Saturday, November 30, 2013

Aku ini pendosa

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya, aku ini pendosa. Jadi tak hairanlah jika aku dihukum olehNya. Untuk bersihkan aku dan memberi pengajaran.

29 Nov 2013 (25 Muharam 1435H)

Cermin kereta kesayangan aku dipecahkan. Sebelah co-pilot. Motif - merompak. Lokasi - masjid di maran, pahang. Kerugian tak perlu ditaksirkan di sini.

Alhamdulillah, aku selamat dan sihat. Masih waras. Aku doakan pencuri atau perompak tersebut dibukakan pintu hatinya untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Nasihat :
1. Betapa besarnya tanggungjawab ibubapa untuk mendidik anak-anak. Lihat 15 tahun ke belakang, apa yang dah kamu lakukan pada anak-anak kamu sehingga mereka menjadi seperti hari ini. Aku doakan aku, sahabat-sahabat aku yang menjadi ibubapa hari ini mendidik anak-anak dengan baik. Mengikut acuan syariat. Bukan hanya membelikan makanan fizikal seperti KFC tapi makanan rohani iaitu ilmu agama.

2. Membaca doa semasa dalam perjalanan.

3. Tidak expose barang-barang berharga dalam kenderaan semasa ketiadaan orang dalam kenderaan.

4. Jangan panik. Jangan panik. Jangan panik. Tarik nafas dan istighfar. Minta bantuan orang di sekeliling.

5. Minum air jika ada.

6. Membuat laporan polis. Cuba ingat apa yang anda nampak sebelum kejadian. Tulis semua barang-barang penting yang hilang.

7. Telefon semua customer service yang terlibat. Bank, telecommunication provider dan lain-lain.

8. Istighfar banyak-banyak. Pasti ada hikmahnya. Redha lebih baik daripada berdendam. InsyaAllah, boleh tidur lena seperti biasa.

Banyak yang aku pelajari dari ujian ini. Terima kasih Ya Allah. Semoga ujian ini untuk membersihkan aku dan memberi pengajaran kepada aku.

Saturday, November 16, 2013

Bila Aku Kaya

Bismillahirrahmanirrahim.

Syok kan kalau kaya? Mestilah syok. Macam lagu Altimet dengan Awy Rafael tu.

Bila aku kaya,
Hari-hari Hari Raya,
Bil-bil jiran semua,
Aku belanja semua.

Bila aku kaya, uuooo...

Apa definisi kaya? Millionaire ke? Billionaire ke? Trillionaire ke? Up to your own dictionary I guess.

Apa yang aku nak buat kalau aku kaya duit? Like if I had that amount right now. Ye la, rezeki tu Allah yang bagi, siapa kita yang nak mempertikaikan boleh atau tak. Kita ni memang yang jenis fikir logik saja. Well, back to the matter.

Soalan ni nampak senang je kan? Budak-budak pun boleh jawab. Nak beli tu, nak beli ni, nak pergi sana, nak pergi sini. Ye la, sebelum ni asyik duk berkira-kira je nak berbelanja, dah ada duit depan mata, sapu la yang mana selama ni dah diidam-idamkan sangat tu. Selesai.

But, let take this further. Wow, macam heavy je entri ni. No, no. This is not my intention. Aku just nak besarkan sedikit lapangan otak aku ni. Imaginasi skit. Kata otak kanan kan. Oh, lupa nak cakap, aku ni major otak kanan. Hehe. Kalau nak check korang otak belah mana, cek je dengan pakcik Google. Senang cerita. So, kat mana tadi, oh, going wider.

Apa yang cepat aku boleh fikirkan ialah, sedekah, pelaburan, vacation, debt-free, business management, family, and some for my wish list materials. Wow, banyak betul!!

And you know what? Online window shopping is really helpful. Taip je kereta apa yang jadi idaman, dah keluar depan mata. Taip je nak bercuti ke mana, terus soul sampai dekat sana, kan??

Wow, this exercise is really eh-nakk, bak kata Tiz Zayqah. Hehe.

Oklaa, jom berangan lagi, bila aku kaya, uuuooooo..

Daa.

Tuesday, October 22, 2013

Inspirasi TDT

Bismillahirrahmanirrahim.

Apa tu TDT. Ni ialah nama bakery milik Puan Faridatul Azna Ismail. Beliau ni salah seorang speaker masa hot seat di IMKK-July13.

TDT stands for The Dessert Table.

Oh, nak cerita, dulu Puan Faridatul ni tak pandai pun buat kek ke apa ke, tapi the first attempt dia ialah buat kek pisang. Bila dia berjaya buat kek pisang tu yang membuatkan dia bersemangat untuk korek passion dia dalam bidang bakery ni. Dan sekarang, she's a bakery millionaire.

So, disebabkan pisang ada banyak kat rumah ni sebab bawa dari kampung, jadi jom buat Kek Pisang uols!! Untung-untung terinspirasi dari kisah Puan Faridatul ni. Boleh jadi jutawan bakery jugak. Ameen. Ameen. Ameen. InsyaAllah.

Monday, October 14, 2013

Di sebalik...

Bismillahirahmanirrahim.

Berkorban. Mudahnya bicara. Payahnya untuk mengaplikasi. Sukarnya nak mendalami.

Pengorbanan. Pastinya keikhlasan yang dicari. Sukarnya dimengerti. Jarangnya dihargai.

Terkorban. Minta dijauhkan. Nauzubillah. Kerana ianya tanpa rela. Namun, tentu ada hikmahnya andainya ia tetap melanda.

Salam 'Iduladha 1434H. Semoga impian menjadi tetamu Allah termakbul sebelum mata terpejam kaku.