Sunday, February 20, 2011

Ketenangan...Datanglah Kepadaku..

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.

Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..minta Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

Saturday, February 19, 2011

Konsep Tabarru' dalam Takaful

Sebagai perkongsian dengan rakan taulan.

Tulisan Wan Jemizan Wan Deraman.

SESUNGGUHNYA Islam adalah agama yang sangat sempurna. Segala sistem dan peraturannya adalah untuk kebaikan dan
kemaslahatan hidup manusia. Peraturan-peraturan Islam selari dengan fitrah kejadian manusia. Secara fitrahnya manusia sangat sukakan harta, maka Islam telah meletakkan panduan yang jelas kepada manusia dalam hal-hal berkaitan harta agar harta tersebut memberikan kebaikan kepadanya.


Dalam Islam, manusia tidak memiliki harta tersebut secara mutlak, bahkan harta tersebut adalah sebagai amanah Allah untuk diatur dan disalurkan dengan cara yang diredai-Nya. Islam menyediakan kaedah penyelesaian yang bukan sahaja praktikal malah dapat memberikan kebaikan di dunia dan di akhirat. Sebagai agama yang praktikal, Islam menyediakan solusi
kepada pelaksanaan sistem insurans yang selari dengan prinsip syariah Islam. Kontrak tabarru' (bersedekah) telah diperkenalkan sebagai asas kepada sistem takaful di mana
kontrak berkenaan adalah lebih praktikal dan selamat dalam mengatur-urus sistem insurans yang pada tujuan asalnya adalah dianggap baik.
Perbahasan kali ini adalah berkaitan konsep tabarru' dan mengapa ia dipilih sebagai kontrak yang selamat pada pandangan Islam dalam menjalankan aktiviti dan transaksi insurans.

Berkasih sayang

Tabarru' bermaksud suatu bentuk derma ikhlas yang diberi oleh satu pihak dengan tidak
meminta pertukaran atau balasan daripada pihak yang lain.

Ia dikategorikan sebagai kontrak satu pihak (unilateral) di mana cukup dengan hanya satu pihak sahaja yang melafazkan sesuatu pemberian tanpa ada sebarang pertukaran. Tabarru' adalah
antara amalan soleh yang sangat digalakkan oleh Islam. Islam menggalakkan semangat tolong-menolong dan berkasih sayang antara satu sama lain. Justeru amalan bersedekah ini sangat tinggi nilainya di sisi Islam. Ini kerana ia adalah asas kepada wujudnya masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Oleh kerana itulah banyak dalil yang menyokong perkara ini.

Antaranya maksud firman Allah SWT yang maksud-Nya:
Wahai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (dermakanlah) sebahagian
dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Baqarah:254)

Rasulullah SAW juga menegaskan dalam banyak sabda Baginda akan galakan dan keperluan
melakukan sedekah. Antaranya daripada Rasulullah SAW dengan sabdanya:

Firman Allah:
Belanjakanlah (hartamu) wahai anak Adam, nescaya kamu akan diinfaqkan (oleh Allah SWT) (Muttafaq 'alaih)

Daripada Rasulullah SAW dengan sabdanya:
Apabila matinya anak Adam, maka terputuslah amalannya melainkan dengan tiga perkara: Sedekah yang berterusan, ataupun ilmu yang memberikan manfaat, ataupun anak yang soleh yang berdoa kepadanya. (riwayat Muslim)

Dalam takaful, setiap peserta yang menyertai mana-mana produknya akan memperuntukkan sebahagian atau keseluruhan daripada sumbangannya (premium) ke dalam satu tabung.Tabung tersebut dinamakan Tabung Risiko. Ia menempatkan derma terkumpul para peserta. Fungsi dana ini adalah sebagai bantuan kepada peserta yang ditimpa musibah. Sebagai contoh, dalam Model Takaful Ikhlas, setiap peserta berjanji melakukan derma secara bulanan (al Iltizam bi al Tabarru') ke dalam Tabung Risiko. Di bawah model ini, sumbangan peserta akan ditempatkan ke dalam satu akaun, sebagai contoh Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) yang berupa milik peserta. Pihak peserta yang telah berjanji melakukan derma tadi, membenarkan Takaful Ikhlas mengambil sejumlah tertentu daripada PRIA iaitu jumlah yang diperlukan untuk membantu peserta-peserta yang ditimpa musibah pada bulan berkenaan untuk didermakan (drip) setiap bulan ke dalam Tabung Risiko.

Setiap peserta akan saling membantu di antara mereka apabila ada di kalangan mereka yang ditimpa musibah. Aplikasi tabarru' di dalam takaful telah menghapuskan unsur-unsur gharar (syubhat), riba dan maisir (judi) yang kerananya telah menyebabkan insurans konvensional difatwakan haram.

Ini kerana tabarru' dikategori sebagai kontrak satu pihak yang tidak memerlukan sebarang pertukaran atau timbal balas sebagaimana kontrak pertukaran seperti kontrak jual beli yang menentukan adanya pertukaran di antara dua pihak yang berkontrak. Seseorang yang menderma cukup dengan menyerahkan barangan yang didermakan kepada pihak-pihak yang berkenaan, maka kontraknya telah dikira selesai. Tetapi bagi kontrak pertukaran seperti jual beli, kontraknya dikira selesai apabila pembeli menyerahkan wang (harga barang) dan penjual menyerahkan barang yang dijual tersebut, jika tidak kontrak berkenaan dikira tidak sah. Inilah yang berlaku di dalam transaksi insurans konvensional di mana walaupun pelanggan telah membayar premium (harga) pihak penanggung insurans tidak berupaya menyerahkan barang yang berupa perlindungan, pada kebiasaannya dalam bentuk wang. Ini kerana perlindungan (wang) tersebut hanya boleh diserahkan jika pelanggan berkenaan mengalami jenis risiko yang dilindungi seperti sakit jantung, mati, kemalangan dan sebagainya.

Wang hangus

Semasa membeli insurans, pelanggan berkenaan belum lagi menghidap musibah-musibah berkenaan. Maka sudah pasti pelanggan berkenaan tidak akan mendapat barang yang dibelinya itu yang sepatutnya diserahkan kepadanya pada masa tersebut. Lagipun, musibah seperti sakit jantung, mati , kemalangan dan sebagainya itu sifatnya tidak diketahui akan berlaku atau pun tidak. Maka pelanggan berkenaan tidak pasti sama ada akan dapat atau tidak.

Dalam konteks kontrak jual beli, tidak berupaya menyerahkan barang yang dijual semasa akad dimeterai ia dikira sebagai transaksi yang mengandungi elemen gharar yang ditegah oleh Rasulullah SAW. Inilah yang berlaku dalam transaksi insurans konvensional.

Menerusi pelaksanaan tabarru' ini yang diikat dengan prinsip Takaful (saling membantu) mewujudkan suasana saling tolong-menolong di antara satu sama lain. Sebagai analogi mudah, peserta A menderma untuk membantu peserta B, manakala peserta B menderma untuk membantu peserta A, suasana bantu membantu inilah yang dikatakan sebagai Takaful di mana peserta saling membantu sesama mereka. Bukannya di antara peserta dengan pihak syarikat sebagaimana yang berlaku di dalam sistem insurans konvensional.

Berdasarkan prinsip-prinsip tabarru' sumbangan derma itu tidak boleh ditarik balik oleh peserta. Jika peserta membatalkan penyertaan di dalam Takaful, bahagian yang telah dimasukkan ke dalam Tabung Risiko tidak akan dipulangkan. Bagaimanapun peserta berhak mendapat baki yang ada di dalam PRIA dalam konteks Takaful Ikhlas.

Justeru, tiada istilah 'wang hangus' dalam keadaan ini sebagaimana yang cuba disalah tafsirkan kerana ia wang derma yang bakal diganjari pahala yang lumayan oleh Allah. Demikian kerana dalam aplikasi takaful, jika sekiranya tidak berlaku tuntutan ke atas perkara yang dilindungi, sumbangan tabarru' tersebut berperanan sebagai sumbangan amal jariah yang sangat-sangat istimewa dalam Islam. Inilah di antara kelebihan dan keindahan sistem takaful yang tidak ada dalam sistem insurans konvensional. Menikmati habuan ukhrawi di samping habuan duniawi sekali gus. Allah menjanjikan ganjaran yang lumayan bagi mereka yang bersedekah.

Ia sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap
tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (al-Baqarah: 261).

Selain itu boleh juga merujuk ke ayat 274 surah al-Baqarah.

Bukan sahaja peserta yang dapat menikmati manfaat rabbani ini malah mereka yang bekerja di syarikat-syarikat takaful termasuklah para wakil atau ejen Takaful yang terus menerus mempromosikan konsep tabarru' ini, juga bakal mendapat ganjaran ilahi. Menerusi amalan tabarru' ini kita boleh menikmati ganjaran yang istimewa daripada Allah. Amalan ini boleh dikerjakan dengan lebih sempurna, sistematik dan profesional menerusi sistem takaful.

Malah amalan menerusi sistem Takaful ini adalah tabarru' kelas pertama di mana ia dilakukan dengan ikhlas, sehinggakan tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya.

Wednesday, February 16, 2011

Hari-hari biasaku..

Alhamdulillah...syukur kepada Allah....aku masih lagi bernafas dan diberi kesempatan hidup....

Salam Maulidur Rasul kepada semua. Banyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad junjungan kita.

Hari yang penuh berkat, hujan agak lebat, hujan rahmat...Alhamdulillah.

Walaupun cuti, perlu juga ke ofis sekejap, masih ada kerja yg belum settle. Tapi sebelum tu, member2 ajak ber-riadah di Kemasek...jogging dan sesi photoshoot....sempat jog 2-3 pusingan je sebelum hujan turun di Kemasek plak....jadilah 2 pusingan pun...siap skipping lagi....best2....

Pastu tggu hujan reda skit, amik gmbr plak...best jugak....pastu balik dan bersiap utk ke ofis.

Yg lain plan nak wat nasik ayam...wow...best tu...tapi xdapat la den nak menyibuk....cuma jadik tukang makan je waktu petangnya....best2....macam kat kedai doh rasanya....kenyang xyah cakap la...fuhh...memang berbakat btul kawan2 aku ni....tahap chef doh....top chef.....

Nanti blehla aku menimba ilmu....




Thursday, February 10, 2011

Cuti dan Tak Sihat...

A triple wedding las wik....plannya mula2 nak gi dengan Cik Izah...tapi suddenly, she need to rush...so only dapat jumpa dia sekejap je....

Jemputan dari Wan Fatimah, Eliza dan Salmiha....all of them are my ex-school mates.....tahniah dan Selamat Pengantin Baru....selamat melayari bahtera rumah tangga bersama suami yang dikasihi.....semoga bahagia hingga ke syurga....ameen...

From three weddings, aku hanya sempat ke umah Eliza di Rompin dengan ms. Edi....walaupun dah start batuk2 dan selesema....selera untuk makan tetap ada.....agak2 terkejut jugak ms. Edi tgk nasi aku yang menimbun....huhu.....bese orang amik half-plate je....tapi aku amik full-plate....hehe...konyang den.....

Esoknya, sesi penghantaran hadiah kepada pengantin2 baru yang lain...tapi cuma dapat jumpa seorang saja and another one.....hadiah kena peram dulu la jawabnya....

Driving back to Kerteh...alhamdulillah, jalan ke T'ganu just clear je...trafik lancar....sampai di jambatan Bukit Kuang....wow....barisan kereta sangat panjang nak menuju ke Kuantan/KL....phewww.....nasib baikla aku ni keje kat T'ganu.....xde la nak rasa sakit ati duk dalam jem macam tu.....mau demam jugak Inche Kete kalau duk beratur camtu....

Malam nak tido, batuk menjadi2.....dan selesema juga....dan bunyi aku batuk sangatlah menakutkan.....tido pun tak berapa lena......esoknya....rasa sangat tidak larat untuk memulakan minggu kerja selepas 4 hari bercuti....jadi gi klinik dan MC....duk kat umah berehat dan makan ubat....

Yea.....im getting better the day after walaupun ada sedikit lagi saki baki batuk dan selesema....takpe...can handle...lagipun got many things to settle....so arini las working day in the week....hooray....keje mggu ni settle.....so...besok cuti la~

Wednesday, February 2, 2011

Ikhlaskah aku?

Las wik, a trening day di KL...berdebar2 nak pegi....macam2 jenis keadaan yang aku dok fikir...tapi berbekalkan nasihat Kak Zik, aku rasa tenang skit...thanx Kak Zik...dan bak kata pepatah...sambil menyelam minum air...jadik aku pun plan la nak jumpa member2 se-universiti....alhamdulillah..kesampaian...

Nak diceritakan output dari training itu, sangat banyak, thanx to all grup members atas perkongsian korang....tapi apalah guna ilmu yang aku dapat tu klu tak disampaikan kepada orang lain...untuk kesedaran....walaupun aku tau, nnt mesti yang kata aku ni P.O.Y.O je....tapi...kak zik kata jangan block minda kita....sebenarnya orang lain tak fikir pun ke tahap tu, kita sendiri yang melemahkan semangat diri sendiri...baiklah!!

Ari pertama perjalanan ke KL, juz fine, padahal tak tahu pun jalan di KL, tapi berbekalkan GPS yg dh di install dlm phone ni, mari melakukan experiment~ tapi alhamdulillah, jumpa Kak Nora dan En. Muslim di Genting Sempah (derang baru je abes Kursus ABC yang sangat fantasterbest)..jadi derang yang bawa kami ke umah persinggahan kami....

Nak diceritakan, umah yang kitaorg nak tumpang ni, aku pun tak knal siapa dia, juz penah tgk nama dia dalam emel dan penceritaan Kak Zik, berdebar dan segan jugak aku...sebelum tu singgah di masjid berdekatan umah dia utk solat jamak qasar maghrib dan isyak....

Sampai di pintu umah dia, sgt impress, dengan kete mewah....hurm...tapi wat cool je....masuk dalam rumah plak...wow...impress lagi.....sgt cantik arrangement....dan berkenalan dengan tuan empunya rumah yang sangat baik hati...menumpangkan kami ini....kak zik berborak dengan dia dan kadang2 sempat jugak menyelitkan nama aku..hehe....takpe....lagipun aku dah ngantuk masa tu....tapi from their conversation...dia baik orangnya....walaupun caranya lembut tapi penuh hemah...cewahhh....

Dengan mengantuknya, aku bersihkan diri dan trus tertelap....tapi tido tak berapa lena...sbb tempat baru.....tapi tutup juga mata sbb badan sangat penat....dalam kul 1 pagi, kak ija dan kak nik plak sampai....mungkin abg nik ngan kak yan yg hantar....takpela...esok pagi kita jumpa....

Paginya, after gedebak gedebuk, breakfast di depan Vista...masa utk training di IKHLAS Point. Bangsar South...berkenalan dgn grup members yang lain ...dan juga abg nik dan kak yan yang seblm ni hanya terdengar namanya yang meniti di bibir en.muslim, kak nora dan kak zik...penah juga jumpa waktu dinner tp tu kira mcm titik pertemuan la...juz say hi masa tu dan amik gambar....so hari ni hari berkenalan secara betul....

So, hari ni dapat bersua muka dengan orang yang selama ni knal thru emel je, contohnya Lutfiah, Mar, Hafiz, Dini, Iman, Rauf, En. Tajul, Anor, dan ramai lagi....

Perkongsian dan presentation hari ini sangat bagus....dan terngiang2 kata dari Iman, DIFAA....mula2 aku cakap dalam hati...pebenda la ni....dan byk lagi shortform yang mereka gunakan....hehe...(dalam hati, padan muka, aku kan suka cakap sekerat-sekerat)...

DIFAA....selepas terdengar dari Iman, kemudian terbaca plak dalam buku kedatangan....Do it for Allah Always....ooo itu ke yang Iman maksudkan....faham2~

Memang seme keje yang kita lakukan kene bersandarkan kepada Allah....jangan mengharapkan balasan....tapi dalam urusan ini kami semua meletakkan target dan usaha-usaha yang perlu dilakukan....ilmu ini perlu dikongsi, jangan kecewa andai ditolak kerana rezeki itu pemberian Allah....teringat pengalaman diri sendiri...memang sangat mengharapkan orang lain sedar tentang kepentingan perlindungan diri dalam bentuk wang ringgit....xkan ada orang yang sanggup bantu kita di waktu kesusahan...(klu ada mungkin sedikit sahaja)....ye la...siapa yang punyai ribuan ringgit untuk dihulurkan kepada kita untuk menampung kos perubatan....mungkin ibu bapa kita saja...itupun jika mereka masih hidup... kawan2 dan sedara mara mungkin hanya boleh mengucapkan kata simpati...tapi mereka juga tak boleh disalahkan....mereka juga ada komitmen lain...anak dan keluarga yang perlu ditanggung....tapi tergamakkah kita menggunakan duit ibu bapa kita sedangkan sepatutnya kita yang membalas jasa mereka pada usia ketika ini ?? waktu itu aku bernasib baik kerana kos rawatan aku ditanggung insurans company....tapi sekiranya keadaan jadi lebih kritikal, bagaimana pula?? itulah kejadian yang benar2 beri aku kesedaran...dan aku nak kongsi itu dengan orang lain termasuk kawan2 aku.....

Kak Zik banyak beri nasihat kpd aku...tak lupa juga en muslim ....alhamdulillah...aku dipertemukan dengan mereka.....Kata Kak Zik, jangan hanya fikir nak buat jualan...tapi kita nak share benda baik ni....sbb bila kita berniat baik, kita tak akan mudah kecewa.....mungkin akan rasa down seketika, tapi kita kena ingat, kita dah beritahu dan share ilmu itu, mungkin Allah blum buka pintu hati orang yang dengar itu....ya...akan aku semat kata-kata itu.

Ikhlaskan hati ini Ya Allah. aku ingin DIFAA.