Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini hati sedih dan tak keruan. Memikirkan nasib penumpang MH370. Semoga yang terbaik untuk mereka dan kaum keluarga mereka.
Kepala memikirkan apa yang boleh aku baca hari ini. Setiap 5 minit sekali buka facebook, lihat update. Kosong. Tiada yang terbaru.
Teringat sebuah buku yang masih belum disudahkan. Sebuah biografi. Muhammad bin Abdullah. Nabi junjungan kita umat Islam.
Sepanjang pembacaan, hati jadi sayu, kuat dan bermacam-macam emosi. Ya Allah, manusia ini manusia agung. Dari kelahirannya, perjalanan hidupnya, sungguh tersusun.
Hatinya yang mulia, peribadinya yang mulia, tak mungkin ada mata yang terlalu angkuh untuk menitiskan air mata membaca kisah penentangan yang dibalas dengan hikmah dan sabar. Kuatnya dia, mana mungkin disamakan dengan kita yang cepat berdendam dengan sesiapa yang menentang pendapat kita. Dia manusia agung.
Hari sudah lewat. Kalau diikutkan, tentu sahaja biografi ini hendak dihabiskan. Biar mata ini bengkak, biar hati ini lebih yakin.
Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajma'iin.
Ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian sahabat-sahabat beliau.
No comments:
Post a Comment