Tuesday, February 5, 2013

Entri pertama 2013

Assalamualaikum w.b.t.

Sudah masuk Februari. Pantasnya masa berlalu. Tanda akhir zaman bila masa berjalan terasa laju.

Baru pulang bercuti dengan member-member serumah masa di UTP dulu. Terasa masih sama seperti dulu. Terasa seperti masih bergelar pelajar. Masih gila-gila.

Masing-masing sudah ada prioriti sendiri. Masing-masing sibuk dengan urusan seharian dengan tugasan yang sentiasa mengejar selagi hidup.

Kehidupan kita mungkin berbeza jalannya, mungkin lain cerita tersuratnya, tapi sama apa yang tersiratnya. Dugaan yang kita lalui tak pernah sama tapi sebenarnya pengajarannya adalah sebuah cerita kehidupan biasa yang mungkin tak pernah kita alami sebelum ini.

Persahabatan ini biarlah nampak seperti jauh, namun sesungguhnya ia tetap mekar dalam hati-hati kita. Semoga kita bertemu dan berpisah kerana Allah.