Sunday, April 24, 2011

Oh..nasi kerabu

Once a upon a time, masa zaman study dulu makan juga nasi kerabu, tapi tidaklah sekerap sekarang...dulu kalau beli nasi kerabu, mesti tak nak letak sayur-sayuran itu, dan kalau akak jual nasi kerabu tu terletak jugak mesti aku akan asingkan, sebab aku rasa macam tak sedap je makan sayur tu @ ulam-ulaman tu...


Tapi tu..dulu...sekarang...aku asyik teringatkan nasi kerabu je...setiap kali pergi pasar malam ...tempat pertama aku tuju ialah kedai jual nasi kerabu la...siap suruh lebihkan ulam...dan kadang-kadang nasi juga...hehe..tapi ada satu hari tu, aku rasa macam nak muntah dah makan nasi kerabu, kiranya macam dah tobat tak nak beli bila pergi pasar malam..tapi untuk seminggu je la...minggu depan beli jugak..apa daa...


Tu la penangan duk kat terengganu dah 3 tahun ni...tapi nasi kerabu bukanlah originated dari terengganu...rasanya dari kelantan...nasi dagang yang dari terengganu...ada jugak makan nasi dagang yang sedap kat sini walaupun dahulunya bukanlah penggemar nasi dagang...cuma bahagian ikan tu tak bleh nak makan bersungguh sangat....sensitif...ceh..padahal takde beza pun makan sikit ke banyak..kalau dah makan tu...even sikit tetap ada kesannya...apa nak buat..tanggung je la sendiri...nak makan sangat kan!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Semoga ibu fateh dan fateh selamat dalam jihad ini. Fateh...be strong...

Thursday, April 21, 2011

Ponder #2

Source : Imponderables by David Feldman


Why does the skin on the extremities wrinkle after a bath? And why only the extremities?


Despite its appearance, your skin isn't shrivelling after your bath. Actually, it is expanding. The skin on the fingers, palms, toes and soles wrinkles only after it is saturated with water (a prolonged stay underwater in the swimming pool will create the same effect). The stratum corneum - the thick, dead layer of the skin that protects us from the environment and that makes the skin on our hands and feet tougher and thicker than on our stomachs or faces - expands when it soaks up water. This expansion causes the wrinkling effect.


So why doesn't the skin on other parts of the body also wrinkle when saturated? Actually, it does, but there is more room for the moisture to be absorbed in these less densely packed areas before it will show. One doctor we contacted said that the soldiers whose feet are submerged in soggy boots for a long period will exhibit wrinkling all over the covered area.


Kenapa kulit di bahagian hujung anggota badan berkedut selepas mandi? Dan kenapa bahagian hujung sahaja?


Sebenarnya kulit kita mengembang. Kulit di bahagian jari, tapak tangan, kaki, tapak kaki hanya akan berkedut selepas terdedah kepada air dalam jangka masa yang lama. Bahagian ini adalah lapisan tebal kulit mati yang melindungi kita dari persekitaran dan menjadikan bahagian ini sedikit kasar berbanding kulit di bahagian perut dan muka. Pengembangan ini yang menampakkan ianya kelihatan seperti berkedut.


Jadi, persoalannya, kenapa kulit di bahagian lain tidak berkedut apabila terendam dalam air? Sebenarnya, kulit di bahagian lain turut mengembang, tetapi di bahagian lain terdapat lebih banyak ruang untuk penyerapan berlaku memandangkan bahagian lain kurang padat, dan apabila terendam dalam masa yang lama, kedutan akan juga kelihatan


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Proses alih-bahasa dilakukan dalam keadaan mengantuk. Sila jangan gelak sekiranya perkataan yang digunakan kedengaran tidak sesuai.

Monday, April 18, 2011

Pelik, pening dan konpius...

Aduila....kadang-kadang rasa nak marah orang..kadang-kadang rasa meluat tengok orang..kadang-kadang rasa orang lain tu ntah hapa-hapa..dan semua la perasaan yang seangkatan dengannya..


Siapa aku nak rasa macam tu? Hebat sangat ke aku ni? Aku ni perfect sangat ke? Pandai sangat ke aku ni? Alim sangat ke aku ni? Jelita sangat ke aku ni? jawapannya...memang tak la kan.


So, tak payah la nak condemn orang lain kaw-kaw sedangkan diri sendiri pun jalan senget macam si ketam. Ke memang tak sedar diri? Ikut suka mulut je nak cakap orang ni bagus orang ni tidak..dah kalau dah tau orang tu wat salah tak yah la nak ikut...dah tau mana yang betul buat la yang betul..ni sibuk menjaja keburukan orang lain, padahal kain sendiri terselak...kalau seorang yang professional tak yah la nak bawa citer ke hulu ke hilir...kalau nak tegur kesilapan orang, terus terang pada orang tu..face to face...baru la cool..tak menjatuhkan maruah orang dan kita yang menegur ni pun tak la nampak macam kak propa...ada faham!!!

Saturday, April 9, 2011

Kitaran Hidup

Selepas bertunang, jemputan kahwin, kemudian khabar gembira si isteri mengandung. Kemudian khabar gembira si isteri selamat melahirkan cahaya mata pasangan suami isteri. Wah, itulah kitarannya. Satu demi satu khabar bahagia tu dikongsi dengan kawan-kawan. Tahun ni saja, dah beratur kawan-kawan aku yang dikurniakan Allah 'hadiah' ini. Alhamdulillah, aku pun tumpang gembira juga.


Walaupun aku ada 8 orang anak saudara, tetapi aku tidaklah tau sangat pasal 'pregnancy' ni. Ye la, kalau aku yang nak bertanya dekat kakak-kakak iparku tu, memang tak la kan. Malu la katakan. Tunggu turn aku je la nanti baru la tau macam mana.


Tapi sejak dah bekerja ni, serba sedikit info-info ni aku dapat timba sikit demi sikit dari sahabat-sahabat aku yang mengandung. Pening juga bila mendengar segala jenis bahasa perubatan, ditambah dengan kiraan kandungan dalam minggu. Adui. Kena cekap 'math' untuk siap sedia membahagi dengan 4 kalau jawapan yang diberi dalam unit 'minggu'. Aku tau jawapannya mestilah tidak tepat, tapi cukuplah untuk tahu berapa usia kandungan dalam unit 'bulan'. 


Yang membuatkan aku tersenyum sendirian ialah, bila si ibu berkomunikasi dengan baby mereka, menulis nota hati dari baby, dan menjawab bagi pihak baby. Oh, so sweet. Kadang-kadang ada juga permintaan dari baby untuk makan masakan auntie ni, walaupun auntie ni masak bukannya cukup syarat pun, tapi layankan aje demi baby.


Bahagian membeli barang-barang baby pun seronok jugak. Breast pump set la, stroller la, car seat la, cooler bag la, dan macam-macam lagi yang aku pun baru tau. Ingat dah bersalin baru beli, rupanya masa mengandung dah kena beli, especially untuk anak pertama la, sebab kalau dah ada anak sebelum ni, barang-barang ni leh re-use je.


Tapi, bahagian bila nak deliver ni sedikit menakutkan. Err...persiapan fizikal dan mental tak usah nak citer la. Siap ke kelas untuk belajar teknik-teknik melahirkan. Aduila, sangat scary ya....


Apapun, memang itupun impian semua orang. Berkeluarga dan dikurniakan dari Allah zuriat dari darah daging sendiri. Tapi, itu semua datang dari Allah. Jika ada jodoh dan pertemuan, insyaAllah, aku akan melaluinya juga nanti, tapi tak tau bila lagi. 


Pesanan untuk Fateh:


Nanti bila kamu dah keluar dari perut ibu kamu, auntie akan merindui kamu yang di dalam perut, sebab auntie tak dapat nak jumpa kamu hari-hari lagi. Tapi, auntie doakan kamu semua sihat. Jangan bimbang, sebab ibu dan ayah kamu sangat sayangkan kamu. Sila bantu ibu kamu untuk berdiet memandangkan berat badan dia sangat membimbangkan. Itu saja buat setakat ini.