Assalamualaikum w.b.t.
Adakah aku kenal aku? Adakah aku kenal kamu? Adakah kamu kenal aku? Adakah kamu kenal kamu?
Siapa sebenarnya aku? Siapa sebenarnya kamu?
Aku seboleh-bolehnya tak mahu hipokrit berkawan dengan sesiapa. Sesiapa pun. Sungguh. Perempuan ke lelaki ke, sama saja.
Tapi, apakah kamu sama?
Ini bukan bingkisan cinta buta. Ini ceritera tentang kawan.
Aku berkawan dengan yang muda, dengan yang lebih tua, dan aku hormatkan kamu. Jika kamu sudah hilang hormat pada aku, maka, jangan harap aku akan menghormati kamu. Kerana rasa hormat itu terpakai pada orang yang layak sahaja.
No comments:
Post a Comment