Thursday, April 18, 2013

Demam GE

Salam.

Aku tak demam. Cuma dah baik dari selesema. Alhamdulillah, tanpa medikasi dari klinik. Amalkan minum air yang dicampur dengan satu sudu madu Healin. Cepat lega.

Musim bendera sana sini. Tak kisah pun. Standard la kan musim pilihanraya. Baru nampak kehangatannya, mereka bilang. Mungkinlah. Kalau takde bendera parti nanti orang tak tau plak nak mengundi, kan?

Tepi jalan, silang pangkah, standalone, tinggi rendah, semua bagai seni keluar. Kreatif. Bagus.

Satu hari masih bagus. Satu minggu belum tentu maintain bagus. Makan jalan, halang view nak cross junction, tutup signboard. Great job!

Iklan dalam tv bagi tahu semua orang yang pilihanraya dah dekat. Bagus. Semua nak menyanyi, joget, pakai baju sempit-sempit. Perlu ke? Hebah ke semua orang ni yang mengundi tu wajib, tutup aurat tak wajib ke? Manis muncung je kan? Hak kepada negara dicanang-canang, hak kepada Tuhan, endah?

Muslim ke Melayu?

Wednesday, March 27, 2013

Berkawan untuk berkawan

Assalamualaikum w.b.t.

Adakah aku kenal aku? Adakah aku kenal kamu? Adakah kamu kenal aku?  Adakah kamu kenal kamu?

Siapa sebenarnya aku? Siapa sebenarnya kamu?

Aku seboleh-bolehnya tak mahu hipokrit berkawan dengan sesiapa. Sesiapa pun. Sungguh. Perempuan ke lelaki ke, sama saja.

Tapi, apakah kamu sama?

Ini bukan bingkisan cinta buta. Ini ceritera tentang kawan.

Aku berkawan dengan yang muda, dengan yang lebih tua, dan aku hormatkan kamu. Jika kamu sudah hilang hormat pada aku, maka, jangan harap aku akan menghormati kamu. Kerana rasa hormat itu terpakai pada orang yang layak sahaja.



Monday, March 4, 2013

Ber-offroad

Assalamualaikum w.b.t.

Hari tu keluar makan kot dengan kak aiza. Pastu ternampak banner ATV dekat depan padang kat sekolah Kerteh tu. Kak Aiza pun buat ajakan unintentionally. Aku berkobar-kobar la jugak. Search dalam laman siber. Save nombor. Mesej ATV base. Aku bagitau informer. Kumpulkan batalion.

So, gedebak gedebuk gedebek, 7 orang semuanya. Pilih track F. Harga RM180 seorang. Diskaun RM2. Yang best, gambar sepanjang track tu ada orang ambik. Best kan? Best la... Aku kan suka bergambar tapi kamera kan xde. Huk huk. Sedihh. And the trainers follow us sepanjang jalan. Mereka sangat berdedikasi. Thumbs up.

Mula-mula ada training. Ya ampun, seriau jugak. Tapi kugagahkan juga. Orang lain cool je, awat aku lembek sangat kan? Ini semua poyo. Aku juga boleh!!

Initially, the track was for 2 hrs and 45 mins. Tapi, at last we did it for more than that. Hehe. Nasib baik bertujuh je, kalau ramai lagi mungkin esok paginya baru sampai ke base semula.

Overall, the activity was fun and I had a new experience on ATV. Face was sunburn and it was obviously on my nose. It took almost a week for recovery. So, next time put on sunblock is advisable. Previously masa kat PD, aku pakai sunblock kak zura, patutlah tak burn sangat. Thanks kak zura. Hehe.

Oh, there was an accident on our way back to atv base. Alhamdulillah, tak teruk sangat. Kelakar pun ada jugak. Berangan gamaknya.

So, hurm, apa nak cakap? Bestla ber-offroad dengan ATV ni. Kbai.

Tuesday, February 5, 2013

Entri pertama 2013

Assalamualaikum w.b.t.

Sudah masuk Februari. Pantasnya masa berlalu. Tanda akhir zaman bila masa berjalan terasa laju.

Baru pulang bercuti dengan member-member serumah masa di UTP dulu. Terasa masih sama seperti dulu. Terasa seperti masih bergelar pelajar. Masih gila-gila.

Masing-masing sudah ada prioriti sendiri. Masing-masing sibuk dengan urusan seharian dengan tugasan yang sentiasa mengejar selagi hidup.

Kehidupan kita mungkin berbeza jalannya, mungkin lain cerita tersuratnya, tapi sama apa yang tersiratnya. Dugaan yang kita lalui tak pernah sama tapi sebenarnya pengajarannya adalah sebuah cerita kehidupan biasa yang mungkin tak pernah kita alami sebelum ini.

Persahabatan ini biarlah nampak seperti jauh, namun sesungguhnya ia tetap mekar dalam hati-hati kita. Semoga kita bertemu dan berpisah kerana Allah.