Assalamualaikum.
Arini nak tulis pasal online shopping. Ala, mesti korang dah biasa ber-shopping kat internet ni kan, ada tu sampai dah addicted. I'm not yet, tapi rasa nak kongsi pengalaman ni.
Dulu, nak beli baju kena gi kedai, tak kisahlah kedai-kedai biasa ke, kat pasaraya ke, shopping complex ke, yang penting kena berjalan, kan. Aku ni jenis yang kalau nak pergi beli baju ke, atau beli apa-apa je, tak kisah pun jalan sorang-sorang. Cool kan. (huk huk). Pasal appearance, lagilah, pakai t-shirt simple je, sampaikan dah kena sound dengan my ex-teacher suruh ubah sikit penampilan. Jalan punya jalan, tak beli pun, sebab takde yang berkenan atau ada yang dah berkenan tapi hold dulu keinginan untuk membeli tu sebab mungkin pada masa tu duit bawak cukup-cukup je atau nak tengok yang lain dulu atau nak uji sama ada kalau tak beli benda tu adakah sampai teringat-ingat bila balik nanti. Tapi, ada jugak masa-masa yang prosedur kat atas ni tak diguna pakai, sebab dah terlalu menggelepor (bahasa orang ganu) nak beli benda tu. Tu memang dah terkeluar dari kebiasaan dan kes begitu agak terpencil.
So, apa kaitannya dengan online shopping ni??
Nak dijadikan citer, aku ada beli online satu inner neck ni, tengok dalam gambar macam ok je, harga pun ok, cuma bila ditambah dengan postage fee tu yang rasa agak mahal, tapi takpelah, nak try dulu. Bila barang sampai, cuba pakai, memang selesa la. Fabrik ala-ala lycra. So, dah jadi my feveret inner neck.
Pastu, nak tambah la lagi inner neck lain, takkan nak pakai yang satu tu je, jadi mencari la di kedai-kedai. Susah rupanya nak cari inner neck kat kedai, tapi last-last terjumpa jugak, tapi yang ni fabrik cotton. Jadi, beli la satu dan harganya sama sahaja dengan yang online cuma yang ni takde postage fee la kan. Gembira rasanya. Tapi, bila balik rumah dan try, amat mengecewakan, tak best seperti yang sebelum ni. Kecewanya saya.
Jadi, kadang-kadang, barang-barang yang di beli online ni, walaupun cuma dinilai pada gambar dan sedikit description daripada penjual, kualiti barang tu bolehlah dikatakan bagus juga, berbanding barang yang kita tengok sendiri tu. Dan, kadang-kadang barang-barang yang dijual online tu susah nak cari kat kedai-kedai. Tapi kalau kat KL mungkin la senang kan. Dan, mungkinkah pengalaman ni akan membuatkan aku addicted to online shopping....Oh....nooooo...
No comments:
Post a Comment