Tuesday, August 5, 2014

Ramadhan dan Syawal 1435H

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Syukur. Masih diberi nikmat kehidupan dan kesihatan dalam iman.

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini sangat berbeza dari sebelum-sebelumnya.

Bersahur, berbuka, memasak, bertarawih, berjemaah, mengaji, qiam, tidur, eh, tidur tu standard la kan.

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana dipertemukan dengan housemate yang baik. Mengajak kepada perkara yang baik-baik. Solat berjemaah terutamanya.

Alhamdulillah, Ramadhan kali ini juga mendekatkan aku pada Dia. Setiap perkara yang berlaku memang ada hikmahnya. Walaupun pada awalnya, sukar juga otak nak mencerna, tapi aku yakin pasti ada sesuatu di sebaliknya.

Syawal kali ini memang berbeza. Bersalaman dengan mak abah, abang dan kakak ipar. Saling mendoakan. Bahagianya rasa. Kami menangis. Semoga kami diberkati.

Dan Syawal kali ini juga berbeza. Satu fasa baru dalam kamus hidup. Semoga aku diberi kekuatan untuk menghadapi ujian dan dugaannya nanti.

Ok. Cuti dah lama, now back to table and desktop. Selamat mencari rezeki dan treat kerja as ibadah. Daa.

Monday, March 17, 2014

DIY.. I love it!!

Bismillahirrahmanirrahim.

I've got this friend. A lady. Not lady gaga. A muslimah one. She love pink. You know, pink and lady is a common combination. My ex-roomate in UTP also love pink. From the pencil case, pen, stapler, file, perfume were in pink. Oh, this is not what I'm going to tell. It's about DIY.

You know, DIY - do it yourself.

So this friend of mine is like having a hand of art. She love making craft, doodling but without admitting that she is a creative person. I do see the creativeness that has been gifted to her.

I do love DIY. But I'm impatient with the little thing in art. Like cutting the paper in square, folding neatly...arghhh...open the wrap softly. Pheww...

I always getting excited when browsing to crafts and art website where they teach steps on doing the things. And most of the times, it was an easy one like a toddler can make it too. So, do I!!

Usually, I'm doing DIY like assemble a table, chair, fan, toys, shelves. Sound like a man, huh? Haha. Working with large parts is much more easier than working with the smaller one, for me.

But, I'm giving myself a room for developing this patience toward this small and cute crafts because I love it and it's awesome to know that you can do it by yourself rather than buying that cute things at the store.

I am a creative person!!


Thursday, March 13, 2014

Apa perbezaannya??

Bismillahirrahmanirrahim.

Pasti ada yang merindui. Oh, mungkin bukan merindui tapi cuma tertanya-tanya, manalah si budak zazu ni? Aku yang terlebih perasan. Ahaks. Cuti dah hampir kepada sifar. Tapi keinginan nak amik cuti lebih dari tu. Biasalah. Cuti bercatu. Bukan macam orang yang self-employed atau bisnessman. Nak cuti, cuti. Nak kroje, kroje. Yang penting kena make sure bisness runninglah, kalau tak, naya jugak.

Membawa diri untuk mencari jawapan. Eceh..

Jawapan kepada persoalan. ..nak masak kek guna cara kukus. Haha.

Rupanya, bagi aku la, kukus ni sangat cerewet sikit. Banyak benda nak setup. Lotih mak aii. Takpe, proses belajar. I will never complain. Agak sukar jika nak buat production banyak tapi tiada pembantu. Berbeza dengan pakai oven. Kacau- kacau, tuang, masuk dalam oven, tunggu timer...tinggg....dah masak. Hoho.

Yang pasti banyak je kebaikan pakai kukusan, cuma aku ni je yang pemalas. Ok, takpe, I give myself a challenge on this.

Ok, doakan saya. Bai.

#madebyzie

Sunday, March 9, 2014

What will I missed most...

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni masih tiada berita penemuan MH370. Sayu.

Dah lama ingin menulis tentang tajuk ini. Apa yang paling akan aku rindui....sekiranya aku membuat keputusan untuk berhenti kerja.

Ya, berhenti kerja. Mungkin kedengaran gila. Lepas ni nak kerja mana? Kerja apa? Company mana? Banyak ke dia offer? Tu soalan biasa.

Aku mungkin tak ke mana-mana.

So, apa yang akan aku paling rindu?

Dah tentulah kawan-kawan yang havoc tu dan environment kerja di Kerteh yang heaven tu. Dan pasti aku akan merindui untuk ke kelas mengaji. Di mana aku belajar memperbaiki bacaan alquran mengikut hukum tajwid yang selama ni aku hentam kromo je.

Aku akan merindui waktu makan ramai-ramai. Buat potluck. Bersembang. Bergurau senda, bergelak ketawa. Bergambar beramai-ramai. Family day. Sports day. Blood donation. Fire drill. Sales. Makan goreng pisang dan keropok di waktu petang. Oh, banyaknya.

Aku akan merindui musim kerja sampai malam. Prepare document untuk meeting. Scanning, copying, printing. All.

Sememangnya banyak perkara yang akan diingati. Tapi, hidup perlu diteruskan walau apa pun yang terjadi. Aku berterima kasih dengan pengalaman ini. Banyak yang aku pelajari dan dari situ aku menjadi aku yang sekarang.

Terima kasih Allah.

#pray4MH370