Thursday, January 16, 2014

Berkampung di MIECC

Bismillahirrahmanirrahim.

Permulaan yang menarik untuk tahun 2014. Tempahan untuk kek meningkat. Polisi baru pun ada. Alhamdulillah. Kesedaran kawan-kawan tentang kepentingan mempunyai Life Takaful dan Medical Card dah meningkat.

So, apa lagi yang syoknya?

Tu la nak habaq, start dari hari ni 16 Jan sampai 19 Jan ni aku melaporkan diri sebagai Crew untuk program AMP2014 dekat MIECC, The Mines ni. Hari tu dah mai sini untuk Big Bad Wolf so dah tau la jalan nak ke sini. Alhamdulillah. Tak sesat ya, sila kagum. Hehe.

Apsal aku ada dekat sini? Duduk beronok-ronok dekat rumah kan lagi syok, kan? Itulah, sebab dah selalu sangat duduk berehat di rumah prestasi pun merosot. Lemau je. Apa pun tak meningkat. So, aku mai sini sebab aku nak jumpa orang-orang yang luar biasa yang akan datang ke sini. Absorb sikit energy luar biasa derang ni. Pastu leh kenal-kenal orang, bertambahlah kawan kan. Pastu niat nak tolong-tolong peserta, nak mudahkan urusan pendaftaran dan urusan sepanjang program ni. Hopefully, bantuan kecil ni dapatlah membantu kan, insyaAllah.

So doakan aku kat sini bahagia. Haha. Kbai.

Wednesday, January 1, 2014

Permulaan tahun masihi - 010114

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi. Selepas 1 Muharam 1435H, kini 1 Januari 2014. Kedua-duanya dapat dilalui.

Yang menariknya pagi ni, berjaya khatamkan al-Quran lepas subuh tadi. Sebenarnya takde la menarik sangat, sebab patutnya khatam masa Ramadhan kan, ini dah lewat namanya. Apapun, tahniah kepada diri sendiri!! Malam ni start baca dari al-Baqarah semula. Pastu khatamkan sekali dengan terjemahan. Syok jugak tu, kan?

P/s: 14 Januari ni bersamaan dengan 12 Rabiul Awal. Hari keputeraan Nabi junjungan kita semua. Best jugak kalau pada hari tu, ada sesuatu yang istimewa berlaku dalam kalendar kehidupan kita, kan?

Friday, December 27, 2013

Dua ribu empat belas. Masalah dan situasi.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya, 2013 bakal melabuhkan tirainya beberapa hari sahaja lagi. Malu rasanya menoleh ke belakang. Rasa seperti tiada perubahan mahupun pencapaian yang bermakna mahupun yang boleh dibanggakan.

Pheww... Tapi sekurang-kurangnya masih diberi peluang untuk berbuat sesuatu untuk masa hadapan.

Oh, cerita pasal perubahan, aku mengalami perubahan cara berfikir dan cara menangani situasi. Credit ni aku tujukan kepada Dr. Azizan Osman, student-student DAO, Prof. Dr. Muhaya, Ustazah-ustazah dalam rancangan Tanyalah Ustazah, Ustaz-ustaz dalam rancangan Tanyalah Ustaz, Ustaz Azhar Idrus, dan ramai lagi yang tak mampu aku namakan di sini. Insan-insan ini telah dianugerahkan dan didatangkan dengan izin Allah untuk menginspirasikan sesuatu yang luarbiasa dalam kehidupan aku. Mungkin apa yang aku lalui sekarang tak nampak pun di mana luar biasanya, tapi apa yang boleh katakan, luarbiasa itu di dalam.

Namun, sebagai insan yang lemah ini, rasa luarbiasa itu mempunyai pasang-surutnya. Masih ada lagi sikap buruk yang masih bersarang dalam diri aku ni yang sungguh susah sekali untuk aku hapuskan.

Baran? Itu nampak macam extreme sangat. Ok, bukan baran. Mudah panas hati? Cepat nak marah? Begitulah lebih kurang. Istighfar dah. Tapi mungkin tak cukup nak padamkan rasa panas hati tu. Aku harap lama-lama panas hati ni berkuranganlah hendaknya. Tapi, aku pelik juga, kadang-kadang orang yang buat aku panas hati tu ialah orang yang sama je. Orang yang dekat dengan aku jugak. Pheww, sukar jugak situasi ni. Mungkin salah aku yang tak berkomunikasi dengan baik. Ya, itu memang kelemahan aku. Satu lagi aspek dalam diri yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.

Fuhh...panjang pulak entri ni. Sekali dah menulis, tak reti pulak nak berhenti. Oklaa, sambung entri lain pulak, daa..

Saturday, December 14, 2013

It's soo baddd....

Bismillahirrahmanirrahim.

Fuhh...sungguh tak sangka, niat nak pergi Big Bad Wolf tahun ni tercapai. Walaupun sakit-sakit badan penangan drive lama, tol, minyak, tapi berbaloi. Ada perasaan bangga sikit sebab tak sesat. Hehe. Sebab tak pakai GPS pun start dari tol gombak sampai sri kembangan. Inche Nokia E5 ku kan dah dirembat orang. Telefon tu la yang biasanya berkhidmat sebagai GPS. So skang kena berdikari sikit dan kena buat homewok; google, telefon member.

Best sangat BBW woo. Boleh naik gila. Buku banyak, banyak, banyak sangaaaattttttt. Tak dan kot nak tengok semua. Rasa kena datang at least 2 hari baru berbaloi. Hehe. Segala mak nenek buku ada.

Tahun depan nak pergi lagi. Siapa yang nak join angkat siku please!!