IT'S A FINE CITY.


28. Sampai di Orchard Road, tengok semua mall yang hebat-hebat. Lebih kurang area segitiga emas la. Sempat masuk satu mall je, tapi takde SALE pun, harga barang pun kalau di-convert lebih kurang or lebih mahal je dari tempat sendrik. So decide untuk keluar dan cari tempat untuk beli souveniers. Yang melintas jalan, mak ai, ramai giler. Semua ikut lampu isyarat, selagi belum hijau, takde nyer sesuka hati nak jalan. PENDUDUK YANG BERDISIPLIN.
~ Orchard Building ~


29. Tak tau nak pergi mana, jadi singgah di tourist center untuk bertanya. Macam mudah je nak berjalan kat sini sebab tempat untuk bertanya ada kat tengah bandar. Yang susahnya bila mulut yang malas nak bertanya, tu je. Officer tu bagitau, kalau nak yang dekat, ada kat Lucky Plaza, tapi kalau nak yang jauh sikit bleh pergi Bugis. So, decide untuk pergi yang dekat dulu. Kat Lucky Plaza, banyak jugak souveniers yang ada, so tak perlu nak pergi Bugis memandangkan masa pun dah suntuk. Jadi bershopping kat situ je.


30. Kalau tanpa pengiraan, memang murah je kot souveniers derang. 5 for SGD10. So, dalam 2 dollar je satu. Tapi bila difikir logik akal, bila di-convert, mak aii, sangat mahal. Jadi, berhemahlah membeli souveniers


29. Pukul lima petang, masa untuk bergerak ke Changi, again. Kali ini, naik MRT plak. Amik tiket dari sommerset station ke changi airport. Harga tiket SGD3 termasuk deposit SGD1. Tapi kena tukar train kat City Hall dan Tanah Merah. Di Tanah Merah, naik Sky Train terus ke Terminal 1. So easy. Sampai di Terminal 1, pergi ke General Ticket Machine (GTM) untuk amik deposit SGD1. Kiranya sesapa yang tak pulangkan tiket tu tak dapatlah deposit tu. Hurm, bijak jugak camtu, tapi kenapa dari awal tak charge SGD2 je? kat exit tu masukkan je kad, so xyahlah nak cari GTM untuk refund deposit tu. Ce fikir kenapa?


30. So, tamatlah cerita perjalanan ke negara Singa ni. Penat tapi mengujakan. Walaupun 3 hari tapi banyak lagi tempat yang tak sempat untuk dikunjungi. Harap-harap lepas ni boleh datang lagi ke sini. Dan kena bawa air masak banyak-banyak, dan duit juga. Spek mata hitam jangan lupa. Dan ringan-ringankan mulut untuk bertanya kalau dah rasa tersalah jalan. Sebab dari pengalaman 3 hari tu, orang Singapore memang willing to help sekiranya kita tersesat. Information board pun sangat informative. Tapi, walaupun hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri. SO TRUE.


+++++++++++++++++++++++++++TAMAT+++++++++++++++++++++++++++++++++

Tuesday, May 3, 2011

Menyeberangi Selat Tebrau - PART 2

15. Selepas makan, tunggu kawan datang ambik kerana menumpang di rumahnya. Sampai di rumah rasa ingin terus saja bergelimpangan, tetapi memikirkan badan yang begitu 'masam' penangan adegan kejar mengejar sebentar tadi, jadi mandi dulu. Kemudian terus pengsan.zZzZzZzZ..lagipun malam semalam tak boleh tidur, mungkin berada di tempat baru. Thanx to Cik Madi kerana menghantar ke airport pagi-pagi buta. Thanx juga kepada Cik Izah kerana sudi menumpangkan ahli rombongan. THANX TO SUPPORTERS AND SPONSORS.


16. Malamnya, pergi jalan-jalan di Jusco Tebrau, kata Cik Izah, Jusco terbesar di Asia Tenggara. Sedang berjalan-jalan terlihatkan kasut di kaki aka sneakers zaman blaja telah terkopak sedangkan baru saja anta untuk di gam. Hurm, memandangkan dah ada niat untuk beli kasut sukan, jadi membelilah sepasang kasut tenis. Jadi, esok bleh pakai untuk jalan-jalan dan nanti bila dah balik Kerteh, boleh guna untuk main tenis. BELI KASUT SUKAN BARU.


17. Tido yang lena malamnya dan hari ini adalah hari berjalan ke Universal Studio Singapore (USS). Pergi breakfast dulu dan tunggu bas di Larkin untuk masuk Singapore. Mengikut kata tourist guide En. Ridh, ambil bas ke Woodlands dulu dan ambil MRT dari situ dan interchange di Dhoby Gout, dan amik transit di Harbour Front. Tetapi, merujuk kepada 'abang' bas, katanya kena turun di Kranji dan amik MRT di situ. Alamak, mana satu ni? Tiket ke Woodlands dah beli, takpelah turun kat Woodlands je la. Tiket ke Woodlands RM1.60. CONFUSE INFO.
~ Jammed nak masuk Spore ~


18. Sampai di Woodlands, cari MRT. Ada signboard tapi tak nampak pun stesennya. Adoi. Tanya brader yang agak cool di bus stop berdekatan dan rupa-rupanya warga Malaysia yang bekerja di Singapore. Dia kata amik bas sama je dengan dia dan nanti di stesen X (tak ingat nama apa) boleh amik MRT ke Sentosa Island. Tambang SGD 1. Sampai di situ, bertanya lagi pada 'abang' yang ada di kiosk nak beli tiket MRT. Katanya amik bas lebih mudah kerana bas itu akan terus hantar ke dalam. Amik bas no. 963R ok. R tu stand for resort katanya. Jadi amik keputusan amik bas saja. Lebih kurang 10 minit tunggu, bas pun sampai. Harga tiket SGD 3. PENING NAK NAIK BAS ATAU MRT.
~ Gaya tourist baca peta ~


19. Akhirnya hampir pukul 3pm baru sampai di USS. Dah lunyai tapi bertahan. Sampai kat situ, cari makanan untuk alas perut. Hanya beli roti dan jus tembikai untuk alas perut. Harga SGD 5.70. MAKANAN MAHAL.
~ Sentosa Island ~


20. Lepas makan, terus naik ke USS. Ingatkan boleh terus redeem voucher di pintu masuk, rupanya kena redeem di tempat bas di basement. Aiyoo. Kena turun semula dan pergi ke tempat bas untuk redeem voucher dan amik tiket masuk ke USS. Selepas redeem, naik semula ke USS dan bermulalah pengembaraan dalam USS. TERUJA DALAM KEPENATAN.
~ Sedang queue utk canopy flyer ~


21. Memang sangat besar USS ni. Tak sempat nak explore ni. Tapi layan je la yang mana sempat. Yang paling best, tegok Shrek 4D. Efek dia memang best. Donkey tu bersin sampai kita pun kena tempiasnya. Dragon keluarkan api sampai mengelak aku dibuatnya. So real. Uncle yang duduk di sebelah pun dah pandang serong sebab efek yang aku buat lebih annoying. Huhu. Wat to do. Light, camera, action juga best sebab dalam tu ditunjukkan macam mana pengarah filem Steven Spielberg buat scene hurricane stage 4 ngan 5. Memang terasa kita berada dalam movie tu. Dengan angin kuat, ombak bergelora, peralatan jatuh, terbakar. Tiba-tiba ada kapal besar masuk dan labuhkan sauh. Sapa yang ada kat barisan depan memang akan kena air la. So memang BEST la.


22. Lepas tu jalan-jalan sekitar USS tu dan snap gambar sini sana. tapi masa tu battery kamera sudah low, jadi cuma amik beberapa gambar sahaja. Yang lain masuk 'internal memory' je la. Sangat haus jadi beli air 100 plus yang berharga SGD 3.


23. Keluar dari USS pukul 8pm sebab nak amik bas ke Larkin. Tapi tadi trip members dah berpecah, so kena tunggu je la. Nak call, masing-masing tak active roaming. Hampir sejam menunggu, trip members pun sampai. Amik shutter bus tapi yang ada cuma ke Kotaraya. Tambang SGD 7. Tak ramai dalam bas dan sangat selesa. Rasa nak tidur je dalam bas.


24. Sampai di imigresen Malaysia (CIQ) tersalah masuk platform, jadi sesat dalam CIQ la jawabnya. Rasanya, signboard di situ agak mengelirukan dan membuatkan trip members juga keliru. Akhirnya berjaya mendapatkan teksi untuk ke Larkin dengan tambang RM8. SELAMAT SAMPAI DI LARKIN.


nantikan sambungan PART 3.

Monday, May 2, 2011

Menyeberangi Selat Tebrau - PART 1

Rancangan perjalanan : sejak akhir December 2010


Alasan : nak pergi jalan-jalan ke negara orang, tapi tak nak yang jauh, budget ciput, pastu senang nak balik Malaysia.


Review : 


1. Memang sangat penat, sebab keluar masuk ke Johor menaiki bas, kena benti di dua imigresen. Beratur, isi borang keluar-masuk, salah platform, berjalan dengan kelajuan berlari untuk mengejar bas, membawa beg yang berat. PENAT.


2. Sampai di airport, takde idea nak pegi mana dan naik apa, plus lapar juga, sebab dah bangun dari pukul 3.30am. Jadi, pergi ke kaunter bas untuk bertanya, langsung ada seorang uncle berbangsa cina yang sungguh baik hati menunjukkan tempat makan yang murah di airport iaitu staff canteen. Katanya dekat situ makanan halal pun ada. Kemudian memberi arah untuk berjalan di sekitar bandar sebelum balik ke Johor untuk sambung tidur. UNCLE ITU BAIK.
~ indahnya ~


3. Air mineral $1.50, sama je kot dengan Malaysia, tapi bukan dalam RM okeh...setelah di darab jadilah RM3.63. woaaa.. Nasi lemak pun sama je harganya, $1.50, tapi rasanya sangat tidak nasi lemak. Memandangkan perut ini dah berbunyi-bunyi dan tangan pun dah terketar-ketar, maka nasi lemak berjaya dihabiskan tanpa apa-apa perasaan. MAHAL dan RINDU NASI LEMAK MALAYSIA.


4. Mendapatkan bas no. 36 mengikut kata uncle berbangsa cina tadi. Tunggu bas tak lama pun, dalam 5 minit je kot. CEPAT.


5. Bertanya arah pula dengan driver bus itu dan langsung beramah mesra dengannya. Katanya dia juga orang Malaysia, dari Ipoh, tapi sudah lama tidak pulang ke Malaysia kerana dah dapat PR di sini. Menetap di sini dengan keluarganya. Baik juga orangnya. Siap bagi emel address dia untuk tahu tempat yang cantik di Terengganu. Berhenti di tempat kunjungan awam - Singapore Flyer dan beri direction untuk amik bas seterusnya. UNCLE NI PUN BAIK.
~ Singapore Flyer ~


6. Berjalan sambil bawa beg yang berbondong-bondong dan bergambar sikit sana sini. Tiba-tiba, nature call. Pergi ke toilet berdekatan dan mendapati tiada paip air dalam toilet, hanya ada di sinki. Batalkan saja niat untuk nature call. SUSAHNYA TOILET TAKDE AIR.


7. Berjalan lagi sambil amik gambar. Wow, design bangunan di sini sangat cantik dan futuristik. DESIGN BANGUNAN FUTURISTIK.
~ Marina Sand Bay ~


8. Terasa dahaga dan masuk ke salah satu mall yang berdekatan, tapi sangat takut untuk beli minuman kerana tempat tu pun menakutkan. Lalu batalkan saja niat itu dan tahan dahaga. SUSAHNYA NAK BELI AIR.


9. Amik bas untuk ke terminal bas yang ada bas ke Johor. Dah pesan pada uncle bas untuk beritahu sekiranya dah nak sampai, tapi malangnya uncle tu sibuk berborak-borak sampai lupa nak bagitahu. Jadi, kena turun dari bas dan stress dengan pakcik itu. STRESS SEKEJAP.


10. Ada uncle berbangsa cina yang menghulurkan bantuan mendapatkan teksi ke terminal bas. Mula-mula ingatkan pakcik ni 'tidak sihat' tapi sebenarnya waras walaupun usia dalam lingkungan lewat 60. Dia berjaya menahan sebuah teksi untuk ke terminal bas di Queen St. UNCLE NI PUN BAIK. tambang teksi pun tidaklah mahal, cuma $3.00


11. Sampai di Queen St. terus amik bas ke Terminal Bas Larkin. Tambang $2.40. Tapi uncle bas ni tidak begitu baik hati kerana tidak menjawab pertanyaan aku. STRESS SEKEJAP.


12. Sampai di imigresen Singapore, turun bas bersama beg yang berbondong-bondong untuk cop passport. Barisan sangat panjang tapi Alhamdulillah sempat jugak naik bas tadi semula. PENAT.


13. Sampai di imigresen Malaysia, turun bas lagi bersama beg-beg sekalian. Scan passport dan berkejaran ke bas tadi. Alhamdulillah, sempat. PENAT.


14. Adui, sangat letih berkejaran begitu dan perut sangat lapar. Muka berminyak tak yah cakap la. Kalau nak minyak untuk goreng ayam, cukup kot. Sampai di larkin, cari kedai makan kerana perut dan tangan dah terketar-ketar. Perut dah rasa tak selesa mungkin kerana dah lewat waktu makan. BESTNYA DAPAT MAKAN NASI DI MALAYSIA.


nantikan sambungan PART 2.