Bismillahirrahmanirrahim.
Innalillah wainnailaihiroji'un.
Entah kenapa, hati aku sangat pelik. Rasa sedih, sedib dan sedih dengan berita kehilangan pesawat MAS yang menuju ke Beijing.
Ketakutan untuk menaiki pesawat mungkin tak pernah aku ceritakan kepada sesiapa. Ya, aku takut. Dan setiap kali aku menaiki pesawat, hati sentiasa berdoa semoga perjalanan itu diselamatkan. Aku juga mengucap shahadah, kerana mungkin itu hari terakhir aku.
Ketakutan itu rasa yang dipinjamkan dari Allah. Ketakutan itu yang membuatkan aku sentiasa mengingati Dia. Supaya jangan terlalu bergembira sehingga lupakan mati.
Kematian itu pasti dan aku berani untuk mengatakan aku tak takut mati. Cuma yang menakutkan aku ialah bagaimana keadaan aku di saat nyawa aku diambil. Adakah ketika sujud atau ketika sedang berfoya-foya. Itu yang paling aku takutkan. Aku takut jika ketika itu aku sedang melupakan Dia sesaat, ketika itu aku membuat dosa, ketika itu aku sedang melakukan dosa. Ya Allah, ampuni aku Ya Allah.
Ya Allah, berilah pengakhiran yang baik kepada mereka yang berada dalam pesawat MH370. Kuatkanlah semangat ahli keluarga mereka Ya Allah. Permudahkanlah urusan mereka. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui dan Kau Maha Penyayang. Tiadalah kuasa dan daya kami melainkan hanya dengan KuasaMu Ya Allah.
Al- fatihah.
No comments:
Post a Comment