Monday, March 21, 2011

Perang Gadget...aduhai..

Kaki gadget?? Mungkin ya mungkin tidak.

1. Ya, sebab aku memang suka pasal gadget-gadget ni.

Seingat aku, yang membuatkan aku minat pasal gadget ni ialah bila abang aku pernah bagi hadiah handphone masa nak masuk uni dulu. Tahun 2003. Nokia 6510. Kecik dan cute, ala-ala butterfly gitu, tapi lebih cute. Handphone tu sangat berguna dan banyak berjasa. Masa tu skrin masih hitam putih, tapi semua application dalam handphone tu aku pakai. Memang betul-betul berguna. Ada recorder, stop watch, calendar, radio, wallet, alarm, notes, dan macam-macam lagi. Aku pakai handphone tu sampai habis belajar. Lebih kurang 4 tahun. Lama tu.Time tu dia dah mula wat perangai skit-sikit. Charging tak penuh-penuh, bila jawab panggilan caller tak dengar suara aku. Dah cuba tukar bateri baru tapi masalah charging still tak solve. Habis je belajar, dapat plak hadiah E65 dan masa tu 6510 memang dah merajuk tak nak hidup dah. Mungkin membawa hati. Kesian.

Kisah bersama E65 pun menarik. Sliding type plus ada camera. 2MP tak silap. Handphone ni pun sangat-sangat berjasa. Keypad dia jenis biasa, so memang senang nak tulis SMS. Lebih kurang 3 tahun bersama handphone ni, bateri dia mengalami masalah yang sama macam 6510 dulu. Bila charging tak penuh-penuh. Hangin jugak aku ni. So, pegilah menukar bateri baru, tetapi tetap tak solve. Actually, handphone ni dah mula bermasalah sejak bulan pertama aku pakai lagi. Lampu dekat keypad tu tak menyala bila nak type, tapi aku ignore kan je, sebab, biasalah..dah mahir dengan keypad biasa. Dah tau kedudukan huruf-huruf untuk menaip walaupun menaip dalam gelap. Jadi, bila masalah dengan bateri tu tak solve, aku dah tau yang panggilan untuk membeli handphone baru telah tiba. Study punya study, review punya review, aku pun memilih untuk beli E5. Harganya sederhana, features pun ok. Maka E65 tu terpaksalah aku jual di kedai dan hasilnya dapatlah RM150, sebabnya masalah keypad tak bernyala. kalau tak boleh dapat RM200.

Jadi, sekarang ke hulu dan ke hilir bersama E5. Walaupun kamera 5MP, tapi aku tak berapa puas hati berbanding E65 dulu yang hanya 2MP. Lepas tu dengan 'QWERTY' keypad, memang agak tertekan pada mulanya. Susah tu nak menaip apa-apa dengan size keypad yang sangat comel berbanding jari jemariku yang runcing ni. Tapi takpelah, sebab nak mengikuti peredaran zaman dan teknologi la katakan. Layankan aje.

Sekarang, perang Tablet PC dah bermula. Yang aku berminat nak tau cuma iPad dan Galaxy Tab. Model-model lain pun ada cuma tak berapa menonjol kemunculannya, jadi aku pun tak berapa nak ambik tau. HTC, Playtool, Xoom, just to name it. Bila tengok features masing-masing, memang WOW la...memang cool. Memang teruja la bila baca features gadget ni. Rasa nak gi beli terus je bila baca review dari user yang dah pakai. Tapi, jangan ikut hati. Budget pun bukannya ada. Lainlah kalau ada secret admirer yang nak hadiahkan. Memang tak la jawapannya kan? Bagi yang dah memilikinya, macam ibu fateh, memang satu advantage la. Bagai pucuk dicita ulam mendatang. COOL.

2. Oh, tapi kenapa pulak tidak?

Sebab, duit takde lah......

2 comments:

msinsiyur said...

ade cita2 "lg" nk tkr h/phone ek??..ii pun nk satu!!... =))

zazi said...

not really cita2 la...cuma besela..nafsu membeli tu membuak2...dengan applications yang super duper best..sapa xnak kan? tapi, not nowla...baru je 5 bulan pakai E5,masih bau kedai lagi..hehe..