Saturday, February 22, 2014

Medan...kita ketemu nanti ya!!

Bismillahirrahmanirrahim.

Pheww...perancangan untuk jalan-jalan ke Medan dah di buat dalam 2 bulan lepas. Tiba-tiba sahaja rasa nak pergi release tension dan berjalan ke negara orang. Nasib baik pada masa tu, ada promosi tiket kapal terbang. Dari KT-KL-MEDAN-KL-KT tiketnya hanya RM200.

Seminggu dua sebelum tarikh perjalanan, aku dan rakan-rakan dikhabarkan dengan berita gunung sinabung yang letaknya tidak jauh dari Medan agak tidak stabil. Meletus sejak hujung tahun 2013 dan masih mengeluarkan debu-debu. Pada awalnya aku mahu saja memberanikan diri pergi. Tapi, hati jadi tak keruan dan membuat keputusan untuk membatalkan perjalanan ke sana di saat akhir. Yang lain turut bersetuju. Dan kami lebih tenang selepas membuat keputusan untuk menangguhkan percutian itu. Alhamdulillah.

---------------------------------------------

Plan B

Alang-alang fikiran dah set untuk bercuti, jadi aku dapat idea untuk berjalan ke Kelantan. Boleh melawat mak dan ayah Kak Wara yang makin sembuh juga. Ajakan hanya kepada tiga orang ofismate, dan dua dari mereka excited dan setuju nak join. Alhamdulillah.

So, the trip was on last Friday. Gerak dari Kerteh around 10am dan sampai di KB pukul 1.30pm. Dah minta tolong Kak Wara untuk book'an homestay. Terima kasih. Yang bestnya, murah rezeki kami, makan tengahari di rumah Kak Wara. Bertambah-tambah aku makan. Sedap. Kenyang.

Kemudian kami dibawa ke homestay. Kak Wara siap escort tu. Sampai di homestay, kami diberi layanan seperti sanak saudara pulak. Dihidangkan dengan nasi kerabu tumis oleh Kak Noni, owner homestay. Baik betul orangnya. Ya Allah, murah betul rezeki kami hari ni. Tak sempat nak rasa lapar. Semoga Allah beri rezeki yang melimpah ruah kepada insan-insan yang memudahkan urusan kami di sini. Ameen.

Selepas berehat-rehat sekejap, Kak Wara bawa kami ke Friday Carboot Sale di Tesco KB. Aku terharu sebab aku rasa aku takde pulak cakap pada Kak Wara untuk bawa kami pergi jalan-jalan. Cuma aku beritahu tentatif aktiviti kami di sini. Kak Wara sanggup melapangkan masa dia untuk bawa  kami tour KB. Ya Allah, terharu tak kawan-kawan??

Selepas dari Tesco, kami ke KB Mall, jalan-jalan sampai kedai tutup. Dan acara yang ditunggu- tunggu selepas ini ialah.......WAKAF CHE YEH....kami datangggg....

Fuhh...seperti yang sedia maklum, wakaf che yeh, hidupnya pada waktu malam seperti malam masih muda. Berjalan di situ sampai sakit kaki, pinggang. Merasai ais krim tempatan yang sedap, aiskrim Rayyan. Dan akhirnya pulang ke sarang kepenatan tapi seronok.

Esoknya, kami di'suprisekan dengan Kak Noni bila dia menghantar makan pagi untuk kami. Ada tak owner homestay nak hantar makanan dekat korang?? Kalau ada, beruntunglah tu, sama macam kami. Kak Noni hantar nasi tumpang untuk makan pagi. Beruntunglah kami dapat merasai nasi tumpang ni sebab tak pernah lagi makan. Not bad juga rasa dia.

Selepas itu, kami ke rumah Kak Wara. Menyertai kami ke Rantau Panjang. Wohooo....Sungguh, rantau panjang syurga beli belah. Murah-murah dan boleh tawar menawar. Banyak pilihan. Cuma kena kawal nafsu. Kalau tak semua benda kami nak angkut.

Lama juga di Rantau Panjang. Selepas tersedar yang kitaorang ini hanya menaiki sedan, bersiap-siap untuk pulang. Berhenti solat dan merehatkan diri seketika di Masjid Beijing, Pasir Mas. Senibina cantik, suasana pun tenang.

Sebelum hantar Kak Wara balik, minum petang di Pantai Cahaya Bulan. Photoshoot memang pasti tak tinggal. Thorbaekkk!!

Kami diajak berkali-kali untuk bermalam di rumah Kak Wara, tapi memandangkan esok kerja, kami tetap pulang. Usai solat jamak maghrib isyak, kami bergerak balik ke Kerteh. Terima kasih yang tak terhingga buat keluarga Kak Wara yang melayani kami dengan baik sekali. Semoga keluarga ini dilimpahi rahmat berpanjangan dari Allah.

Kami sampai di Kerteh pukul 2am. Tukar-tukar driver.

-----------------------------------------------

Pepatah arab, "Cari dahulu jiran sebelum mencari rumah dan cari dahulu kawan sebelum mengembara."

Ya, aku akui ini benar. Alhamdulillah, perjalanan ini sangat best, sebab mereka semua sempoi, give and take, sporting, tak banyak cikadak, hormat masa masing-masing, tak berkira, bertolongan, jaga solat, jaga aurat, ada peranan masing-masing. Fuhhh...aku jarang memuji, tapi ini adalah benar!!

You are AWESOME GUYS!!!

Monday, February 17, 2014

Selamat datang ke dunia baru...

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Demam, selesema dah kebah. Hanya batuk yang masih bersisa. Alhamdulillah juga sebab berjaya menahan diri dari makan ubat yang dipreskripsi. Bukan berlagak, cuma cuba untuk tidak bergantung kepada ubat-ubat hospital.

Sebagai ganti, berniat untuk berubat dengan pemakanan sunnah. Makan madu. Memang sepatutnya kena jadikan pemakanan sunnah ini sebagai daily routine, tapi biasalah, dah terhantuk baru terngadah. Tapi, takpe, setiap kali menyuapkan madu, niatkan sebagai sunnah, jadi tak kisah pun sekiranya sembuhnya lambat.

Oh, nak cerita, one of my housemate semasa di UTP dulu melangsungkan perkahwinan di KL hari Sabtu lepas. So, masa ni lah yang kami gunakan sebagai tempat berkumpul dan bertanya khabar. Seronok betul dapat jumpa kawan-kawan satu rumah. Team UNO. Havoc. Tapi ada juga yang tak dapat datang. Ada prioriti lain. Ada rezeki, jumpa dekat tempat lain pulak. Ramai lagi ni yang belum langsung. Haha. Doakan kami.

Dan setiap kali jumpa pastinya bergambar adalah aktiviti wajib. Wajib ya!!

So jom layan gambar-gambar kami ni. Seminggu jugak kemaruk tengok gambar-gambar ni. Hehe. Rindu la.

Klaa, daa~

Tuesday, February 11, 2014

Takut takut takut

Bismillahirrahmanirrahim.

It was an awesome course even for the first two days I had a thought of quit. What a loser, as I had my second thought. Face this small challenge and insyaAllah I can manage to face any after this.

So, after being shrink, washed, wipe, I finally completed the course. It's such a relieved feeling. Now, I can start talking, if not, before this, just wake up, dress-up, walking, solat, attending, dining, sleeping which we need to be earlier than time. So, no talking-talking or even beronok-ronok. No time for waiting the lift. I climb the stairs everytime I went back to room and going to hall. I performed solah at room and sometimes skip the meal cause I need a nap. This is really amazing because you can discipline yourself.

What else can I say?