Monday, February 17, 2014

Selamat datang ke dunia baru...

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Demam, selesema dah kebah. Hanya batuk yang masih bersisa. Alhamdulillah juga sebab berjaya menahan diri dari makan ubat yang dipreskripsi. Bukan berlagak, cuma cuba untuk tidak bergantung kepada ubat-ubat hospital.

Sebagai ganti, berniat untuk berubat dengan pemakanan sunnah. Makan madu. Memang sepatutnya kena jadikan pemakanan sunnah ini sebagai daily routine, tapi biasalah, dah terhantuk baru terngadah. Tapi, takpe, setiap kali menyuapkan madu, niatkan sebagai sunnah, jadi tak kisah pun sekiranya sembuhnya lambat.

Oh, nak cerita, one of my housemate semasa di UTP dulu melangsungkan perkahwinan di KL hari Sabtu lepas. So, masa ni lah yang kami gunakan sebagai tempat berkumpul dan bertanya khabar. Seronok betul dapat jumpa kawan-kawan satu rumah. Team UNO. Havoc. Tapi ada juga yang tak dapat datang. Ada prioriti lain. Ada rezeki, jumpa dekat tempat lain pulak. Ramai lagi ni yang belum langsung. Haha. Doakan kami.

Dan setiap kali jumpa pastinya bergambar adalah aktiviti wajib. Wajib ya!!

So jom layan gambar-gambar kami ni. Seminggu jugak kemaruk tengok gambar-gambar ni. Hehe. Rindu la.

Klaa, daa~

No comments: