Showing posts with label JJCM. Show all posts
Showing posts with label JJCM. Show all posts

Saturday, June 16, 2012

Bandung...Here I Come... [Part 2]

Assalamualaikum w.b.t.

Fuhh...punyalah berzaman nak update blog since the Part 1 was published. No right time or in other word...MALAS...hehe...malas sebab penat. Ok, lets continue.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

DAY-02

Nak ke mana ya arini? Hurm..Trans Studio?? Oh yeah....TRANS STUDIO....here I come.

Oh, tapi sebelum ke sana, singgah dulu ke Toko Tiga. Pusat jeans di Bandung. Original punya. Ramai yang kata harganya murah di sini. Tapi, I no comment la sebab I dah tak prefer jeans. So kat sini hanya cuci-cuci mata saja.

:: Toko Tiga ::
Ok, now moving to Trans Studio. Yeaa....sampai sudah. The largest indoor theme park in the world!!
Hoyeah hoyeah. 

:: Caption tak perlu ditulis ::
Harga tiket Rp150,000/seorang plus Rp20,000 untuk harga kad.
Ohh, sebelum nak masuk tadi, kena tahan sebab dalam beg ada air mineral. Yang lawaknya, ingatkan air mineral tu kena buang jadi bersungguh-sungguh habiskan air mineral 500ml, padahal sebenarnya boleh tinggal kat tempat simpan barang. Uhh, how can I drink that much of plain water in 10secs yang sebelum ni nak minum air masak pun sangat susah. Aduhai....

Ok ok....now moving into the theme park. Ramai betul orang. Crowded. Pheww..Mostly local people - students and families.
Ada juga company yang buat family outing kat sini makanya ramailah yang pakai t-shirt sedondon. Patutlah cari baju tu kat dalam souvenirs shop takde..rupanya baju family outing. Terkena den.

Mula-mula masuk ke rumah hantu. Panjang kot queue!! Sangat berdebar ni nak masuk dalam rumah hantu. Nasib baik naik tram. Tapi muka cover dengan cardigan...haha...Jalan punya jalan..sampai akhir...aik...so mananya part yang takutnya?? Tak takut langsung ok!! Tak tipu punya. Penat je berdebar.

Oklaa...layankan je..pastu try jugak games yang lain. Blehlaa...

Ok, selesai di Trans studio, bergerak ke Ciba Duyut pulak. On the way ke Ciba Duyut melalui Champelas. Champelas ni pusat jeans jugak tapi kualiti local. Di sini penuh dengan patung-patung superhero macam superman, spiderman, ultraman, eh ada ke?? Tapi patung tu memang besar kot!!

Sampai di Ciba Duyut, hujan rintik-rintik. Ciba Duyut ni pusat barangan kulit macam beg, kasut, jaket dll. Tapi takde pun yang berkenan. So cuci mata je kat sini. Sebelum balik sempat borong sikit kerepek tempe dengan pisang sira. Uhh...sedapppp....

Sekarang, sebelum pulang sempat singgah lagi ke Factory Outlet - Heritage. Besar jugak FO ni tapi sebab dah sangat penat cuci mata je la. Kaki pun dah lenguh.

Esok ke mana pula??

bersambung..

Saturday, May 12, 2012

Bandung...Here I Come... [Part 1]

Assalamualaikum.

Sedar tak sedar, dalam kesibukan bekerja, dah setahun rupanya beli tiket untuk ke Bandung. Bila tengok balik itinerary, mak aii...5 hari...lama tu kat sana. Nak buat apa lama-lama kat sana. Sampai lebam la berjalan.

Kali ni, Family Day ofis berlaku pada masa aku masih di Bandung, jadi, terlepas la ke Family Day tahun ni. Dah la hadiah lucky draw sangat mengujakan. Tapi, memikirkan selama ni pun, aku tak pernah pun bertuah untuk dapat lucky draw, lalu ku bawalah hatiku ini ke daerah Bandung. Hehe.

Seminggu sebelum ke Bandung, baru booked penginapan di sana menggunakan agoda.com. Dengan bantuan dan info sahabat di ofis, Hotel POP! menjadi pilihan. Untuk backpackers macam aku sesuai la.

Dan tak lupa juga, buat pre-order meal untuk penerbangan pergi dan balik serta tambahan untuk check-in baggage bagi penerbangan balik. Nak pergi shopping kan!!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
DAY-01

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hussein Sastranegara pada pukul 8 pagi (waktu tempatan). Beza masa dengan Malaysia (Semenanjung) lebih kurang sejam. Malaysia dah pukul 9 pagi.


Keluar dari airport, terus ada pak supir memegang kad nama. Naik kereta dan terus ke hotel untuk bersiap-siap.

Hari pertama hanya ke Pasar Baru Trade Center (PBTC). It's a shopping place!!

Pasar Baru Trade Center ini ada 7 tingkat dan setiap satu tingkat tu menjual barangan yang berlainan. Memang tak perasan masa kalau dah berada di sini. Ada telekung, beg, kain pasang, baju batik, cenderahati, t-shirt dan banyak lagi. Jangankan sehari, seminggu pun belum tentu puas berada di sini. Yang penting, kena pandai membeli dan jaga budget.

Malamnya pulak makan di restoran, tapi tak ingat nama. Maaf. Di sini, walaupun restorannya nampak macam ekslusif tapi harganya tak la mahal, dan makanan dan minuman di sini pun boleh tahan sedap. Terima kasih kepada pak supir yang bawa ke kedai yang bagus.

bersambung....

Wednesday, July 20, 2011

Kay kay...I was there...PART 4 (finale)

Day#4


Hari ni rancangannya nak ke Sunday Market atau di kenali juga dengan nama Gaya Walk. Tapi kena cepat sebab nak kena basuh kereta yang kami pinjam ni. Flight balik pukul 12.30 tengah hari.


Jadi kami bertiga bergerak ke Sunday Market. Seorang tak nak join sebab nak sambung tidur. Mengantuk sangat. Sebelum tu breakfast di Restoran Malindo. Makan nasi lemak yang siap dibungkus. Tuan kedai memanggilnya nasi lemak ekonomi. Kemudian ke Gaya Walk ikut miss GPS yang pening. Nasib baik ahli rombongan dah faham jalan di KK ni (aku jenis buta map).


Macam-macam ada dijual di sini. Binatang peliharaan pun ada. Kalau kat semenanjung, setakat anak ayam warna-warni (dulu-dulu), hamster, ikan dan beberapa binatang lain, tapi dekat sini ada lebih daripada tu. Ada kucing, anjing, arnab, dan lain-lain (tak ingat dah). Kalau nak beli cenderahati pun kat sini banyak. Tak perlu beli di tempat lain. Borong kat sini je. One stop center.


Selesai berjalan di situ, kami mencari car wash. Berdekatan je dengan Seapark Condotel, di belakang kedai Sunny. Car wash tu baru je buka dan kami menjadi first customer. Sementara tunggu kereta siap dicuci, kami ke kedai Sunny tu, beli sedikit makanan dan minuman ringan, tidak kelupaan, makanan untuk orang yang menunggu di bilik.


Selepas berkemas-kemas, bergerak ke airport. Tunggu member di airport untuk pulangkan kereta. Kemudian check-in. Nasib baik selamat melepasi saringan pertama dan seterusnya sebab kami memang berdebar-debar sebab sorang-sorang bawa balik beg gemuk-gemuk. Nak check-in baggage mahal sangat. Jadi, terpaksalah buat macam tak bersalah je.


Flight kami delay. Tapi takpe, nak balik semenanjung je. Walaupun delay, tapi Alhamdulillah sampai sama macam dalam jadual. 3.10 petang. Berjaya juga menidurkan diri dalam flight.


Alhamdulillah. Trip kali ini success dan kami gembira dapat gather semula after study time.


Next trip ke mana pula kawan-kawan?


-TAMAT-

Tuesday, July 19, 2011

Kay Kay...I was there...PART 3

Hari ketiga, kami bergerak dari Kundasang seawal 6.00 pagi. Dah cerah macam pukul 7 pagi kalau di semenanjung. Rasa sekejap la pulak bila nak balik ke KK ni. Mengantuk jugak rasanya, nasib baik bukan driver, bolehlah tutup mata kejap-kejap. Berhenti sarapan di Restoran Anjung Rasa, tapi tak ingat kat mana. Dekat sini ada NASI LEMAK. Hoyehh. Selepas sarapan, driver minta tukar sebab dia rasa ngantuk, jadi aku la penggantinya. Mula-mula tu asyik mati enjin je, malu sey, ye la drive kereta orang tak sama macam drive kereta sendiri, ye dok?




Berpandukan cik GPS yang pening, kami sampai juga di Jesselton Point. Lepas park kereta, terus ke kaunter tiket untuk ke pulau. Pulau yang biasa pelancong pergi, Manukan+Sapi+Mamutik. Memandangkan kami percaya cakap penjual tiket tu, jadi kami hanya pilih untuk ke Manukan dan Mamutik. - Tiket RM27.00 (termasuk sewa life jacket RM5)


Ingatkan selepas beli tiket tu, bolehlah terus tunggu bot, rupanya kena bayar tax dulu. - RM7.20 seorang.


Kemudian kami ke jeti untuk tunggu bot, tapi kami tak diberikan life jacket. Makanya, kena patah balik dan ambil jacket. Tunggu punya tunggu, akhirnya bot sampai, Wah, bestnya, teringat pulak masa trip Langkawi masa di UTP dulu. Naik bot ke Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan beberapa pulau lain (memory hard to retrieve).


1st check point - Pulau Manukan.
Sebelum masuk, kena bayar RM3 untuk conservation fee. Untuk yang tak pandai berenang seperti kami ni, hanya bermain di gigi air sahaja. Tapi nampaklah ikan berenang-renang di tepi kami. 


2nd check point - Pulau Sapi (salah naik bot, makanya terdamparlah kami di pulau ini) sepatutnya Mamutik.
Salah seorang dari kami ajak untuk snorkelling. Aku memanglah teringin tapi aku ni fobia ke air. Tapi, takpelah, bila lagi nak lawan rasa takut itu. Jadi, memberanikan diri untuk snorkelling. Mula-mula tu sangat takut, rasa air masuk telinga la, tak boleh bernafas la, tertelan air masin (glup glup) dan rasa panik tu sentiasa ada, toksah nak cerita la. Tapi, perlahan-lahan, kawal diri untuk tidak panik, aku dah pandai snorkelling (yang penting dengan life jacket, ok), kalau free style, memang tak lepas lagi la jawabnya. Bestnya dapat tengok hidupan dalam air, ikan warna warni, walaupun tak pakai spek, tapi boleh nampak dengan jelas. 


Dah penat snorkelling, bersiap-siap untuk kembali ke darat. Tunggu bot agak lama juga.


Hari ni kami akan check-in di Seapark Condotel, Tg. Aru. Rupanya tempat yang kami nak tuju ni dekat je dengan airport. Bilik kami ada dua single bed dan satu queen bed. Selesa. Tahniah kepada cik Pae kerana booking tempat yang selesa. Selepas membersihkan diri, kami ke bandar KK untuk jalan-jalan cari makan. Beli sedikit kuih tradisional di Pasar Ikan Masin di sebelah Pasar Filipino. Kemudian jalan-jalan dalam Pasar Filipino dan Pasar Malam. Beli sedikit cenderahati untuk kawan-kawan.


Kemudian bertolak balik ke tempat penginapan. Baru sedar yang kami semua tak makan sejak siang tadi!!
Jadi, cari tempat makan di sekitar Promenade Hotel. Jumpa Restoran Malindo. Memberanikan diri untuk makan di sini. Nasib baik HALAL. Order nasi goreng Malindo pedas. Sangat pedas yang aku dapat. Makan je lah, perut dah lapar.


Selesai makan, pusing dulu di Tg. Aru nak tengok ada apa yang menarik. Gelap je tempatnya, atau mungkin tempat yang kami pergi tu bukan Tg. Aru. Haru jer. Jadi, balik ke hotel dan sesi kemas-mengemas pun dilakukan. Beg masing-masing semua dah gemuk-gemuk. Kemudian, tidur dengan LENANYA.


to be continued...

Thursday, July 14, 2011

Kay Kay...I was there...PART 2

Dari Jambatan Tamparuli, perjalanan diteruskan lagi. Kali ni melalui Pekan Nabalu. Kat sini ada kedai-kedai menjual barangan kraftangan dan cenderahati. Ada juga menara tinjau, tapi takde la tinggi mana.




Kemudian, teruskan perjalanan lagi. Rasa sangat jauh dan perjalanan. Jalan dah la berbukit. Kemudian singgah di Kinabalu Park plak. Sampai sini dah mula rasa sejuk walaupun masa tu tengahari. Udara segar. Sangat best. Mula-mula try bawa kereta kat dalam tu, sekali jalan dia berbukit, hampir 30 degree kot. So scary ! Jadi, bila dah sampai kat entrance semula, sewa transport untuk pusing skali lagi. Kali ni, driver tu hantar ke entrance mendaki Gunung Kinabalu. Kat situ kitaorang amik gambar je la. Nak daki gunung memang tak la kan. Hehe. Belum bersedia.



Keluar dari Kinabalu Park sangat lapar, so, pergi makan dekat kedai depan Kinabalu Park. Siap mengintai dalam kedai, sebab sangat takut nak makan apa-apa di sini. Jadi, kami semua memesan makanan berasaskan seafood dan vege sahaja. Lepas makan, barulah rasa bertenaga semula. Ingat nak berhenti dekat Strawberry Park, tapi terlepas pulak. Malas la nak pusing balik. Jadi terus mencari tempat penginapan kami di Kundasang. Jauh tu. Jalan sangat tinggi. Takut je enjin kete mati. Tapi, nasib baik driver ni mantap. Mampu mengatasi pelbagai jenis laluan.

Akhirnya, sampai di tempat yang dituju. Kiram's Village. 


Tempat ni, nak bagi rating pun susah la. Tapi, if possible, kalau nak stay di Kundasang, cari tempat yang lebih selesa la. Kat bilik kami, water heater not functioning. Rasa macam mandi air batu je. Tapi, rasa sangat segar.

Day #3
Esoknya, seawal 4.30 pagi, aku dah bangun. Masak air satu kettle pastu campur dengan air batu tu. Dapatlah air pada suhu bilik. Kami berjaya menyiapkan diri pada pukul 6.00 pagi. Wah, sangat segar. Hari pun dah cerah. Check-out dan bergerak ke Jesselton Point plak. Rancangan pada hari ini ialah pergi PULAU. Hoyehh.


to be continued.

Wednesday, July 13, 2011

Kay Kay....I was there...PART 1

Berjalan-jalan lagi, kali ini ke Kota Kinabalu. Bukan semata-mata pergi untuk habiskan duit, tapi untuk kenali negeri orang, merehatkan otak dari kerja-kerja rutin dan berjumpa dengan kawan-kawan lama. Kalau nak kira duit, aku ni pun bukan nyer jenis banyak duit pun, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Semuanya selepas melalui pengalaman hidup yang satu itu. Di kala badan masih sihat ini, apa salahnya memberikan penghargaan pada diri sendiri, kan. Hidup ini memang satu perjalanan yang indah. Dan satu hari nanti, aku ingin ke sana, tanah yang suci itu.


Day #1
Ok, back to the trip. Flight lebih kurang 2 jam 30 minit itu memang sangat membosankan. Huhu. Nak tidur pun tak lena dengan keadaan seat yang kurang ergonomik itu, tapi takpelah, padanlah dengan harga tiketnya pun. Dan, aku duk seat sorang plak,haha. Wat to do? Sampai di airport KK dalam 6 lebih, dah gelap masa tu. Amik cab ke tempat penginapan, Hotel Traveller, dalam bandar. Ok jugak hotel ni, ada dua katil queen. Walaupun kecik, selesa la jugak. After maghrib, berjalan ke pasar malam, dekat je. Kat situ pekena sea food skit-skit. Mungkin kalau waktu siang, fikir dua tiga kali jugak nak makan kat situ, tapi disebabkan malam, layankan aje. Kitaorang pilih ikan kerapu bakar, udang, rumpai laut, sotong dan nasi putih.



Selepas makan, jalan-jalan sekejap di pasar malam, jalan-jalan cuti mata, kemudian balik semula ke hotel. Tak sabarnya nak tengok hari cerah pada pukul 6 pagi.

Day #2
Ya, aku melihatnya. 6 pagi sudah cerah seperti pukul 7 pagi di semenanjung. Bersiap-siap untuk ke Kundasanag pula. Untuk makan pagi, pastinya menu idaman nasi lemak atau roti canai la, tapi malangnya, hanya bihun sup yang kami jumpa. Dalam rasa kepelikan itu, bihun sup aku habis jugak. Ye la, memikirkan kalau tak makan sekarang, nanti lapar pulak dalam perjalanan ke Kundasang.

Dalam perjalanan, melalui Jambatan Tamparuli yang telah berjaya di'femeskan oleh Marsha AF satu ketika dulu. Jadi, berhenti sekejap dan sesi bergambar pun dilaksanakan dengan jayanya walaupun masa tu matahari tegak atas kepala.


to be continued ......