Friday, November 18, 2011

HALAL bukan hanya pada makanan

Assalamualaikum w.b.t.

Tertarik dengan perkongsian rakan FB, tentang tajuk di atas. 

Ya, kadang-kadang kita hanya ambil kisah tentang HALAL pada makanan sahaja. Sekurang-kurangnya ambil kisah. Alhamdulillah.

Tapi, sebenarnya HALAL tu merangkumi semua segi. Maaf, aku bukan seorang yang alim untuk berbicara secara lebih dalam tentang hal ini, tapi sebagai muslim, aku boleh utarakannya.

Kita jahil, tapi kita enggan belajar. Kita enggan ambil tahu. Kita tak peduli. Maaf, kita memang begitu.

Sejak aku menyertai Takaful Ikhlas, sedikit demi sedikit, aku belajar tentang perkara ini. Aku bersyukur, aku terpilih untuk belajar. Sekarang, aku perlu sampaikan, kongsikan.

Secara ringkas, dalam aspek muamalat (ekonomi khususnya), hari ini kita mempunyai produk yang patuh shariah, tapi kita masih memilih produk konventional, yang secara terang-terang melaburkan wang yang kita carumkan ke tempat-tempat seperti Sport Toto, Carlsberg, dan macam-macam lagi, tapi kita enggan terima fakta itu. HARAM atau HALAL kita tak peduli, janji ada pulangan. Malah, kita bangga sekiranya kita ada polisi/simpanan dalam syarikat yang gah namanya itu. Tapi, dalam tak sedar, kita ada share dalam syarikat arak! 

Malah, duit pelaburan dari sumber itu jugalah nanti yang kita akan gunakan untuk menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak kita. Jangan salahkan anak-anak sekiranya mereka tidak menjadi ORANG, sebabnya, salah itu pada kita atau ibubapa.

Mungkin berbaur promosi entri kali ini. Ya. Memang aku sedang promosi. Promosi perkara yang baik. Perkara yang HALAL. 

Kawan-kawan, aku minta maaf jika aku tak sampaikan ini. Kadang-kadang, aku tak kuat. Aku tak ingin ikatan persahabatan kita terjejas kerana aku sampaikan perkara ini. Tapi, jauh di sudut hati, aku lebih sedih sekiranya aku mengetahui tetapi tidak menyampaikan.


Yang baik itu dari Allah, yang kurang baik itu datang dari kelemahan diri ini.