Selepas bertunang, jemputan kahwin, kemudian khabar gembira si isteri mengandung. Kemudian khabar gembira si isteri selamat melahirkan cahaya mata pasangan suami isteri. Wah, itulah kitarannya. Satu demi satu khabar bahagia tu dikongsi dengan kawan-kawan. Tahun ni saja, dah beratur kawan-kawan aku yang dikurniakan Allah 'hadiah' ini. Alhamdulillah, aku pun tumpang gembira juga.
Walaupun aku ada 8 orang anak saudara, tetapi aku tidaklah tau sangat pasal 'pregnancy' ni. Ye la, kalau aku yang nak bertanya dekat kakak-kakak iparku tu, memang tak la kan. Malu la katakan. Tunggu turn aku je la nanti baru la tau macam mana.
Tapi sejak dah bekerja ni, serba sedikit info-info ni aku dapat timba sikit demi sikit dari sahabat-sahabat aku yang mengandung. Pening juga bila mendengar segala jenis bahasa perubatan, ditambah dengan kiraan kandungan dalam minggu. Adui. Kena cekap 'math' untuk siap sedia membahagi dengan 4 kalau jawapan yang diberi dalam unit 'minggu'. Aku tau jawapannya mestilah tidak tepat, tapi cukuplah untuk tahu berapa usia kandungan dalam unit 'bulan'.
Yang membuatkan aku tersenyum sendirian ialah, bila si ibu berkomunikasi dengan baby mereka, menulis nota hati dari baby, dan menjawab bagi pihak baby. Oh, so sweet. Kadang-kadang ada juga permintaan dari baby untuk makan masakan auntie ni, walaupun auntie ni masak bukannya cukup syarat pun, tapi layankan aje demi baby.
Bahagian membeli barang-barang baby pun seronok jugak. Breast pump set la, stroller la, car seat la, cooler bag la, dan macam-macam lagi yang aku pun baru tau. Ingat dah bersalin baru beli, rupanya masa mengandung dah kena beli, especially untuk anak pertama la, sebab kalau dah ada anak sebelum ni, barang-barang ni leh re-use je.
Tapi, bahagian bila nak deliver ni sedikit menakutkan. Err...persiapan fizikal dan mental tak usah nak citer la. Siap ke kelas untuk belajar teknik-teknik melahirkan. Aduila, sangat scary ya....
Apapun, memang itupun impian semua orang. Berkeluarga dan dikurniakan dari Allah zuriat dari darah daging sendiri. Tapi, itu semua datang dari Allah. Jika ada jodoh dan pertemuan, insyaAllah, aku akan melaluinya juga nanti, tapi tak tau bila lagi.
Pesanan untuk Fateh:
Nanti bila kamu dah keluar dari perut ibu kamu, auntie akan merindui kamu yang di dalam perut, sebab auntie tak dapat nak jumpa kamu hari-hari lagi. Tapi, auntie doakan kamu semua sihat. Jangan bimbang, sebab ibu dan ayah kamu sangat sayangkan kamu. Sila bantu ibu kamu untuk berdiet memandangkan berat badan dia sangat membimbangkan. Itu saja buat setakat ini.
No comments:
Post a Comment