Showing posts with label Islamic Muamalat. Show all posts
Showing posts with label Islamic Muamalat. Show all posts

Monday, January 9, 2012

CEO in da office yo!

Assalamualaikum w.b.t.

Selamat tahun baru 2012. Dah 9 hari berlalu, apa cerita?

Nak cerita, minggu lepas hari sabtu (7 Jan 2012), pejabat Agensi al-Ridhwan telah menerima kunjungan daripada CEO Takaful Ikhlas, Dato' Haji Syed Moheeb Syed Kamaruzaman. Bertuah rasanya dapat jumpa dengan Dato' secara face-to-face. Orangnya sangat humble dan banyak bagi nasihat dan cerita kisah hidup dia dari kecil. Beliau seorang yang 'adventurous'. Sebelum pulang, sempat Dato' tanya, bila nak buat Full-time? InsyaAllah, one fine day!

Aku berdoa, aku akan berada dalam bidang ini secara serius satu hari nanti.

Friday, November 18, 2011

HALAL bukan hanya pada makanan

Assalamualaikum w.b.t.

Tertarik dengan perkongsian rakan FB, tentang tajuk di atas. 

Ya, kadang-kadang kita hanya ambil kisah tentang HALAL pada makanan sahaja. Sekurang-kurangnya ambil kisah. Alhamdulillah.

Tapi, sebenarnya HALAL tu merangkumi semua segi. Maaf, aku bukan seorang yang alim untuk berbicara secara lebih dalam tentang hal ini, tapi sebagai muslim, aku boleh utarakannya.

Kita jahil, tapi kita enggan belajar. Kita enggan ambil tahu. Kita tak peduli. Maaf, kita memang begitu.

Sejak aku menyertai Takaful Ikhlas, sedikit demi sedikit, aku belajar tentang perkara ini. Aku bersyukur, aku terpilih untuk belajar. Sekarang, aku perlu sampaikan, kongsikan.

Secara ringkas, dalam aspek muamalat (ekonomi khususnya), hari ini kita mempunyai produk yang patuh shariah, tapi kita masih memilih produk konventional, yang secara terang-terang melaburkan wang yang kita carumkan ke tempat-tempat seperti Sport Toto, Carlsberg, dan macam-macam lagi, tapi kita enggan terima fakta itu. HARAM atau HALAL kita tak peduli, janji ada pulangan. Malah, kita bangga sekiranya kita ada polisi/simpanan dalam syarikat yang gah namanya itu. Tapi, dalam tak sedar, kita ada share dalam syarikat arak! 

Malah, duit pelaburan dari sumber itu jugalah nanti yang kita akan gunakan untuk menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak kita. Jangan salahkan anak-anak sekiranya mereka tidak menjadi ORANG, sebabnya, salah itu pada kita atau ibubapa.

Mungkin berbaur promosi entri kali ini. Ya. Memang aku sedang promosi. Promosi perkara yang baik. Perkara yang HALAL. 

Kawan-kawan, aku minta maaf jika aku tak sampaikan ini. Kadang-kadang, aku tak kuat. Aku tak ingin ikatan persahabatan kita terjejas kerana aku sampaikan perkara ini. Tapi, jauh di sudut hati, aku lebih sedih sekiranya aku mengetahui tetapi tidak menyampaikan.


Yang baik itu dari Allah, yang kurang baik itu datang dari kelemahan diri ini.

Saturday, February 19, 2011

Konsep Tabarru' dalam Takaful

Sebagai perkongsian dengan rakan taulan.

Tulisan Wan Jemizan Wan Deraman.

SESUNGGUHNYA Islam adalah agama yang sangat sempurna. Segala sistem dan peraturannya adalah untuk kebaikan dan
kemaslahatan hidup manusia. Peraturan-peraturan Islam selari dengan fitrah kejadian manusia. Secara fitrahnya manusia sangat sukakan harta, maka Islam telah meletakkan panduan yang jelas kepada manusia dalam hal-hal berkaitan harta agar harta tersebut memberikan kebaikan kepadanya.


Dalam Islam, manusia tidak memiliki harta tersebut secara mutlak, bahkan harta tersebut adalah sebagai amanah Allah untuk diatur dan disalurkan dengan cara yang diredai-Nya. Islam menyediakan kaedah penyelesaian yang bukan sahaja praktikal malah dapat memberikan kebaikan di dunia dan di akhirat. Sebagai agama yang praktikal, Islam menyediakan solusi
kepada pelaksanaan sistem insurans yang selari dengan prinsip syariah Islam. Kontrak tabarru' (bersedekah) telah diperkenalkan sebagai asas kepada sistem takaful di mana
kontrak berkenaan adalah lebih praktikal dan selamat dalam mengatur-urus sistem insurans yang pada tujuan asalnya adalah dianggap baik.
Perbahasan kali ini adalah berkaitan konsep tabarru' dan mengapa ia dipilih sebagai kontrak yang selamat pada pandangan Islam dalam menjalankan aktiviti dan transaksi insurans.

Berkasih sayang

Tabarru' bermaksud suatu bentuk derma ikhlas yang diberi oleh satu pihak dengan tidak
meminta pertukaran atau balasan daripada pihak yang lain.

Ia dikategorikan sebagai kontrak satu pihak (unilateral) di mana cukup dengan hanya satu pihak sahaja yang melafazkan sesuatu pemberian tanpa ada sebarang pertukaran. Tabarru' adalah
antara amalan soleh yang sangat digalakkan oleh Islam. Islam menggalakkan semangat tolong-menolong dan berkasih sayang antara satu sama lain. Justeru amalan bersedekah ini sangat tinggi nilainya di sisi Islam. Ini kerana ia adalah asas kepada wujudnya masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Oleh kerana itulah banyak dalil yang menyokong perkara ini.

Antaranya maksud firman Allah SWT yang maksud-Nya:
Wahai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (dermakanlah) sebahagian
dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Baqarah:254)

Rasulullah SAW juga menegaskan dalam banyak sabda Baginda akan galakan dan keperluan
melakukan sedekah. Antaranya daripada Rasulullah SAW dengan sabdanya:

Firman Allah:
Belanjakanlah (hartamu) wahai anak Adam, nescaya kamu akan diinfaqkan (oleh Allah SWT) (Muttafaq 'alaih)

Daripada Rasulullah SAW dengan sabdanya:
Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah amalannya melainkan dengan tiga perkara: Sedekah yang berterusan, ataupun ilmu yang memberikan manfaat, ataupun anak yang soleh yang berdoa kepadanya. (riwayat Muslim)

Dalam takaful, setiap peserta yang menyertai mana-mana produknya akan memperuntukkan sebahagian atau keseluruhan daripada sumbangannya (premium) ke dalam satu tabung.Tabung tersebut dinamakan Tabung Risiko. Ia menempatkan derma terkumpul para peserta. Fungsi dana ini adalah sebagai bantuan kepada peserta yang ditimpa musibah. Sebagai contoh, dalam Model Takaful Ikhlas, setiap peserta berjanji melakukan derma secara bulanan (al Iltizam bi al Tabarru') ke dalam Tabung Risiko. Di bawah model ini, sumbangan peserta akan ditempatkan ke dalam satu akaun, sebagai contoh Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) yang berupa milik peserta. Pihak peserta yang telah berjanji melakukan derma tadi, membenarkan Takaful Ikhlas mengambil sejumlah tertentu daripada PRIA iaitu jumlah yang diperlukan untuk membantu peserta-peserta yang ditimpa musibah pada bulan berkenaan untuk didermakan (drip) setiap bulan ke dalam Tabung Risiko.

Setiap peserta akan saling membantu di antara mereka apabila ada di kalangan mereka yang ditimpa musibah. Aplikasi tabarru' di dalam takaful telah menghapuskan unsur-unsur gharar (syubhat), riba dan maisir (judi) yang kerananya telah menyebabkan insurans konvensional difatwakan haram.

Ini kerana tabarru' dikategori sebagai kontrak satu pihak yang tidak memerlukan sebarang pertukaran atau timbal balas sebagaimana kontrak pertukaran seperti kontrak jual beli yang menentukan adanya pertukaran di antara dua pihak yang berkontrak. Seseorang yang menderma cukup dengan menyerahkan barangan yang didermakan kepada pihak-pihak yang berkenaan, maka kontraknya telah dikira selesai. Tetapi bagi kontrak pertukaran seperti jual beli, kontraknya dikira selesai apabila pembeli menyerahkan wang (harga barang) dan penjual menyerahkan barang yang dijual tersebut, jika tidak kontrak berkenaan dikira tidak sah. Inilah yang berlaku di dalam transaksi insurans konvensional di mana walaupun pelanggan telah membayar premium (harga) pihak penanggung insurans tidak berupaya menyerahkan barang yang berupa perlindungan, pada kebiasaannya dalam bentuk wang. Ini kerana perlindungan (wang) tersebut hanya boleh diserahkan jika pelanggan berkenaan mengalami jenis risiko yang dilindungi seperti sakit jantung, mati, kemalangan dan sebagainya.

Wang hangus

Semasa membeli insurans, pelanggan berkenaan belum lagi menghidap musibah-musibah berkenaan. Maka sudah pasti pelanggan berkenaan tidak akan mendapat barang yang dibelinya itu yang sepatutnya diserahkan kepadanya pada masa tersebut. Lagipun, musibah seperti sakit jantung, mati , kemalangan dan sebagainya itu sifatnya tidak diketahui akan berlaku atau pun tidak. Maka pelanggan berkenaan tidak pasti sama ada akan dapat atau tidak.

Dalam konteks kontrak jual beli, tidak berupaya menyerahkan barang yang dijual semasa akad dimeterai ia dikira sebagai transaksi yang mengandungi elemen gharar yang ditegah oleh Rasulullah SAW. Inilah yang berlaku dalam transaksi insurans konvensional.

Menerusi pelaksanaan tabarru' ini yang diikat dengan prinsip Takaful (saling membantu) mewujudkan suasana saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Sebagai analogi mudah, peserta A menderma untuk membantu peserta B, manakala peserta B menderma untuk membantu peserta A, suasana bantu membantu inilah yang dikatakan sebagai Takaful di mana peserta saling membantu sesama mereka. Bukannya di antara peserta dengan pihak syarikat sebagaimana yang berlaku di dalam sistem insurans konvensional.

Berdasarkan prinsip-prinsip tabarru' sumbangan derma itu tidak boleh ditarik balik oleh peserta. Jika peserta membatalkan penyertaan di dalam Takaful, bahagian yang telah dimasukkan ke dalam Tabung Risiko tidak akan dipulangkan. Bagaimanapun peserta berhak mendapat baki yang ada di dalam PRIA dalam konteks Takaful Ikhlas.

Justeru, tiada istilah 'wang hangus' dalam keadaan ini sebagaimana yang cuba disalah tafsirkan kerana ia wang derma yang bakal diganjari pahala yang lumayan oleh Allah. Demikian kerana dalam aplikasi takaful, jika sekiranya tidak berlaku tuntutan ke atas perkara yang dilindungi, sumbangan tabarru' tersebut berperanan sebagai sumbangan amal jariah yang sangat-sangat istimewa dalam Islam. Inilah di antara kelebihan dan keindahan sistem takaful yang tidak ada dalam sistem insurans konvensional. Menikmati habuan ukhrawi di samping habuan duniawi sekali gus. Allah menjanjikan ganjaran yang lumayan bagi mereka yang bersedekah.

Ia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap
tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (al-Baqarah: 261).

Selain itu boleh juga merujuk ke ayat 274 surah al-Baqarah.

Bukan sahaja peserta yang dapat menikmati manfaat rabbani ini malah mereka yang bekerja di syarikat-syarikat takaful termasuklah para wakil atau ejen Takaful yang terus menerus mempromosikan konsep tabarru' ini, juga bakal mendapat ganjaran ilahi. Menerusi amalan tabarru' ini kita boleh menikmati ganjaran yang istimewa daripada Allah. Amalan ini boleh dikerjakan dengan lebih sempurna, sistematik dan profesional menerusi sistem takaful.

Malah amalan menerusi sistem Takaful ini adalah tabarru' kelas pertama di mana ia dilakukan dengan ikhlas, sehinggakan tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya.

Tuesday, April 13, 2010

:: Kepentingan Takaful ::

Biasanya, takaful atau insurans ni dilihat sebagai beban dan tidak penting oleh orang yang sihat dan merasakan diri tak akan dilanda musibah..sayangnya apabila diri ditimpa musibah, barulah takaful dan insurans ni dirasakan penting...

Apa beza pelaburan dalam takaful dan pelaburan atau simpanan di tempat lain?

Ambil contoh yang mudah. Katakan si A ada wat simpanan tetap setiap bulan sebanyak RM100 dalam bank. Setahun simpanan A ialah RM1200...kemudian A teruskan menyimpan...tiba-tiba malang tidak berbau, kejadian yg buruk menimpa..dan A perlukan wang untuk membuat pembedahan dan rawatan...tapi duit simpanan A tak seberapa....dan bila A gunakan duit simpanan dia, so dah berkurang la duit simpanan dia...pastu belum tentu lagi dia masih boleh menyimpan selepas ni...mungkin dia tak boleh bekerja atau dia perlu sediakan duit untuk rawatan susulan...so cuba kita fikir-fikirkan....

berbeza dengan si B ni, dia membuat simpanan RM100 juga dalam bank, sama seperti A...dan pada masa yang sama dia ada menyertai takaful dengan sumbangan Rm100 sebulan..simpanan B juga sama banyak dengan simpanan A...tiba-tiba B dilanda musibah...dia memerlukan wang untuk buat pembedahan akibat penyakit kritikal....tapi B tak perlu risau dan boleh menghela nafas lega kerana kos pembedahan ditanggung oleh pihak takaful...selain itu, B juga tidak perlu lagi membayar sumbangan bulanan kerana pihak takaful akan menyambung bayaran bulanan selepas kejadian tu..so duit simpanan dia tak disentuh dan kos pembedahan dan rawatan dia dibiayai oleh Takaful...so nampak tak kepentingan Takaful ni dalam kehidupan kita....

Perspektif orang ramai...

Ramai yang cakap....join takaful ni macam minta nak sakit je...bukan macam tu...kita membuat persediaan...sebagai payung dikala hujan lebat....yang lain tu kita tawakal dan redha dengan takdir...berapa ramai kita tengok dalam tv minta bantuan dan derma untuk pembedahan itu dan ini...kita kesian kat diaorang tapi berapa je yang mampu kita tolong...sama jugak dengan kita...sekiranya terjadi apa-apa pada kita, siapa yang boleh kita harapkan...sedara mara pun mungkin boleh tolong sebulan dua, seminggu dua, tapi bukan seumur hidup kita...kita membuat persediaan dan berdoa semoga tiada benda-benda buruk berlaku...tapi sekiranya benda-benda yang buruk tu berlaku, kita ada persediaan....dan sekiranya takde apa-apa berlaku..alhamdulillah...syukur pada Allah...duit yang kita sumbangkan dalam takaful tu ada nilai simpanan dan kita boleh keluarkan bila kita perlukan duit untuk tujuan-tujuan lain...

Sebenarnya...

so, semasa sihat ni, kita patut sedar kepentingan Takaful tu dalam kehidupan kita...jangan dah terhantuk baru tergadah...

Sunday, April 11, 2010

:: Ikhlas Senior Citizen Takaful ::

Sehingga 15 May 2010, Takaful Ikhlas membuka semula pelan untuk warga emas, yang dinamakan Ikhlas Senior Citizen Takaful (ISCT). Umur kemasukan dari 50-65 tahun dan yang mempunyai penyakit juga boleh memohon. Sumbangan minimum bulanan adalah sebanyak RM50 untuk satu unit dan maksimum tiga unit. Biasanya pelan ni diambil oleh anak-anak untuk ibubapa. Jika berminat, boleh tinggalkan pesanan.

Tuesday, March 23, 2010

Insurans vs Takaful...rasa macam penah dengar tapi...

Selain mempromosikan takaful kepada kawan-kawan, memandangkan aku ni ejen takaful keluarga Takaful Ikhlas, aku nak share something about Insurans dan Takaful. Mesti korang konpius kan bila dengar term ni. So, maybe dengan penjelasan yang simple ni dapat merungkaikan serba sedikit tentang insurans dan takaful.

Insurans ialah mekanisme pemindahan risiko yang digunakan oleh individu atau organisasi untuk menukar sesuatu yang tidak pasti kepada pasti. Individu setuju untuk membayar premium tetap dan sebagai pulangan, syarikat insurans bersetuju untuk menggantikan apa jua kerugian yang berlaku mengikut terma polisi.

Takaful pula berasal dari perkataan Arab Kafala yang bermaksud saling menjamin. Dari tafsiran syara', ia adalah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan ditimpa musibah. Di antara ciri-ciri takaful adalah, ianya adalah mengikut sistem Islam di mana tidak mengandungi unsur riba', ketidakpastian dan unsur judi berbanding dengan Insurans. Jadi mengapa pilih Insurans sedangkan kita sudah ada pilihan untuk memilih Takaful.

Daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1-2 Oktober 1970 telah memutuskan:

"Insurans am iaitu lain daripada insurans nyawa adalah harus"

Manakala Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-16 bertarikh 15-16 Februari 1979 memutuskan Insuran Nyawa adalah haram kerana ia:

i) mengandungi gharar (ketidaktentuan)
ii) mengandungi unsur judi
iii) mengandungi muamalah riba'


Perbandingan di antara Takaful dan Insurans:

Takaful

1. Tertakluk kepada AKTA TAKAFUL 1984
2. Peserta dikehendaki membayar sumbangan berdasarkan konsep Tabarru'.
3. Pihak syarikat merupakan Pengendali risiko.
4. Penyertaan Takaful adalah merupakan satu akad di antara Peserta dan Pengendali Takaful.
5. Terdapat satu Majlis Pengawasan Syariah yang bertangggunjawab memastikan segala transaksi Syarikat berpandukan Syariat Islam.
6. Tidak ada unsur riba', maisir dan gharar terlibat.

Insurans

1. Tertakluk kepada AKTA INSURANS 1963 (Pindaan 1996).
2. Pemegang Polisi dikenakan bayaran premium atas perlindungan.
3. Pihak syarikat merupakan Penanggung risiko.
4. Pembelian Insurans adalah satu kontrak di antara Penginsurans dan Pemegang Polisi.
5. Tiada Majlis Pengawasan Syariah.
6. Terdapat unsur-unsur maisir, riba dan gharar.

So, pancing dan kail dah ada di tangan, tunggu apa lagi?