Thursday, January 16, 2014

Berkampung di MIECC

Bismillahirrahmanirrahim.

Permulaan yang menarik untuk tahun 2014. Tempahan untuk kek meningkat. Polisi baru pun ada. Alhamdulillah. Kesedaran kawan-kawan tentang kepentingan mempunyai Life Takaful dan Medical Card dah meningkat.

So, apa lagi yang syoknya?

Tu la nak habaq, start dari hari ni 16 Jan sampai 19 Jan ni aku melaporkan diri sebagai Crew untuk program AMP2014 dekat MIECC, The Mines ni. Hari tu dah mai sini untuk Big Bad Wolf so dah tau la jalan nak ke sini. Alhamdulillah. Tak sesat ya, sila kagum. Hehe.

Apsal aku ada dekat sini? Duduk beronok-ronok dekat rumah kan lagi syok, kan? Itulah, sebab dah selalu sangat duduk berehat di rumah prestasi pun merosot. Lemau je. Apa pun tak meningkat. So, aku mai sini sebab aku nak jumpa orang-orang yang luar biasa yang akan datang ke sini. Absorb sikit energy luar biasa derang ni. Pastu leh kenal-kenal orang, bertambahlah kawan kan. Pastu niat nak tolong-tolong peserta, nak mudahkan urusan pendaftaran dan urusan sepanjang program ni. Hopefully, bantuan kecil ni dapatlah membantu kan, insyaAllah.

So doakan aku kat sini bahagia. Haha. Kbai.

1 comment:

June Mohd Som said...

Tulis la lagiiiiiiiiiii... kot2 lama boleh tulis novel atau buku... :)