Sunday, July 21, 2013

Kecelaruan

Bismillahirahmanirrahim.

Entah, tak tahu nak dikata. Pelbagai perasaan mengasak jiwa. Bila hendak diluah, adakah yang memahami? Perlukah mereka faham? Bila disimpan, beginilah jadinya; kusut.

Mengadu pada seseorang memang jalan singkat. They hear but do they listen?

Ya, aku tahu dan ramai tahu. Mengadu-lah pada Dia kerana Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Tapi, insan ini sungguh celaru pada masa ini.

Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan. Bisikkan pada diri, aku kuat untuk hadapi perkara sekecil ini kerana Yang Maha Berkuasa akan sentiasa bersama aku. Dia yang mengaturkan semua ini dan pasti ini adalah mengikut kemampuan-ku.


No comments: