Sunday, September 22, 2013

Luasnya makna rezeki

Bismillahirrahmanirrahim.

Just nak sharing on a book that I've just finished. Housemate punya. 11 cara ibadah pemurah rezeki. Tertarik dengan buku ni kerana terfikir macam mana nak tarik rezeki. Selama ni kerja dah buat macam-macam tapi rezeki dalam bentuk kewangan selalunya tak seperti yang diharapkan. Di mana silapnya?

Selama ni terlalu banyak stereotaip yang berlaku dalam kehidupan. Kita fikir kita kerja kuat, kita akan dapat hasil yang lumayan. Tapi formula tu tak macam tu. Rezeki tu sangat luas maknanya. Dan rezeki itu bukanlah hanya dalam bentuk wang ringgit. Kesihatan juga salah satu rezeki. Ada 3 jenis rezeki; rezeki yang dijamin, rezeki yang tergantung dan rezeki yang dijanjikan. Kita tak patut membandingkan rezeki kita dengan orang lain kerana setiap orang rezekinya telah ditetapkan sejak azali lagi.

Apa yang aku boleh summarizekan 11 ibadah tersebut ialah:
1. Takwa dan tawaduk
2. Istighfar dan taubat
3. Solat dhuha
4. Sedekah
5. Berbakti kepada kedua ibu-bapa
6. Berani berkahwin
7. Sentiasa bersyukur dalam setiap keadaan
8. Bersilaturrahim
9. Menyantuni anak yatim
10. Menyambung haji dan umrah
11. Membaca al-Quran terutama surah al-Waqiah

Dalam buku ni diperjelaskan setiap dari ibadah ni. Betul, tak banyak yang aku amalkan. Terasa seperti disedarkan. Alhamdulillah dan terima kasih Ya Allah. InsyaAllah aku berazam untuk istiqamah dalam melakukan perkara yang baik. Aku berdoa sahabat-sahabat pun begitu juga.

Wallahua'lam.

Monday, September 16, 2013

The simplest yet the sedap..

Bismillahirrahmanirrahim.

Hah, posa dah, raya dah. Jom g dapur.

Cookies dah, chocolate kek dah. Apa yang baru?

Carrot cakeee....yes...i did it. Tengok resipi dalam internet, dan...taraa...jadik...tapi need improvement....komen dari para juri di ofis.

And, my friend tempah untuk hari jadi anak dia. Yang tu tak tanya lagi feedback. Atasnya letak cheese cream dengan edible image angry bird.

Dannn....satu lagi yang dicuba ialah brownies. Resipi dari blog masammanis. Senang je rupanya. Sedap pun sedap. Ni perasan namanya. Hoho.

Ok. Hingga ketemu lagi. Daaa.