Assalamualaikum w.b.t.
Tertarik dengan perkongsian rakan FB, tentang tajuk di atas.
Ya, kadang-kadang kita hanya ambil kisah tentang HALAL pada makanan sahaja. Sekurang-kurangnya ambil kisah. Alhamdulillah.
Tapi, sebenarnya HALAL tu merangkumi semua segi. Maaf, aku bukan seorang yang alim untuk berbicara secara lebih dalam tentang hal ini, tapi sebagai muslim, aku boleh utarakannya.
Kita jahil, tapi kita enggan belajar. Kita enggan ambil tahu. Kita tak peduli. Maaf, kita memang begitu.
Sejak aku menyertai Takaful Ikhlas, sedikit demi sedikit, aku belajar tentang perkara ini. Aku bersyukur, aku terpilih untuk belajar. Sekarang, aku perlu sampaikan, kongsikan.
Secara ringkas, dalam aspek muamalat (ekonomi khususnya), hari ini kita mempunyai produk yang patuh shariah, tapi kita masih memilih produk konventional, yang secara terang-terang melaburkan wang yang kita carumkan ke tempat-tempat seperti Sport Toto, Carlsberg, dan macam-macam lagi, tapi kita enggan terima fakta itu. HARAM atau HALAL kita tak peduli, janji ada pulangan. Malah, kita bangga sekiranya kita ada polisi/simpanan dalam syarikat yang gah namanya itu. Tapi, dalam tak sedar, kita ada share dalam syarikat arak!
Malah, duit pelaburan dari sumber itu jugalah nanti yang kita akan gunakan untuk menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak kita. Jangan salahkan anak-anak sekiranya mereka tidak menjadi ORANG, sebabnya, salah itu pada kita atau ibubapa.
Mungkin berbaur promosi entri kali ini. Ya. Memang aku sedang promosi. Promosi perkara yang baik. Perkara yang HALAL.
Kawan-kawan, aku minta maaf jika aku tak sampaikan ini. Kadang-kadang, aku tak kuat. Aku tak ingin ikatan persahabatan kita terjejas kerana aku sampaikan perkara ini. Tapi, jauh di sudut hati, aku lebih sedih sekiranya aku mengetahui tetapi tidak menyampaikan.
Yang baik itu dari Allah, yang kurang baik itu datang dari kelemahan diri ini.
Yang baik itu dari Allah, yang kurang baik itu datang dari kelemahan diri ini.
2 comments:
aku suke dengan kenyataan tu...
dalam hal memilih produk gitu kita mampu memilih yg halal...
tapi kita masih tidak dapat lari dari sudut yang lain seperti pelaburan, pinjaman dari bank, dan sebagainya...
mahu atau tidak, kita mmg memerlukan perkhidmatan tu bg kemudahan.
itu la reliti persekitan kita sekarang. ape yg mampu elak, kita jauhi... jangan hanya turuti kehendak semata-mata...
Sekarang pelaburan pun dah ada yang patuh shariah, pinjaman pun dah ada yang islamic. Yang penting, kena aware dan perlu tau tentang perkembangan muamalat islam.
Post a Comment