Sunday, March 21, 2010

Live life to the Fullest

All of us mesti nak live our life to the fullest kan? So, these are the tips yang aku dapat dalam booklet kedai buku Popular.



1. Live Today
Perkara yang lepas tak perlu la kita kenang, dan masa depan kita sentiasa menjadi sesuatu yang tak pasti. So, selagi kita hidup, itu adalah hari kita dan kita patut ambil kesempatan yang diberikan oleh Allah untuk terus menikmati hari kita.



2. Be Yourself
Kita tak perlu menjadi orang lain hanya untuk menyenangkan pihak lain. Jadilah diri sendiri dan kita akan discover siapa yang bernilai dalam hidup kita dan siapa tidak.



3. Seek Balance
Fahami kehidupan ini ada suka dan duka. sentiasa berfikiran positif dan good things tu akan datang suatu hari nanti.



4. Be Realistic
Letakkan satu target bergantung kepada kemampuan dan bakat yang kita ada. Usaha yang kita buat pun boleh dikira sebagai satu pencapaian.


5. Read Books
Salah satu cara untuk 'live this life' adalah dengan sentiasa belajar. Cuba untuk jadi lebih baik daripada sekarang. Tambahkan pengetahuan kita.


6. Be Adventorous
Hidup ini sentiasa dipenuhi dengan peluang dan kita sebenarnya tak menikmati hidup ni kalau kita tak mengambil peluang itu. Lebih tinggi risiko, lebih tinggi kebarangkalian untuk berjaya. Kadang-kadang kita perlu cuba untuk berani mengambil keputusan yang orang lain tak kan ambil.


7. Smile
Senyum boleh memanjangkan usia. Be happy walau apapun yang terjadi. Jadikan dunia ni 'a better place to live in'.


8. Clear Your Mind
Tenangkan minda dan cuba fikirkan tentang kedamaian dan kebahagiaan.


9. Be Flexible
Terima perubahan sebagai satu perkara yang positif dalam hidup ini.


10. List a few Daily Goals
Berenang, berjogging dan berjumpa dengan kawan baru. Initiate fun.


11. Forgive yourself and Others
Lepaskan aura negatif. Kita akan hanya membuatkan diri sendiri sengsara bila kita tidak memaafkan orang lain walhal orang tu sedikit pun tak fikirkan perasaan kita. Jadi, kasihani diri sendiri dan perkara yang dah lepas tu biarlah jadi sejarah.


12. Open Your Ears to the Elders
Salah satu cara untuk belajar dan menghindari kegagalan yang teruk adalah melalui pengalaman orang-orang tua.


13. Take a Break
Hargai diri sendiri setiap hari. Ambil rehat yang sepatutnya untuk re-energize badan semula. Esok nak keje lagi kan!


14. Accept and Manage Failure
Jangan takut untuk melakukan kesilapan. Kebanyakan orang-orang yang dah berjaya melalui pelbagai kegagalan. A great treasure of wisdom is hidden in every failure.


15. Work Smart, Not Hard
Kebanyakan orang yang stress adalah orang yang tak pandai untuk bekerja dengan bijak. Kita tak perlulah menyelesaikan semua tugasan sendirian. We are not alone in this world. Belajar untuk mempercayai kebolehan orang lain juga. Lagipun, bukanlah satu kelemahan jika kita meminta tolong dari orang lain.

No comments: