Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Friday, December 27, 2013

Dua ribu empat belas. Masalah dan situasi.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya, 2013 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari sahaja lagi. Malu rasanya menoleh ke belakang. Rasa seperti tiada perubahan mahupun pencapaian yang bermakna mahupun yang boleh dibanggakan.

Pheww... Tapi sekurang-kurangnya masih diberi peluang untuk berbuat sesuatu untuk masa hadapan.

Oh, cerita pasal perubahan, aku mengalami perubahan cara berfikir dan cara menangani situasi. Credit ni aku tujukan kepada Dr. Azizan Osman, student-student DAO, Prof. Dr. Muhaya, Ustazah-ustazah dalam rancangan Tanyalah Ustazah, Ustaz-ustaz dalam rancangan Tanyalah Ustaz, Ustaz Azhar Idrus, dan ramai lagi yang tak mampu aku namakan di sini. Insan-insan ini telah dianugerahkan dan didatangkan dengan izin Allah untuk menginspirasikan sesuatu yang luarbiasa dalam kehidupan aku. Mungkin apa yang aku lalui sekarang tak nampak pun di mana luar biasanya, tapi apa yang boleh katakan, luarbiasa itu di dalam.

Namun, sebagai insan yang lemah ini, rasa luarbiasa itu mempunyai pasang-surutnya. Masih ada lagi sikap buruk yang masih bersarang dalam diri aku ni yang sungguh susah sekali untuk aku hapuskan.

Baran? Itu nampak macam extreme sangat. Ok, bukan baran. Mudah panas hati? Cepat nak marah? Begitulah lebih kurang. Istighfar dah. Tapi mungkin tak cukup nak padamkan rasa panas hati tu. Aku harap lama-lama panas hati ni berkuranganlah hendaknya. Tapi, aku pelik juga, kadang-kadang orang yang buat aku panas hati tu ialah orang yang sama je. Orang yang dekat dengan aku jugak. Pheww, sukar jugak situasi ni. Mungkin salah aku yang tak berkomunikasi dengan baik. Ya, itu memang kelemahan aku. Satu lagi aspek dalam diri yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.

Fuhh...panjang pulak entri ni. Sekali dah menulis, tak reti pulak nak berhenti. Oklaa, sambung entri lain pulak, daa..

Wednesday, October 2, 2013

A week of test

Bismillahirrahmanirrahim.

Last two weeks was a serious test-week for a weak person like me.

Sakit kepala selepas consumed a glass of coffee yang serbuk kopinya itu aku beli di Karnival Kek dan Bakeri di KT. Mula-mula ingatkan pening sebab mengantuk, tapi after taking a nap, the headache is still there. So terrible. Perasaannya mungkin seperti orang yang migrain. The idea of buying the cofee because I just wanna try to find the replacement for nescafe. Pheww. It was terrible. Even after a week later, masih ada sisa-sisa sakit kepala di bahagian belakang.

So, after the 3 days of painful headache, sakit leher pulak. Salah tido daa. It just an extra perencah untuk sakit kepala. Great!! Walking, driving, talking just like a robot.

Oh, this is only a small test, yet I still complaining. Wat a shame on me!!

Not to forget, yesterday was another new story. I got alergic to unknown food. After lunch, badan gatal-gatal where at first I do not aware of it. Tiba-tiba je terfikir, awat aku duk garu sana sini ni? And looking to my hand, Ya Allah, sudah merah dan naik rashes (something like that). Keep scracthing until couldn't bear, and finally went to clinic and immediately dapat an injection. So today, Alhamdulillah, everything went fine, only got a few time scratching. Still have to consume medicine as prescribed for another 2-3 days.

Ya Allah, alhamdulillah untuk ujian ini. Ianya masih sangat kecil jika ingin dibandingkan dengan seluas rahmatMu dan kebaikan yang Engkau kurniakan. Ampuni daku, rahmatilah daku. Ameen.

Sunday, September 22, 2013

Luasnya makna rezeki

Bismillahirrahmanirrahim.

Just nak sharing on a book that I've just finished. Housemate punya. 11 cara ibadah pemurah rezeki. Tertarik dengan buku ni kerana terfikir macam mana nak tarik rezeki. Selama ni kerja dah buat macam-macam tapi rezeki dalam bentuk kewangan selalunya tak seperti yang diharapkan. Di mana silapnya?

Selama ni terlalu banyak stereotaip yang berlaku dalam kehidupan. Kita fikir kita kerja kuat, kita akan dapat hasil yang lumayan. Tapi formula tu tak macam tu. Rezeki tu sangat luas maknanya. Dan rezeki itu bukanlah hanya dalam bentuk wang ringgit. Kesihatan juga salah satu rezeki. Ada 3 jenis rezeki; rezeki yang dijamin, rezeki yang tergantung dan rezeki yang dijanjikan. Kita tak patut membandingkan rezeki kita dengan orang lain kerana setiap orang rezekinya telah ditetapkan sejak azali lagi.

Apa yang aku boleh summarizekan 11 ibadah tersebut ialah:
1. Takwa dan tawaduk
2. Istighfar dan taubat
3. Solat dhuha
4. Sedekah
5. Berbakti kepada kedua ibu-bapa
6. Berani berkahwin
7. Sentiasa bersyukur dalam setiap keadaan
8. Bersilaturrahim
9. Menyantuni anak yatim
10. Menyambung haji dan umrah
11. Membaca al-Quran terutama surah al-Waqiah

Dalam buku ni diperjelaskan setiap dari ibadah ni. Betul, tak banyak yang aku amalkan. Terasa seperti disedarkan. Alhamdulillah dan terima kasih Ya Allah. InsyaAllah aku berazam untuk istiqamah dalam melakukan perkara yang baik. Aku berdoa sahabat-sahabat pun begitu juga.

Wallahua'lam.

Sunday, December 30, 2012

Al-Fatihah

Assalamualaikum w.b.t.

Terkejut dengan berita pemergian bonda rakan sepejabat. Bukan tidak pernah terima berita sebegini di pejabat, namun kelainan yang aku rasai. Kenapa? Mungkin sebab usia kami tak banyak beza jadi aku meletakkan diri aku pada keadaan dia.

Memang kematian satu rahsia Allah. Yang tak mungkin dapat kita congak. Hari ini sihat, esok mungkin tiada. Mungkin hari-hari terakhir kita juga sama, tiada tanda.

Ya Allah, tempatkanlah arwah di kalangan orang-orang yang beramal soleh.

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali.