Tuesday, August 5, 2014

Ramadhan dan Syawal 1435H

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Syukur. Masih diberi nikmat kehidupan dan kesihatan dalam iman.

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini sangat berbeza dari sebelum-sebelumnya.

Bersahur, berbuka, memasak, bertarawih, berjemaah, mengaji, qiam, tidur, eh, tidur tu standard la kan.

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana dipertemukan dengan housemate yang baik. Mengajak kepada perkara yang baik-baik. Solat berjemaah terutamanya.

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini juga mendekatkan aku pada Dia. Setiap perkara yang berlaku memang ada hikmahnya. Walaupun pada awalnya, sukar juga otak nak mencerna, tapi aku yakin pasti ada sesuatu di sebaliknya.

Syawal kali ini memang berbeza. Bersalaman dengan mak abah, abang dan kakak ipar. Saling mendoakan. Bahagianya rasa. Kami menangis. Semoga kami diberkati.

Dan Syawal kali ini juga berbeza. Satu fasa baru dalam kamus hidup. Semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapi ujian dan dugaannya nanti.

Ok. Cuti dah lama, now back to table and desktop. Selamat mencari rezeki dan treat kerja as ibadah. Daa.