Saturday, January 14, 2012

"Ilmu tanpa amal adalah seperti pohon yang tidak berbuah"

Assalamualaikum w.b.t.

14 hari di tahun 2012....cepat sungguh masa berlalu.....

Kehidupan harian berjalan seperti biasa. Ya, seperti biasa.

Hari terakhir kursus pada hari ini. DEAS. Developing Effective Advising Skills. Sangat bagus. Membuka minda tentang banyak aspek. Ada juga latihan praktikal di luar dan 'role play' dalam kelas. Secara keseluruhannya, kursus ini mengajar peserta untuk berhemah dalam penyampaian dan bagaimana membuka minda orang awam di luar sana tentang perlunya perancangan di waktu sukar dan senang.

Dari tugasan luar yang aku jalankan di hospital, segelintir petugas-petugas di sini memberi respon yang kurang baik. Mereka seperti merasakan yang mereka tidak akan sakit ataupun tidak langsung terdedah kepada apa-apa risiko. Mungkin kerana mereka merasakan mereka sudah biasa dengan pesakit dan tahu tempat yang patut mereka tuju apabila sakit ialah hospital!

Keletihan memang tak dinafikan. Fizikal dan mental. Drive balik hanya memikirkan untuk tidur dan berehat. Sebelum sampai, singgah di Masjid Jamek Paka untuk solat. Esok kerja seperti biasa. Dah lama tak bersukan, badan pun dah lemau.

Monday, January 9, 2012

CEO in da office yo!

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat tahun baru 2012. Dah 9 hari berlalu, apa cerita?

Nak cerita, minggu lepas hari sabtu (7 Jan 2012), pejabat Agensi al-Ridhwan telah menerima kunjungan daripada CEO Takaful Ikhlas, Dato' Haji Syed Moheeb Syed Kamaruzaman. Bertuah rasanya dapat jumpa dengan Dato' secara face-to-face. Orangnya sangat humble dan banyak bagi nasihat dan cerita kisah hidup dia dari kecil. Beliau seorang yang 'adventurous'. Sebelum pulang, sempat Dato' tanya, bila nak buat Full-time? InsyaAllah, one fine day!

Aku berdoa, aku akan berada dalam bidang ini secara serius satu hari nanti.