Thursday, March 3, 2011

Aku ingin DIFAA..

Minggu lepas, osmet aku bercerita pasal sukarelawan yang pergi ke Palestin untuk membantu mangsa2 kekejaman Israel...katanya memang sangat tragis keadaan di sana...dan kita semua memang sedia maklum tentang hal itu...

Nak dijadikan citer, my osmet bersungguh2 berkongsi cerita pasal tu dan dia benar2 ingin memboikot barangan yang ada kena mengena dengan Israel ni....kadang2 kita memang tau tapi kadang2 kita lupa dan malas nak pikir sbb bukan kita pun yang kena...aku pun sama jugak...

Tapi, since daripada hari tu, aku dan dia dan berjanji untuk memboikot barangan2 yang menyumbang kepada Israel ni....product list aku dah bawa balik dan kami sama membelek barangan2 kami....

Alhamdulillah, banyak yang kami dah xpakai atau pun tak pernah guna pun...tapi besela...ada lagi yang ter'miss'....sbb tak penah nak amik tau pun yang parent company tu ada jugak dalam list produk...contoh terdekat 'Garnier' under 'LOREAL'....isk2....so...after ni xleh pakai dah dan kena cari produk lain...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

How about McD...?? bak kata my osmet, macam mana nak boikot, burger dia sedap...hurm...memang pun...lagipun kita org ni dah bese makan mcD ni...tapi...mari kita kuatkan iman kita..tahan nafsu tu dan fikir pasal kekejaman Israel...xsanggup kan...

Dan nak dijadikan citer, alhamdulillah, aku telah berjaya melawan godaan mcD kerana aku berpuasa....memang dah niat untuk berpuasa dan Allah tolong aku untuk lawan godaan itu...

Kepada kawan2 ku, mari kita sama2 memboikot produk2 Israel ni yang kita sedia maklum setiap sen yang kita belanjakan sebenarnya membunuh saudara2 Islam kita di Palestin dan di mana saja dalam dunia ni...

Ya Allah Ya Tuhanku...aku ingin DIFAA, bukan kerana orang lain, tapi kerana Mu.

No comments: