Tuesday, August 23, 2011

Nikmat Itu Ujian

Assalamualaikum w.b.t.


Sememangnya kita akan rasa teruja dan gembira bila impian atau keinginan kita dimakbulkan Allah. Tapi, pernah tak kita terasa apa yang Dia kurniakan itu hanyalah satu ujian. 


Bukan untuk menakutkan teman-teman, cuma ini satu perkongsian pengalaman. Mungkin juga pernah dilalui oleh orang lain.


Contohnya begini. Bila berhajatkan sesuatu dan tiba-tiba dikurniakan rezeki, jangan mudah lupa diri. Janganlah terlalu gembira. Bersyukurlah. Kita sebenarnya sedang diuji. Kadang-kadang, jauh di sudut hati, rasa takut akan menyelubungi sebab akan terfikirkan apakah bentuk ujian yang Allah cuba beri. Takut tak mampu untuk menghadapi. Tapi, insyaAllah, ujian yang Allah turunkan itu memang mengikut kemampuan kita. Itu sudah tertulis.


Jadi, sebagai peringatan kepada diri sendiri dan teman-teman, usahlah kita terlalu banggakan dengan apa yang kita ada, sebab itu semua pinjaman dari Dia. Bila-bila masa sahaja Dia bisa menguji.

Saturday, August 13, 2011

Cubaan Pertama

Assalamualaikum.


Hari ni 13Ramadhan 1432H.


Rancangan : Baking cake. Choc moist. Resipi Kak Long Kak Wara.


Resipi dah diambil beberapa hari lepas, semalam beli bahan-bahan yang takde lagi.


Jadi, hari ni, here we go!


Memang ikut satu-satu macam apa yang tertulis dalam resipi. Kalau konpius terus talipon Kak Wara minta clarification. Campur punya campur, kacau dan kacau, maka siap dah adunan. Masa untuk bakar pulak. 


Bakar selama 80 minit. Jadi tengok tv sementara tunggu loceng berbunyi. Hasilnya, not bad dari segi rupa je la. Rasa tak tau lagi. Kemudian buat topping dan simpan dalam peti sejuk. Hurm, tak sabar nak rasa.


Allahuakbar Allahuakbar. Azan maghrib berkumandang. Selepas makan kurma, taraaaaaa....rasa kek coklat moist pertamaku.


Hurm, hurm, hurm, camne nak cakap ek? Sedap, tapi tak moist sangat. Mungkin tepung banyak sangat aku isi.


Well, its ok la kan. 1st attempt. Yeaaaa.....dah berjaya buat kek coklat. Thanx to recipe giver aka Kak Wara.


- Kek Choc Moist -

Wednesday, August 10, 2011

Kali ini.

Ramadhan kali ni memang sedikit berbeza. Berbeza yang bagaimana? Kalau tak banyak pun adalah sikit-sikit.


1. Mula-mula sekali, kerakyatan tiga daerah. Mungkin selepas ini aku akan kurang pulang ke daerah aku dibesarkan, kerana penghijrahan keluarga ke daerah lain dan aku bermusafir di daerah ini. Tak pasti lagi berhari raya di mana. Bingung. 


2. Melihat dan merasai sendiri kenaikan harga barang-barang dan makanan yang selama ini tempiasnya kurang aku rasai. Paling ketara, harga makanan di bazar ramadhan yang bisa buat orang geleng kepala dan sakit jantung!


3. Rancangan yang tak semestinya mengikut lakaran aku. Apa yang sudah tertulis pasti lebih baik! Sesudah berusaha dan berdoa, bertawakallah.


4. Tanggungjawab dan amanah. Mungkin kadang-kadang aku merungut, tapi aku silap, tanggungjawab ini adalah satu proses pembelajaran. Aku patut bersyukur dan menghargai peluang ini!


5. Tiada penurunan jisim. Yang ini mungkin lucu, tapi walaupun sudah 10 hari Ramadhan, jisim belum berganjak turun daripada angka 6 itu. Mungkin kadar metabolisme sudah tidak seagresif dulu.