Bismillahirrahmanirrahim.
Ya, 2013 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari sahaja lagi. Malu rasanya menoleh ke belakang. Rasa seperti tiada perubahan mahupun pencapaian yang bermakna mahupun yang boleh dibanggakan.
Pheww... Tapi sekurang-kurangnya masih diberi peluang untuk berbuat sesuatu untuk masa hadapan.
Oh, cerita pasal perubahan, aku mengalami perubahan cara berfikir dan cara menangani situasi. Credit ni aku tujukan kepada Dr. Azizan Osman, student-student DAO, Prof. Dr. Muhaya, Ustazah-ustazah dalam rancangan Tanyalah Ustazah, Ustaz-ustaz dalam rancangan Tanyalah Ustaz, Ustaz Azhar Idrus, dan ramai lagi yang tak mampu aku namakan di sini. Insan-insan ini telah dianugerahkan dan didatangkan dengan izin Allah untuk menginspirasikan sesuatu yang luarbiasa dalam kehidupan aku. Mungkin apa yang aku lalui sekarang tak nampak pun di mana luar biasanya, tapi apa yang boleh katakan, luarbiasa itu di dalam.
Namun, sebagai insan yang lemah ini, rasa luarbiasa itu mempunyai pasang-surutnya. Masih ada lagi sikap buruk yang masih bersarang dalam diri aku ni yang sungguh susah sekali untuk aku hapuskan.
Baran? Itu nampak macam extreme sangat. Ok, bukan baran. Mudah panas hati? Cepat nak marah? Begitulah lebih kurang. Istighfar dah. Tapi mungkin tak cukup nak padamkan rasa panas hati tu. Aku harap lama-lama panas hati ni berkuranganlah hendaknya. Tapi, aku pelik juga, kadang-kadang orang yang buat aku panas hati tu ialah orang yang sama je. Orang yang dekat dengan aku jugak. Pheww, sukar jugak situasi ni. Mungkin salah aku yang tak berkomunikasi dengan baik. Ya, itu memang kelemahan aku. Satu lagi aspek dalam diri yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.
Fuhh...panjang pulak entri ni. Sekali dah menulis, tak reti pulak nak berhenti. Oklaa, sambung entri lain pulak, daa..