Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ni masih tiada berita penemuan MH370. Sayu.
Dah lama ingin menulis tentang tajuk ini. Apa yang paling akan aku rindui....sekiranya aku membuat keputusan untuk berhenti kerja.
Ya, berhenti kerja. Mungkin kedengaran gila. Lepas ni nak kerja mana? Kerja apa? Company mana? Banyak ke dia offer? Tu soalan biasa.
Aku mungkin tak ke mana-mana.
So, apa yang akan aku paling rindu?
Dah tentulah kawan-kawan yang havoc tu dan environment kerja di Kerteh yang heaven tu. Dan pasti aku akan merindui untuk ke kelas mengaji. Di mana aku belajar memperbaiki bacaan alquran mengikut hukum tajwid yang selama ni aku hentam kromo je.
Aku akan merindui waktu makan ramai-ramai. Buat potluck. Bersembang. Bergurau senda, bergelak ketawa. Bergambar beramai-ramai. Family day. Sports day. Blood donation. Fire drill. Sales. Makan goreng pisang dan keropok di waktu petang. Oh, banyaknya.
Aku akan merindui musim kerja sampai malam. Prepare document untuk meeting. Scanning, copying, printing. All.
Sememangnya banyak perkara yang akan diingati. Tapi, hidup perlu diteruskan walau apa pun yang terjadi. Aku berterima kasih dengan pengalaman ini. Banyak yang aku pelajari dan dari situ aku menjadi aku yang sekarang.
Terima kasih Allah.
#pray4MH370
No comments:
Post a Comment