Wednesday, March 27, 2013

Berkawan untuk berkawan

Assalamualaikum w.b.t.

Adakah aku kenal aku? Adakah aku kenal kamu? Adakah kamu kenal aku?  Adakah kamu kenal kamu?

Siapa sebenarnya aku? Siapa sebenarnya kamu?

Aku seboleh-bolehnya tak mahu hipokrit berkawan dengan sesiapa. Sesiapa pun. Sungguh. Perempuan ke lelaki ke, sama saja.

Tapi, apakah kamu sama?

Ini bukan bingkisan cinta buta. Ini ceritera tentang kawan.

Aku berkawan dengan yang muda, dengan yang lebih tua, dan aku hormatkan kamu. Jika kamu sudah hilang hormat pada aku, maka, jangan harap aku akan menghormati kamu. Kerana rasa hormat itu terpakai pada orang yang layak sahaja.



Monday, March 4, 2013

Ber-offroad

Assalamualaikum w.b.t.

Hari tu keluar makan kot dengan kak aiza. Pastu ternampak banner ATV dekat depan padang kat sekolah Kerteh tu. Kak Aiza pun buat ajakan unintentionally. Aku berkobar-kobar la jugak. Search dalam laman siber. Save nombor. Mesej ATV base. Aku bagitau informer. Kumpulkan batalion.

So, gedebak gedebuk gedebek, 7 orang semuanya. Pilih track F. Harga RM180 seorang. Diskaun RM2. Yang best, gambar sepanjang track tu ada orang ambik. Best kan? Best la... Aku kan suka bergambar tapi kamera kan xde. Huk huk. Sedihh. And the trainers follow us sepanjang jalan. Mereka sangat berdedikasi. Thumbs up.

Mula-mula ada training. Ya ampun, seriau jugak. Tapi kugagahkan juga. Orang lain cool je, awat aku lembek sangat kan? Ini semua poyo. Aku juga boleh!!

Initially, the track was for 2 hrs and 45 mins. Tapi, at last we did it for more than that. Hehe. Nasib baik bertujuh je, kalau ramai lagi mungkin esok paginya baru sampai ke base semula.

Overall, the activity was fun and I had a new experience on ATV. Face was sunburn and it was obviously on my nose. It took almost a week for recovery. So, next time put on sunblock is advisable. Previously masa kat PD, aku pakai sunblock kak zura, patutlah tak burn sangat. Thanks kak zura. Hehe.

Oh, there was an accident on our way back to atv base. Alhamdulillah, tak teruk sangat. Kelakar pun ada jugak. Berangan gamaknya.

So, hurm, apa nak cakap? Bestla ber-offroad dengan ATV ni. Kbai.