Tuesday, March 15, 2011

Masa yang Singkat

Macam mana la boleh aku lupa ...dah 3 tahun rupanya berada di daerah Kerteh ni mencari rezeki....cepatnya masa berlalu...tak tertoleh rasanya masa yang dah berlalu...banyak yang dah berubah dan banyak juga yang masih tak berubah..biasala..


Apa yang tak berubah??


Masih tinggal di rumah sewa yang sama, masih tidak berjumpa dgn Mr. Right, dll..


Apa yang berubah?


Bertukar department, bidang kerja yang baru, bos baru, kereta baru, kesihatan yang lebih baik (insyaAllah), dll...


Sebenarnya ada banyak benda yang berubah dan yang tidak berubah, tapi sukar untuk dikongsikan...biarlah semua tu menjadi rahsia diri sendiri.


Perjalanan hidup ni memang menarik, penuh liku, penuh dugaan, penuh suka duka, semuanya cukup, tapi itu belum cukup untuk menjadikan aku bijak dalam menangani masalah dan dugaan hidup. Seringkali air mata jadi pengubat rasa tekanan bila mana rasa ini tak dapat dikongsi kecuali dengan Dia. Kerana kadang-kadang meluahkan rasa kepada seseorang tidak mampu melenyapkan perasaan geram, marah dan kecewa. 


Kadang-kadang bersendirian itu lebih bijak daripada berkongsi dengan seseorang yang hanya mampu menokok tambah cerita yang mana aku sendiri sudah merasainya. Kadang-kadang meluahkan juga dapat melegakan, tapi menceritakan kepada seseorang yang dapat menjadi pendengar yang berfikiran bernas juga. Sebab bukan hanya 'telinga' yang dia pinjamkan tapi kekusutan yang bermain di ruangan fikiran dapat dirasionalkan.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sejak dua menjak ni, fikiran aku selalu melayang-layang, tak tahu fikirkan apa. Sebenarnya macam-macam, tapi tak berapa pasti tentang kenapa, bagaimana, bila dan siapa.


Teringat masa di sekolah menengah dahulu, Tingkatan 2 masa tu, kata seorang cikgu, awak ni macam takde perasaan..huh..kenapa pulak cikgu...tapi soalan tu aku tanya selepas aku habis sekolah menengah. Lama tu simpan soalan, jawapannya ialah, aku ni tidak mudah meng'ekspres'kan perasaan aku. Susah nak senyum, susah nak gelak. Muka tu 'blur' je..Hurm...dan sekarang walaupun dah bertahun-tahun peristiwa tu, aku dapat simpulkan..aku memang begitu...cuma sekarang mungkin dah semakin mudah senyum dan ketawa bila ada perkara yang melucukan..


Sehinggakan ada kawan aku yang ingin tau bagaimana rating 'handsome' dan 'cantik' pada pandangan aku. Ye la, tiap kali tengok tv bersama dan tanya aku 'handsome' tak laki ni, aku cuma jawab 'Hurm...ok la'..walhal pada pandangan matanya, lelaki tu dah handsome. Bagi aku setakat ni tiada jawapan 'Sangat handsome' atau 'sangat cantik' kerana bagi aku semenya ok jer...cuma kadang-kadang 'sangat handsome atau smart' nya seseorang tu bila dia membawa dirinya sesuai dengan masa dan ketika tu. Bagi dia, memang aku seorang yang susah untuk memberi markah yang tinggi untuk seseorang. Kalau jadi cikgu katanya, memang susahlah student untuk score..alamak..sampai macam tu sekali..


Penilaian seseorang tu berbeza dan aku memang berbeza. Such a mysterious personality bak kata Yana. Nak buat macam mana, tis is juz me. Klaka tapi maybe a fact.

4 comments:

msinsiyur said...

cam dlm novel plak cara ko bercerita...ade bakat terpendam ni..heheheh..=))

zazi said...

alamak...malu la i u comment camni...ni luahan dari hati la...u shud read one of my blogger list...neologisme...nice one..

Ummu Fateh said...

Huhu... Akhirnya dapat saya mengomen. Mungkin kerana template baru yang cun ini..

Huhu mmg betul la Kak Aziah nih mysterious personality. But one good quality about you is, you always have patience to listen. And that makes you a precious friend to others. Keep up!

zazi said...

alamak...malu la i kat ms insiyur n ibu fateh ni...apapun thanx for being my friends...