Saturday, November 30, 2013

Aku ini pendosa

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya, aku ini pendosa. Jadi tak hairanlah jika aku dihukum olehNya. Untuk bersihkan aku dan memberi pengajaran.

29 Nov 2013 (25 Muharam 1435H)

Cermin kereta kesayangan aku dipecahkan. Sebelah co-pilot. Motif - merompak. Lokasi - masjid di maran, pahang. Kerugian tak perlu ditaksirkan di sini.

Alhamdulillah, aku selamat dan sihat. Masih waras. Aku doakan pencuri atau perompak tersebut dibukakan pintu hatinya untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Nasihat :
1. Betapa besarnya tanggungjawab ibubapa untuk mendidik anak-anak. Lihat 15 tahun ke belakang, apa yang dah kamu lakukan pada anak-anak kamu sehingga mereka menjadi seperti hari ini. Aku doakan aku, sahabat-sahabat aku yang menjadi ibubapa hari ini mendidik anak-anak dengan baik. Mengikut acuan syariat. Bukan hanya membelikan makanan fizikal seperti KFC tapi makanan rohani iaitu ilmu agama.

2. Membaca doa semasa dalam perjalanan.

3. Tidak expose barang-barang berharga dalam kenderaan semasa ketiadaan orang dalam kenderaan.

4. Jangan panik. Jangan panik. Jangan panik. Tarik nafas dan istighfar. Minta bantuan orang di sekeliling.

5. Minum air jika ada.

6. Membuat laporan polis. Cuba ingat apa yang anda nampak sebelum kejadian. Tulis semua barang-barang penting yang hilang.

7. Telefon semua customer service yang terlibat. Bank, telecommunication provider dan lain-lain.

8. Istighfar banyak-banyak. Pasti ada hikmahnya. Redha lebih baik daripada berdendam. InsyaAllah, boleh tidur lena seperti biasa.

Banyak yang aku pelajari dari ujian ini. Terima kasih Ya Allah. Semoga ujian ini untuk membersihkan aku dan memberi pengajaran kepada aku.

No comments: