Wednesday, July 31, 2013

Cough...go away

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Kerana sakit. Kalau tak sakit, takut diri ini melampaui batas. Takut jugak kalau jadi macam firaun yang tak sakit lantas menggelarkan diri sebagai tuhan. Nauzubillahimin dzalik.

Minggu lepas, encik selesema dan encik batuk datang. Silih berganti. Dah lama tak makan ubat hospital dan memang dah berazam tak akan makan ubat hospital selagi boleh bertahan. Tapi, terlepas juga sebijik pil selesema.

Kemudian, encik batuk pulak datang. Medication yang aku amalkan ialah minum air suam yang bercampur madu. Tapi, minggu ni encik batuk masih tak pulang, hampir-hampir dah nak ke klinik. Tapi, bertahan. Nak dijadikan cerita, semalam google kat internet untuk cough natural healing. Jawapan dia sama, air suam dan madu. Dan ada tambahan hirisan lemon. Memandangkan aritu ada buat kek coklat bertopping kan cheese cream plus lemon juice, so masih ada baki lemon dalam peti sejuk.

So, malam semalam, bancuh se-tupperware air madu campu dgn satu hirisan lemon. Sedap!! Sekejap je habis air satu bekas.

Dan, hasilnya, Alhamdulillah, pagi ni dah recover. Almost 95%. Semalam batuk sampai nak tercabut anak tekak dekat ofis. Malu tak usah cakaplah. Batuk dah la macam orang jantan. Takde nak cover-cover. Main lepas je. Haha.

Jadinya, dari perkongsian ni, suka nak ingatkan kawan-kawan, kurangkan makan ubat hospital tu. Ramai dah tau keburukan dia cuma kita ni selalu je nak ekspress result. Yang bercerita ni pun sebab nak mengingatkan diri sendiri sebab dulu selalu sangat bergantung dengan ubat hospital. Padahnya, sendiri la yang tanggung sampai ke hari ni.

Go for pemakanan sunnah yang banyak pahalanya dan tiada kesan sampingan yang negatif. Tapi kesan sampingan yang positif banyak la. Sistem imun jadi lebih kuat, kalau sakit pun cepat baik. Alhamdulillah. Jom amalkan ya kawan-kawan.

Daa~

1 comment:

aJLeaa said...

beb, kalau ade habatussauda elok mkn mcm tu je, insya allah cepat baik, dah penah try